Bab 44

7K 298 29
                                    

Angah mengemaskan suit yang di pakainya. Suit warna hitam yang di tempah khas oleh auntie Laila membuatkan angah nampak macam jutawan muda yang bergaya. Rambut yang selalunya di gayakan stail santai kini di sikat kemas. Berkilat..

Jujur cakap angah nampak sangat lain malam ini. Nampak meletop. Sampaikan Atalia sedikit pun tak kalihkan pandangan daripada angah.

Dan aku juga tak ubah seperti puteri orang kaya raya dari Malaysia. Ber dress labuh di limpahi manik labuci dan Swarovski menghiasi dress yang aku pakai. Indahnya tak dapat aku gambarkan dengan kata kata. Bertuahnya aku malam ini.

Tanpa auntie Laila mana mungkin aku merasa baju yang harganya beribu ribu ringgit ni.

Aku perhatikan makeup dan shawl yang aku pakai malam ini. Cukup berpuas hati. Sentuhan makeup artis yang sangat sangat berbakat itu menjadikan aku Maira Iris yang baru. Gila tak puas hati bila diri di tata rias secantik ini. Dalam Mimpi pun belum tentu dapat tau.

"Tuan puteri.."

Angah bongkokkan badan dia. Sebelah tangannya di letakkan di dada. Sengaja. Aku cebikkan sedikit bibir. Atalia di sebelah tersenyum geli hati. Mentang mentang lah dia dah hensem malam ini. Melampau lampau acting nya.

"Woww.. Cantiknya kamu Maira."

Auntie Laila masuk ke dalam bilik kami bersiap. Kedua tangannya memegang tangan aku. Mulut dia tak lekang dengan senyuman. Aku di tilik dari atas ke bawah.

"Puji Maira je, Khai ni tak hensem ke?"

Angah tersengih dari belakang aku. Menyibuk je dia.

"Eh, Lupa pulak nak puji Khai. Hensem juga lah. Nampak lain daripada biasa. Makin terserlah kekacakkan yang Khai ada."

Makin melebar senyuman di bibir angah. Pantang di puji mencongek congek naik hujung hidungnya. Abang Irfan, Zaid dan Azam yang berada di muka pintu memandang serius ke arah kami.

" Korang ingat ye, malam ini misi korang. Maira, pastikan awak berbaik dengan Feroz. Cuba berkawan dengan dia. Dan kau Khairil, jangan tersilap langkah. Pastikan korang ikut arahan yang aku berikan nanti."

Aku dan angah tekun mendengar. Oleh kerana aku bertudung ianya memudahkan aku untuk menyelitkan earphone yang akan menghubungkan kami antara satu sama lain. Earphone untuk angah pula merupakan sebentuk subang hitam kecil yang di lekatkan pada telinga nya. Pada hujung lipatan kemeja di leher pula ialah sebijik kamera kecil di lekatkan di situ bertujuan untuk merakam aktiviti yang ada pada malam ini .

Penyamaran kami berdua pada malam ini ialah sebagai adik beradik ber statuskan jutawan muda dari Malaysia.

Segala info pasal diri, status kekayaan, aset aset dan perniagaan yang kami lakukan  semuanya sudah di kemas kini oleh Abang Irfan. Aku tak sangka sebenarnya beliau ialah seorang polis yang berkebolehan dengan kepakaran sebagai seorang 'hacker'. Kata angah, apa je yang abang Irfan tak boleh dapatkan. Kalau minta dia scan dan hack no siri bra jutawan-jutawan dalam dewan itu nanti pun dia boleh. Aku hanya julingkan mata ke atas. Angah suka melawak tak kena suasana dan masa. Ikut dang je.

Aku pandang kad jemputan di tangan angah. Auntie Laila sempat memberikan kad itu untuk memudahkan segala urusan kami. Katanya para tetamu yang masuk ke majlis itu di wajibkan untuk menunjukkan kad itu. Yang tiada tak akan di benarkan masuk walau setapak pun ke dalam dewan. Majlis gah gemilang terbilang kot.

Clucth beg yang serba mewah berwarna keemasan itu aku pegang kemas di tangan. Rasa agak berdebar pula nak bawa benda mahal mahal kat tangan ini. Belum lagi dengan aksesori yang melingkari leher dan jemari aku. Fuh, berpinar mata aku melihatnya. Ni kalau hilang mahu auntie Laila cincang cincang tubuh aku. Mulanya aku menolak untuk di pakaikan rantai rantai dan perhiasan ini semua. Namun auntie Laila cakap yang itu semua dari duit dan kekayaan keluarga Ray sendiri. Hilang pun tak apa. Nanti dia boleh beli baru. Orang bila dah berduit, barang kemas yang mahal pun dia kata biasa biasa.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now