Bab 3 | Mr Grumpy 🚫

291 7 0
                                    

Vermont pulang ke pejabat tepat pada pukul 4 petang. Dia keluar dari pejabat pada pukul 9 pagi tadi. Dia melihat Ayra yang masih berdiri di tempat yang ditinggalkan. "Kau masih di sini?" "Apa yang tuan harapkan? Ini kan arahan tuan?" "Kau nak tunjuk baik? Trust me, hati aku ni lebih jeras dari batu. I think you've heard about me. My heart is made of stone." "And mine was made of glass. Thank you for the punishment. I'm done with this." Ayra berlari masuk. Dia mencapai beg sandang miliknya lalu terus keluar. Amsyar menghalang Ayra. "Where are you going?" "Penat... saya nak balik." "Jangan ambil hati dengan V, Ayra. Dia memang macam tu. abaikan dia..." "I'm... okay. Saya nak balik. Tolong bagitahu Tuan... saya tak mampu pergi bilik dia." "Okay. I'll tell him. Don't worry. You go home safely." "Thank you..." Ayra berjalan laju ke keretanya. Hatinya terluka buat seketika. Ya, dia memang sejenis manusia yang mudah terluka namun dia mudah memujuk hatinya semula. Sebentar sahaja merajuknya selama ini. Dia memandu keretanya pulang ke rumah.

"Awalnya Ayra balik." Datin Sri Fazira memandang anaknya. "Are you okay? Pergi meeting dengan along tak tadi?" Ayra menggeleng. "Ayra nak naik dulu, mama. Maaf sebab Ayra tak ada mood. But I love you, mama." "I love you too. Kalau Ayra ada masalah, Ayra boleh je bagitahu mama." "It's okay, mama. I'm okay. I need some rest and I'll be back soon. Ayra naik dulu. Assalamualaikum." "Waalaikumsalam." Ayra berlari ke biliknya. Dia menghempaskan badannya ke katil sambil berfikir... adalah betul keputusannya untuk meneruskan tugasan di VK holdings? Seriously? Selepas dihina sebegitu oleh Vermont? Masih mampu menerima? Ayra menggeleng. "Apa motif utama aku pilih syarikat dia? Syarikat dia akan bekalkan pengalaman buat aku untuk meneruskan pekerjaan di tempat lain." Ayra membetulkan niat dan tujuannya. Dia terus berdiri untuk membersihkan diri. Itulah tujuan hidupnya. Dia akan teruskan pekerjaan di VK holdings untuk menunjukkan dirinya yang sebenar kepada Vermont Karl.

Ayra memandang papanya. "Kenapa ni papa?" "Syarikat papa dan Syarikat Vermont akan colaborate untuk projek baru. So... you're on who's side?" "VK." Papanya mengangguk. "Papa tak tahu apa yang Ayra suka dengan Syarikat tu but... I'll always support you. Asalkan keputusan ini tak menyakitkan Ayra. I know you well, Ayra. And I want you to know that I love you so much." Ayra tersenyum lalu memeluk papanya erat. "Ayra pergi dulu, papa." "Hati hati ya?" "Okay pa..." Aura memandu keretanya seperti hari biasa ke VK holdings.

Vermont menghampiri meja Ayra. "Kau tak dengar panggilan aku atau kau sengaja buat buat tak dengar?" "Maaf tuan... saya benar benar tak tahu tuan ada panggil saya. Demi Allah, saya tak dengar apa apa." "Kalau pekak, pergi dapatkan alat bantuan pendengaran. Kalau buat buat pekak, boleh blah dari sini." Ayra menarik nafas dalam dalam supaya tahap kesabarannya tidak terhakis. "Tuan... saya dah minta maaf kan? Apa lagi masalah tuan? Kalau kita sentiasa ada masalah, hidup kita takkan bahagia, tuan. Hidup serabut itu adalah salah satu tabda bahawa Allah memanggil kita untuk mendekatinya." "Kau nak cuba nasihat aku? Sorry to say tapi... kau salah orang. Aku rasa, lebih baik kau nasihat dinding belakang kau. Dinding tu akan dengar cakap kau tapi aku... not at all. Aku nak kau siapkan kertas kerja untuk projek baru aku." "Tapi tuan... saya tak tahu apa apa tentang projek tu. Saya tak ada masa meeting." "Siapa suruh kau tak ikut? Padan muka kau. Now, you have to do this. Faham?" Ayra mengangguk. "Faham, tuan." "And mulai harini, aku nak kau panggil aku Tuan Vermont Karl. My full name. Faham?" Kenapa pula?! Orang lain dia bagi panggil Tuan V. Punyalah pendek... "Baik Tuan Vermont Karl. Saya akan cuba yang terbaik." "Good for you." Vermont berlalu pergi. Ayra menghembus nafas lega setelah Vermont pergi. Lega! Amsyar menghampiri Ayra. "V cakap apa dengan you?" "Dia cakap... dia nak saya panggil dia Tuan Vermont Karl. Full name and dia nak saya siapkan kertas kerja untuk projek baru dia. And I don't even know what it's all about. I'm stressed!" "It's okay. Do your best, Ayra. Papa you kan ada. He knows about this project." "Yeah! How did I forgot about papa and along? Thank you, Amsyar." "Anything for you, pretty. I pergi dulu." "Byep..." Amsyar berlalu pergi. Ayra tersenyum. Ofcourse papanya dan alongnya boleh membantu dalam hal ini. Kali ini, dia terselamat!

"Papa... help me please." "Ayra nak papa tolong apa?" "Papa perlu tolong Ayra siapkan kertas kerja untuk projek baru tu." "But... I heard that Ayra tak attend meeting pun. Kenapa Ayra yang perlu buat kertas kerja?" "Sebab bos nak. I have to do this to prove myself to him." "He's undersetimating you? Melampau benar Vermont ni." "Papa... He's testing me. Dia cabar Ayra supaya Ayra menunjukkan prestasi Ayra. And I like this way." "You Like the way or like him?" Along bertanya spontan. "Like him? No way! Mr Grumpy macam badak tu?! Never! Dahlah garang macam singa kutub." "Singa kutub?" Daniel tergelak besar. "Apa yang kelakar?" "Singa kutub..." Daniel tergelak lagi. Gelak tawa Daniel itu mengungkit rasa kelakar dalam diri Ayra. Ayra tergelak bersama Daniel.

Bersambung 🚫

Mr Grumpy 🚫Where stories live. Discover now