Prolog | Mr Grumpy 🚫

804 17 0
                                    

Dia berlari laju. "Ayra!" Dia berlari sekuat hatinya. Selaju degupan jantungnya. Berdegup kencang. Dia merempuh pintu lapangan terbang. Berlari lagi dan lagi. Matanya melilau mencari kelibat wanita itu. Dia terhenti di kaunter informasi. "Boleh saya tahu maklumat tentang penerbangan ke Moscow?" "Maaf encik, satu satunya penerbangan ke Moscow sudahpun berlepas dua minit lepas. Encik mahu berhubung dengan siapa ya?" "My wife..." "Maaf encik, saya tak boleh bantu encik." Dia berundur. Sudah tamat segalanya. Selama ini, ketika wanita itu mengejar cintanya, dia menghancurkan hati wanita itu sedikit demi sedikit. Namun, apabila dia sudah sedar akan kesilapannya dan ingin kembali kepada wanita itu, wanita itu sudah tawar hati dengannya. Dia sudah pergi. Meninggalkan segala kesakitan dan lukanya bersama dia di sini. Dia terduduk di sana. Mengenang kesilapan terbesar yang dia lakukan dalam hidupnya. Pada ketika wanita itu kehilangan amanah terbesar dalam hidup, dia abaikan keperluan wanita itu. Dia tiada di sisi isterinya. Betapa kejamnya seorang suami. Hanya kerana pernah mengalami kehilangan? Ya! Itulah dia. Hanya kerana perkara lampau, dia mampu menyakitkan insan yang menjadi masa hadapannya.

-No entry, to my heart 🚫-

Mr Grumpy 🚫Where stories live. Discover now