Bab 34

2.6K 293 30
                                    

SETELAH kelibat Shafira menghilang dari balik pintu biliknya, Farhan bingkas bangun dari duduk. Arah tujunya hanya satu. Haries.

Farhan pasti, sahabatnya itu ada sesuatu yang mustahak ingin diperkatakan kepadanya. Tapi niat suci Haries tergendala kerana lelaki itu tiba pada waktu yang salah.

Bibir merah Farhan meleret senyum kecil sebelum ia bertukar menjadi tawa halus. Lucu melihat wajah merah Shafira. Bahagia terasa saat memandang raut segan isterinya tadi.

"Hmm... Fira, Fira." Kepala Farhan tergeleng perlahan mengenangkan keletah dan gelagat manja Shafira yang kian menjadi-jadi belakangan ini. Adakalanya, Shafira jenis yang memahami dan membiarkan saja Farhan bekerja. Namun ada masanya, Shafira akan lakukan apa saja untuk tarik perhatiannya waktu dia sibuk dengan tugasnya sebagai 426.

Farhan? Biasanya, dia akan menolak kerana Shafira akan menghilangkan tumpuannya pada kerja. Tapi sayang, tiga kali menolak, Farhan dah tak mampu lagi untuk berkata tidak.

Shafira ternyata sedikit sebanyak telah mengurangkan sikap workaholic 426 sebelum ini. Farhan dah tak mampu nak kerja terlalu lama tanpa melayan celoteh isterinya. Kalau dalam masa 24 jam suara manja itu tak kedengaran, mesti boleh sasau seorang.

Farhan menarik tombol pintu biliknya. Pintu kayu itu tidak dibiarkan bertutup rapat. Senyuman di bibirnya mati saat pemandangan yang tak begitu indah menyapa kornea matanya.

Tanpa sedar, Farhan berdecit halus.

Rimaslah ofis sakai sangat macam ni, gerutu hati Farhan. Matanya mula meliar ke seluruh bilik, ingin mencari bayang Haries.

Anak mata kelabu gelapnya terpaku pada satu arah. Pintu gelongsor yang memisahkan ruang ofis dengan gazebo terbuka lebar. Kain langsir biru yang dibiarkan lepas tidak diikat berterbangan mengikut haluan angin petang yang menerobos di celahan pintu.

Dari balik langsir dan pintu bercerminkan lut sinar itu, berdiri susuk tegap seseorang. Tubuhnya yang tinggi lampai berdiri di tengah-tengah gazebo. Kepala yang berambut hitam lebat itu terdongak memandang ke dada langit yang mulai berubah corak dan warna.

Di tangan kanan Haries, sebuah fail hitam dipegang kemas. Tahulah Farhan bahawa Haries sudah menjumpai fail yang dicarinya dari tadi.

"Har..." Farhan yang baru ingin memanggil tuan empunya nama terhenti saat Haries pula yang tiba-tiba saja melepaskan keluhan besar. Panjang sekali hembusan nafas yang dilepaskan Haries. Kepala yang tadi menongkat ke langit kini tertunduk jatuh memandang bawah.

Haries meramas kasar rambut hitamnya hingga berserabai. Tiupan angin pada petang itu juga membuatkan rambut yang serabai itu menjadi bertambah kusut.

Ada masalah lagi ke dia ni? Bisik hati Farhan sebelum melangkah perlahan ke arah Haries.

"Kau nak bincang apa?" soal Farhan, halus saja suaranya menegur. Kalau boleh, tak mahu mengejutkan Haries yang kelihatannya sedang termenung seorang.

Meskipun Farhan tidak menggunakan frekuensi suara yang biasa digunakannya, tetapi Haries masih tetap terkejut. Bahunya terhenjut kecil sebelum lelaki itu cepat-cepat berdehem kecil. Menyembunyikan perasaan yang bercelaru kini.

"Tak ada apalah. Aku nak bincang pasal Jack ni."

"Kau ni... dah betul-betul pasti ke?" soal Farhan, menduga gelora dalam hati Haries yang jelas kacau sebentar tadi. Anak matanya tunak merenung Haries. Mata tajam mereka saling bertentangan.

Lelaki berkulit kuning langsat itu terdiam. Dia kehilangan kata mahupun akal untuk membalas pertanyaan daripada Farhan. Renungan Farhan yang seakan-akan menyoalkan pendiriannya tika ini buat dia terkelu sendiri.

Lelaki Bertopeng Putih (HIATUS)Where stories live. Discover now