Bab 50

7.4K 347 26
                                    

Satu benda baru yang aku tahu hari ini. Reza bukan sebarangan orang. Dia sangat pakar dalam penyamaran. Dia boleh meniru suara orang hanya beberapa kali berjumpa dengan orang tersebut.

Tang kulit muka sebijik sebijan yang boleh di cabut pakai tu, itu semua kepakaran dari pakar pakar pembuat topeng muka yang ada dalam team polis yang di kendalikan oleh Reza.

Apalagi kejutan yang aku bakal dapat lagi ye?

Aku ketap bibir geram. Fikiran aku melayang layang entah kemana. Atau lebih tepat lagi pada si suami. Ray Idhlan Fahd Al Iksan. Dia memang mencari nahas. Aku pantang betul kalau orang tipu aku.

Tak sangka betul yang dia sebenarnya tidak lupa ingatan pun. Patut pun sekejap nampak macam kenal je aku. Duduk dekat dekat. Pegang pegang tangan. Tapi tak lama lepas tu terus jadi lain. Blur anak itik yang sesat jalan. Lepas tu mula jauhkan diri.

Ray, siap kau kalau aku balik nanti. Aku smack down tahap petala bumi.

Reza yang berdiri di depan papan whiteboard aku kerling dengan hujung mata. Dari tadi dia khusyuk menerangkan pasal misi yang mereka lakukan. Satu ke satu di bagitahunya kepada aku. Mata aku pula sempat menganalisa beberapa orang pegawai yang berada bersama sama kami di dalam bilik mesyuarat ini. Dari raut yang serius macam tertelan batu itu memang aku dah rasa yang diaorang ini pun bukan calang calang orang.

Reza ni pun satu, aku dah cakap yang aku bukannya orang penting atau seseorang yang perlu ikut serta dalam misi mereka. Aku hanya insan yang kebetulan sahaja terikut serta dalam misi malam tadi. Makanya tak perlulah nak briefing bagai. Tapi Dia buat pekak badak sahaja.

"Irene.. Kau ok?"

Irene lagi. Aku pandang dia tajam.

"Berapa kali nak cakap, my name is Maira Iris. Not Irene."

Dia senyum segaris. Dan senyuman itu makin melebar dan melebar.

"Iye, aku tahu. Tapi aku suka nama tu. Nampak kena dengan kau. Urmm.. Tak suka ye panggil Irene. Then, i will call you by your second name. Iris.."

Dia kenyit mata. Kenyit mata kat bini orang. Korek mata cantik tu baru tahu.

"Ok. Sekarang aku nak kita semua fokus pada apa yang ada kat sini. Pada perempuan ni. Siapa dia sebenarnya dan apa yang telah dia buatkan?"

Reza melirik ke arah aku sekilas. Muka dia nampak lebih segar dari tadi. Rambut pun nampak lebih kemas walau belum bersikat. Jujur cakap mamat Turki mata jelly ni nampak sangat sangat meletup.

Maira, kau sedar tak yang kau sedang memuji lelaki yang bukan patut kau puji pun.

"Laila Ebrahim seperti yang kita tahu ialah adik perempuan kepada Farouk si pembekal senjata api terbesar di Turki."

Reza diam. Mata dia di bawa memandang setiap orang yang berada dalam bilik.

" Itu yang kita tahu. Selain itu, Laila ini juga merupakan sepupu kepada Fahd Al Iksan. Anak tunggal pemilik kekayaan empayar perniagaan dan pembekal alat alatan kapal kapal mewah. Namun siapa je tahu yang di balik semua itu dia ialah mastermind di sebalik kegiatan jahat Farouk dan anaknya Feroz. Yang mana mereka berdua hanyalah orang suruhan."

Pegawai pegawai yang ada di hadapan aku mengangguk faham.

" Tapi kita ada bukti ke untuk mendakwa dia sama macam Farouk dan Feroz serta yang lain?"

Seorang pegawai lelaki yang bernama Ferhan bertanyakan soalan tersebut kepada Reza. Ye, semua antara mereka fasih bercakap dalam bahasa melayu. Walau ada antara mereka yang tergagap gagap dan salah penggunaan ayat tapi alhamdulillah. Ianya memudahkan untuk aku memahami perbincangan ini.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now