Bab 42

6.4K 265 18
                                    

Angah di sebelah diam tanpa kata. Namun mata dia masih tepat memandang ke wajah kosong milik Ray. Apalah yang angah fikirkan sampai berkerut kerut dahinya semacam itu.

Abang Azam dan abang Zaid hanya diam di sisi angah. Mereka lebih kepada menghadam kata kata dari inspektor Irfan. Iaitu kawan Ray yang turut serta mengikuti Ray ke sini.

Abang Irfan dengan kakinya yang berjalan terhincut hincut sebenarnya telah terlibat dalam kejadiaan langgar dan lari oleh musuh Ray.

"Korang mungkin marahkan aku sebab tak maklum kan berita ini secepat yang mungkin. Jujur aku cakap, aku pun lost sangat masa tu. Dengan keadaan aku yang macam ni, Ray yang lupa ingatan.. Aku.. Aku tak tahu nak buat apa."

Abang Irfan raup muka dia. Kedua dua belah tangan di bawa menekup muka dia. Aku tahu dia sedang memendam segala kesedihan yang ada.

" Doktor cakap apa pasal Ray? Dia hilang ingatan untuk selamanya atau bakal pulih balik?"

Aku sentuh jemari Ray yang berada di atas pehanya. Dia kalih pandangan ke arah aku. Terkejut dengan gengaman aku yang secara tiba tiba itu.

"Doktor cakap Ray akan pulih pada bila bila masa sahaja. Cuma dia kena banyak belajar mencari balik kenangan kenangan dia. Ini kira ok dia boleh duduk diam macam ni. Sebulan yang lepas dia tak nak bergaul dengan orang. Dia tak nak bercakap. Aku pun dah hampir putus asa. Tapi itulah, nasib baik ada auntie Laila. Dia yang banyak berikan kata kata semangat. So, Ray alhamdulillah Ray dah jadi macam hari ini. Walaupun masih tak membaik macam sedia kala."

Abang Irfan senyum hambar. Dia pandang ke arah auntie Laila. Jujur aku kesiankan abang Irfan. Duduk di tempat orang dengan keadaan diri sendiri yang kurang sihat di samping kawan sendiri yang kehilangan ingatan. Macam mana dia mampu sabar sampai setahap ini, aku pun tak yakin kalau aku mampu sekuat dia untuk hadapi ujian ini sorang sorang.

"Sebenarnya boleh tak kau ceritakan apa yang jadi sebenarnya pada hari itu."

Angah yang sedari tadi hanya diam kini memandang Abang Irfan. Meminta segala penjelasan. Abang Irfan menyandarkan badannya ke sofa.

"Hari itu, aku dan Ray ke rumah agam milik keluarga Ray. Katanya Ray dia hendak buat perhitungan dengan pakcik sepupu dia yang bernama Farouk. Sebenarnya sebelum pergi ke situ aku dah mula rasa tak sedap hati. Berkali kali aku nasihatkan Ray untuk tangguh kan dulu perjumpaan mereka. Tapi Ray berkeras. Katanya walau apa yang jadi dia kena lakukan hari itu juga."

Abang Irfan mencuri nafas seketika. Sempat dia pandang wajah Ray. Ray hanya diam bersandar di sofa sambil memerhatikan kami. Dia tak ubah seperti anak kecil yang tak tahu apa apa tapi ikut serta dalam perbualan orang tua.

" Pada mulanya kami ke sana Farouk menyambut baik kedatangan kami. Dia langsung tak nampak macam orang jahat. Tapi bila Ray tunjukkan bukti yang dia sebenarnya menipu pasal pemilikan harta arwah baba Ray dia tiba tiba jadi mengamuk. Dia tak mengaku tentang apa yang Ray cakap. Dia kata kami hanya menuduh."

Abang Irfan capai beberapa dokumen yang ada di dalam fail sebelahnya sebelum di berikan kepada angah. Dokumen yang bertaip dalam bahasa omputih itu angah baca perlahan.

" Itu dokumen asal pemilikan harta sebenar keluarga Ray, abang auntie Farouk membuat dokumen palsu dengan menyatakan segala harta harta yang baba Ray ada sudah pun di pindah milik kepada dia. Padahal baba Ray sedikit pun tidak tahu menahu pasal benda ni. Farouk bijak. Dia memperdayakan baba Ray untuk menandatangani beberapa dokumen serah milik sebagai pengurus sementara bagi harta hartanya sepanjang ketiadaan baba Ray."

Auntie Laila lap airmata yang menitis pada tubir matanya. Sebak dengan berita yang ada.

" Sudahnya dia cuba pula untuk bunuh baba Ray. Nasib baiklah auntie sempat selamatkan baba Ray dan memalsukan kematian dia pada pengetahuan Farouk. Dia berniat untuk hapuskan baba Ray selepas sahaja dokumen sah untuk di guna pakai. Ini kerana dalam dokumen itu menyatakan, kalau baba Ray meninggal dan tiada waris segala hartanya akan  jatuh kepada penama pertama yang baba Ray cadangkan. Padahal baba Ray hanya cadangkan untuk di jadikan pengurus sementara sahaja, macam mana pulak tiba tiba boleh jadi pentadbir dan pemilik kepada harta harta keluarga Ray?"

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now