Bab 28

10.1K 276 3
                                    

"Betul ke nak singgah sini?"

Ray pandang aku. Aku hanya senyum kelat. Mulut cakap nak. Tapi hati entah lah. Tengah berperang sesama sendiri. Sini terlalu banyak kenangan. Kenangan yang menyakitkan lebih menwarnai rasa hati.

Aku gengam kuat tangan sendiri. Mata di pejam sedikit. Senyuman terpaksa aku pamerkan. Cuba meneutralkan rasa pedih.

"Awak ni, kan dah sampai ni. Mestilah kena singgah. Jom turun."

Aku buka seat belt yang membelit badan. Pintu kereta aku bukak. Baru sahaja kaki kiri ku nak melangkah keluar, tangan aku terasa di gapai. Aku pandang Ray dengan sedikit kerutan di dahi.

"Kenapa sayang?"

Auch! Sayang pulak siang siang hari ini. Ray jongket sebelah kening dia. Sedikit senyuman hampir saja hendak terjungkit pada hujung bibir dia.

Tapi Ray, dia manusia yang sentiasa mahal dengan senyuman.

"Janji jangan nangis, boleh?"

Ray ni, makin kenal makin sweet pulak. Aku senyum sambil mengengam tangan dia yang berada di lengan. Mata tepat ke mata.

"Tak janji. Tapi Insyaallah akan cuba kuatkan diri. Kalau saya nangis pun kali ini saya ada awak. Bukan sendiri macam dulu lagi"

Aku senyum pada dia. Kaki melangkah turun dari kereta. Aku mengeliat kecil. Pinggang terasa lenguh dek perjalanan jauh. Mata aku larikan di kawasan sekeliling, inilah tapak rumah kesayangan aku dulu. Sayangnya rumah asalnya sudah tiada. Lesap dek kebakaran yang di sengajakan.

Rumah kami terbakar akibat perbuatan geng Ashraf. Siapa sangka dia syaitan yang bertopengkan manusia. Depan nampak baik. Tetapi hakikatnya.

Aku ketap bibir kuat kuat. Rumah impian abah yang dia bina dengan penuh suka dan duka.

Tempat kami sekeluarga berkongsi rasa yang sama. Menyemai kasih dan bermandi luka. Dapat aku lihat bayangan aku dan kakak berlari riang di depan taman rumah. Gembira bila abah balik dengan membawa mainan baru. Di hujung muka pintu itu berdiri mama dengan seulas senyuman manis, menyambut kepulangan suami tersayang dari kerja.

Tapi itu hanyalah bayangan masa silam. Sekarang tak mungkin lagi akan ada. Semuanya porak peranda dengan perbuatan kejam seorang insan.

"Ma... Kita kena keluar.."

Aku tarik tangan mama agar mengikut aku untuk keluar dari rumah. Asap dan api yang semakin marak membuatkan kami berdua terbatuk batuk kuat.

"Tapi mama kena ambik dokumen dan album penting dulu. Biar rumah terbakar asal barang penting kita selamatkan dulu."

Mama masih lagi mengeledah almari buku yang ada di dalam bilik bacaan. Beberapa sampul surat, fail dan album gambar dia tarik keluar. Aku pandang ke sekeliling bilik. Apa lagi yang aku perlu ambil juga ye?

" Ma sudah lah. Jom kita keluar. Nanti kita terperangkap pula. Api belum marak ke bahagian pintu. Cepat ma. Takpe, nanti dokumen tu kita buat yang baru."

Aku tarik mama bangun dari duduknya. Dengan nafas yang agak berat di dada di tambah pula keadaan bilik yang mula di selubungi asap tebal semuanya terasa agak sukar.

Mama pula kelihatannya sudah makin kuat terbatuk batuk. Ini tak boleh jadi.

Aku paksa mama untuk bangun. Sekarang nyawa kami yang paling penting. Aku paut bahu mama.

"Jom mama."

Kami berjalan selaju yang mungkin. Sempat aku perasan ada titisan jernih pada pipi mama  selepas kakinya memijak ruang tamu bahagian rumah. Ruang kesayangan dia. Tempat dia selalu lepak bersama abah.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now