Bab 57

7.3K 312 21
                                    

Aku celikkan mata. Pedih! Terasa cahaya yang masuk menikam kornea mata membuatkan aku pejam dan celik berkali kali. Aku pandang ke seluruh ruang. Ruang serba putih dengan beberapa peralatan hospital di sekeliling aku.

Hospital? Aku?

Aku pandang badan aku sendiri dari hujung kaki hingga ke dada. Sebelum aku meraba pipi sendiri dan naik ke kepala. Ok aku masih cukup lengkap. Aku ingatkan aku dah jadi roh atau apa apa sahaja yang aku tak duga dek jatuh pitam tadi.

"Eh Maira! Maira dah sedar!"

Suara Mikayla menyapa gegendang telinga aku sebaik sahaja dia menguak pintu masuk bilik pemeriksaan ini. Aku dengan wajah yang aku kira dungu tak memahami apa apa hanya tersengih sedikit.

Dia paling semula ke belakang.

"Maira dah sedar.."

Ucap dia perlahan. Aku lihat dia memberikan ruang pada seseorang agar menapak masuk ke dalam bilik. Ray dengan wajah dia yang cemas meluru ke arah aku. Sempat aku lihat Reza terintai intai di balik pintu sebelum dia tutup semula pintu itu.

Ray duduk di kerusi sebelah aku. Mata dia jelas terpancar kerisauan yang amat.

"Abang! Kenapa Maira ada kat hospital?"

Aku paling wajah ke kiri dan kanan. Masih lagi memandang ruang bilik ini. Ray tarik jemari aku dan mengelus lembut. Dia tunduk mencium sedikit.

"Maira pengsan tadi. Reza dengan Kayla yang bawa Maira datang sini. Abang rasa macam nak putus nyawa bila Reza call bagitahu sayang pengsan."

Aku senyum segaris. Pipi dia yang bergaris dengan luka lama aku usap sayang. Aku tahu tahap kebimbangan Ray terhadap aku macam mana. Dia boleh panik dan buat sesuatu serba tak kena. Aku pandang badan dia yang masih beralas kemeja putih pagi tadi.

Dia tetap hensem di mata aku walau rambut dia sudah kusut masai.

"Abang ni. Mungkin Maira penat sikit kot. Doktor ada cakap apa apa ke?"

Hairan juga aku kenapa aku boleh pitam mengejut. Nak kata aku ada darah tinggi ke darah rendah ke rasanya tak ada. Dah tu kenapa? Aku penat ke? Penat apanya kalau tahu bertenggek ke butik maklang je. Itu penat ke?

Ray tersenyum malu. Dia tunduk sedikit.

"Betul ke Maira nak tahu?"

Dia senyum. Aku kerut kening dengan reaksi yang dia tonjolkan. Pelik.

"Abang ni dah kenapa senyum macam tu. Maira ada penyakit pelik pelik ke? Hayat Maira tak lama atau doktor cakap kena belah bedah apa apa? Abang jangan buat Maira cemas."

Sebenarnya bukan jangan buat cemas dah. Sebab aku memang automatik dah cemas pun sekarang ni. Ray ketawa kecil. Kedua pipi aku dia pegang kemas.

" Maira tak ada sakit apa apa lah. Doktor just cakap yang dalam ni..."

Ray diam. Namun senyuman dia meleret. Aku masih lagi tak faham.

"Maira ada masalah penghadaman eh. Ulser? Gastrik?"

Ray ketawa lagi tapi kali ini dia tepuk dahi dia sendiri. Mulut aku memuncung. Tak suka betul di permainkan macam ni. Geram. Rasa nak nangis. Kecik hati pun ye.

"Maira.. Maira.. Itu je yang Maira mampu fikirkan. Cuba Maira fikirkan benda yang logik sikit. Contohnya benih abang melekat dalam tu ke? Zigot, embrio sedang membiak ke?"

Aku blur. Zigot? Embrio? Benih? Benih tu sperm lah kan? Dalam perut? Apakah? Mata aku meluas!

" Maira hamil? Abang tak main mainkan Maira? "

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now