TELEFON Farhan di atas meja makannya berbunyi nyaring. Gajet itu bergetar sendiri meminta-minta dan merayu supaya tuannya menjawab panggilan.
Farhan yang sedang menikmati makan malam bersama Shafira rasa terganggu, lebih-lebih lagi apabila melihat nama pemanggil di hujung sana.
Haries (Jangan Angkat).
Shafira pada mulanya hanya melihat suaminya membiarkan panggilan itu. Keningnya bertaut pelik. Takkanlah Farhan tak nak jawab? Mana tahu penting?
"Awak, tak nak angkat ke? Siapa tu?" Kepala Shafira terjenguk-jenguk melihat skrin medium perhubungan milik Farhan yang dari tadi bergetar.
Lelaki itu yang sedang menyuap nasi menggeleng, menyuruh membiarkan saja Haries di hujung sana yang bagai orang gila menelefonnya.
"Awak, Harieslah. Angkatlah. Kut-kut ada benda penting," pujuk Shafira. Badannya sudah bergerak ingin mendekati Farhan dan telefonnya. Sudah berura-ura ingin menjawab panggilan itu jika Farhan terlalu malas untuk melakukannya.
"Biar saya yang jawab,"
Namun Farhan menahan tindakan gadis itu dengan memegang lembut tangan Shafira.
"Biar je dia. Siapa suruh call waktu saya tengah makan. Awak sendiri tahu saya tak suka kalau ada orang kacau waktu makan saya." Wajah Farhan kelihatan agak tegang.
Shafira terdiam. Ya, dia tahu sangat pantang larang Farhan yang satu itu. Lelaki itu paling tidak senang jika jadual makannya terganggu.
Kadang-kadang, Shafira pun akan terkena sekali. Tapi gadis itu bijak. Buat ayat seposen, mesti Farhan takkan sampai hati nak marah dia lama-lama.
Haih, kan bagus kalau Haries boleh buat ayat seposen macam aku, hati Shafira terdetik lalu tersengih sumbing.
Haries? Buat ayat kasihan? Ayat buat sakit hati orang adalah.
Namun Shafira tak sampai hati membiarkan Haries terus tertunggu-tunggu. Maka, atas sebab itu, Shafira mengambil inisiatif sendiri dengan...
Gadis itu mengira dalam hati sambil mata bersilih ganti memandang Farhan dan telefon pintarnya. Apabila Farhan kelihatan leka, Shafira merampas telefon itu dan berlari sepantas kilat ke bilik.
"Shafira Addina!" Suara garau Farhan naik. Makin laju langkahan kaki gadis itu. Sementara itu, butang hijau ditekan.
Tak sempat untuk Shafira berkata apa-apa, Haries terlebih dahulu memulakan perbualan,
"Farhan! Tolong aku. Aku dah tak tahu nak buat apa lagi ni. Sampai hati kau tak nak jawab call aku? Selama ni kau minta tolong, aku tak pernah tinggalkan kau." Nada Haries kedengaran merayu dan mendayu-dayu.
Bulu roma Shafira meremang mendengarkan itu. Tak mahu Haries terus-terusan bertindak mengada seperti itu, dia terus bersuara,
"Haries, ni sayalah, Shafira."
Lelaki itu terdiam sebentar sebelum berdehem-dehem perlahan. "Mana Farhan?" Nada Haries kembali tenang seperti biasa.
Shafira yang tak dapat menahan ketawa terus meletuskan gelaknya.
YOU ARE READING
Lelaki Bertopeng Putih (HIATUS)
Action[KARYA KEDUA - REWRITE VERSION AVAILABLE] Tajuk : Lelaki Bertopeng Putih Previously known as : The After Story Genre : Romance Action Status : Hiatus Maklumat tambahan : Sequel Hacker 426 Cover by : @azleyanaaa ×××× HARIES NAIM. D...