"Awak ni, senyumla sikit. Tak nak la sedih macam ni." Ujar Jihyo bila Xiumin sedih je. Dari semalam Xiumin menjaga Jihyo di hospital. Bagi xiumin tiada istilah penat bila dengan orang yang dia sayang. Xiumin memandang Jihyo lama. Badannya makin kurus. Mukanya pucat tapi masih cantik. Semakin lama semakin dia sayang pada Jihyo makin dia takut akan kehilangan Jihyo.
"Nanti, bila saya dah tak ada, awak cari la perempuan yang boleh jaga awak lebih baik dan lebih cantik dari saya." Ujar Jihyo. Xiumin menggeleng. "Tak ada siapa yang dapat gantikan awak dalam hidup saya. Tak ada yang lebih baik dan lebih cantik dari awak. Awak adalah awak. Cinta saya pada awak tak akan sama dengan cinta saya pada perempuan lain. Awak yang pertama dan yang terakhir untuk saya." Kata-kata Xiumin membuatkan Jihyo terharu.
"Tapi saya nak awak bahagia. Saya nak awak ada keluarga awak sendiri." Ujar Jihyo. "Saya dah cukup bahagia dengan awak. Tak akan ada yang boleh bahagia kan saya macam awak bahagiakan saya."
"Tapi saya akan mati..." Ujar Jihyo. Xiumin tersentak. "Saya tak nak awak cakap macam ni lagi. Awak tak akan pergi mana-mana.Saya akan selalu ada dekat awak." Jihyo tahu dia akan pergi bila-bila masa, tapi kata-kata Xiumin membuatkan dia sedikit lega. Tidak sanggup untuk dia berpisah dengan Xiumin. Satu-satunya namja yang sayangkan dan ambil berat tentangnya.
"Saranghae Xiumin."
********************************
5 tahun kemudian,
"Omma, ni kubur siapa?" Soal anak kecil yang comel. Eunji senyum kecil melihat anaknya. "Ni kubur unnie kepada omma. Nama dia Jihyo." Jelas Eunji. "Jihyo? Samala dengan nama jiji." Ujar anak kepada Eunji. "Ya sayang. Kitorang namakan Jiji, Jihyo sempena dengan nama unnie Omma, jadi dia aunty Jiji tau." Terang Wonwoo pula. "Ohh, appa kenal ke dengan aunty Jihyo?" Wonwoo tersenyum melihat anaknya. Banyak soalannya. Sekilas pandang wajah Jiji saling tak tumpah macam Jihyo masa kecil dulu. "Ya sayang appa kenal. Jihyo tu noona yang paling appa sayang." Jiji mengangguk tanda faham.
"Jiji!!!" Dari jauh ada seorang namja memanggil Jiji.
Jiji berlari memeluk namja itu. "Uncle Xiumin." Gembira dia melihat Xiumin disitu. Xiumin ibarat appa kedua buat Jiji. Xiumin juga sayangkan Jiji ibarat anaknya sendiri. Melihat Jiji yang kecil dan comel mengingatkan dia kepada Jihyo yang cantik dan yang membuatkan jantung dia berdegup kencang."Hyung dah habis kerja ke?" Soal Wonwoo. Kini hubungan mereka makin rapat. Kalau dulu selalu saja bertengkar mulut sekarang diorang saling mengambil berat antara satu sama lain. "Hyung kerja separub hari je hari ni." Jelas Xiumin. "Kitorang ingatkan Oppa tak dapat datang. Oppa pergilah. Unnie dah tunggu oppa tu. Kitorang tunggu dekat sana tau." Eunji dan Wonwoo beredar dari situ. Dia mahu memberi ruang kepada Xiumin untuk melepaskan rindu kepada Jihyo.
"Jihyo, saya datang ni. Saya rindukan awak sangat-sangat. Setiap hari saya tak lupakan awak. Dah 5 tahun awak tinggalkan saya tapi saya rasa macam awak masih ada disisi saya. Sepanjang 5 tahun ni macam-macam dah jadi. Sekarang Eunji dah bahagia dengan Wonwoo. Awak tak payah risau dah sebab Wonwoo ada untuk jaga Eunji. Jihyo junior yang comel macam awak. Jiji tu penyeri dalam hidup kitorang. Jihyo, saya sayangkan awak. Awak jangan risau, saya akan datang sini selalu. OKeyla Jihyo, saya pergi dulu. Esok saya datang lagi. Saranghae."
Hampir 5 tahun Jihyo tinggalkan mereka, tapi terasa macam baru kelmarin mereka bersembang bergelak ketawa. Entah kenapa mereka tidak melupakan yang Jihyo sudah tiada. Terasa seperti kehadiran Jihyo sungguh dekat dalam diri mereka. Kini Eunji bahagia dengan Wonwoo dan Jiji. Xiumin pula sudah menutup pintu hatinya untuk mana-mana perempuan. Hanya Jihyo seorang yang ada tempat dalam hati dia. Walaupun Jihyo dah tiada tapi dia sentiasa hidup dalam hati Xiumin.
The end
********************************
YOU ARE READING
You Are Not Alone
Fiksi Penggemar"Unnie sayang korang. Korang adalah nyawa unnie." Song Jihyo "Unnie! Jangan tinggalkan Eunji!!" Jung Eunji "Jihyo, awak akan tetap ada dalam hati saya sampai bila bila." Jeon Wonwoo "Saya sayangkan awak. Takkan ada yang dapat gantikan awak. Tak akan...