Bab 7 | Mr Grumpy 🚫

254 9 0
                                    

Ayra memandang Vermont. "Kenapa tuan tak bagitahu saya bahawa tuan ada anak?" Fana sedang berjalan di hadapan mereka berdua sambil mereka berjalan beriringan ke kereta Vermont. "Perlu ke aku bagitahu kau?" Ayra mengangguk. "Betul juga. Siapalah saya kan? After all, I'm just your PA right?" Ayra berjalan laju menghampiri Fana. Vermont terkedu. Ayra terasa ke? Ada dia kisah? Vermont melihat senyuman dan gelak tawa bahagia Fana apabila Ayra berada di sisinya. Vermont terasa sesuatu. Bagaimana sekiranya Fana tidak mahu berpisah dengan Ayra nanti? Bagaimana dia hendak mengawal keadaan itu nanti? Dia membawa Ayra hanya kerana satu tujuan... untuk hentikan ejekan kawan kawan Fana terhadapnya kerana tidak mempunyai ibu.

Vermont memandang Ayra yang memandang ke luar tingkap kereta. Ayra terasa? Patutkah dia kisah? "Mama..." Satu suara mengganggu lamunan Vermont. Vermont memandang Fana. "Mama... boleh tak kalau Fana nak jumpa mama selalu? Tak boleh ke kalau mama tinggal dengan kitorang terus?" Ayra terkelu. Dia tidak tahu jawapannya. Vermont mengusap kepala Fana sambil menjawab soalannya, "Fana tak boleh selalu jumpa mama. Mama busy. Mama perlu siapkan kerja kerja mama." "Alaa... takkanlah mama selalu busy? Takkanlah mama tak ada masa untuk Fana?" Ayra tersenyum. "In shaa Allah... kita boleh jumpa lagi, Fana. Mama akan cuba untuk habiskan kerja mama untuk berjumpa dengan Fana. Okay?" Fana tersenyum. "Thank you mama! I love you." Ayra tersenyum. "I love you more..." Ayra menoleh kembali. Entah kenapa, Vermont terasa bagaikan jawapan Ayra itu benar benar ikhlas. Ayra mahu bertemu dengan Fana lagi. Mereka tiba di rumah Ayra. "Mama pergi dulu... jaga diri okay? I'll miss you." "I'll miss you too, mama. Jangan lupa nak jumpa Fana lagi. Fana tunggu mama." Ayra terkelu. Adakah itu hanya harapan palsu yang dia bakal berikan kepada Fana? Ayra memandang Vermont. Pandangan itu sukar ditafsir oleh Vermont. Pandangan tersirat dari Ayra. Ayra berundur. Dia berjalan perlahan ke dalam rumah.

"Along..." "Hurm? Kenapa ni dik? Kenapa moody sangat ni?" "Adik jumpa anak Vermont tadi." "Huh?! Bila dia kahwin?! Tak bagitahu along pun. Haritu meeting pun dia tak mention tentang kahwin pun. Bila dia ada anak pula?!" "Along tanya Ayra? Ayra lagi tak tahu..." "Serious? Bukan adik PA dia ke?" "Hurm..." "Adakah itu bunyi orang patah hati? You love him right?! Yeay! Jadi betullah tekaan along selama ni? You falled for him? Sejak bila ni?" "Stop it! Berhenti kaitkan adik dengan dia! Now, I know that dia dah ada anak. Tak mungkin Adik akan ganggu hidup dia. Stop it, please." Ayra terus naik ke biliknya. Patah hati kah dia? Daniel tersenyum. Dia tahu benar dengan bunyi adiknya itu. Bunyi itu menandakan bahawa Ayra cintakan Vermont.

Ayra memandang telefon bimbitnya. Kenapa mudah sangat dia jatuh hati dengan lelaki seperti Vermont? Sudah pasti lelaki itu sudah miliki kehidupannya sendiri. Apakah tujuan dia bekerja di sana sebenarnya? Untuk Vermont atau untuk pengalaman? Sudah pasti untuk pengalaman. Dia akan terus bekerja di sana sehingga hatinya menghentikan segalanya.
****

Ayra mengatur fail di bilik fail. "Ehem..." Ayra menoleh. Hanya satu insan sahaja yang akan memanggilnya dengan bunyi itu. "Ya tuan?" "Aku nak fail D&A holdings. Bawa ke bilik aku sekarang." Ayra mengangguk. Dia mencari fail syarikat papanya pula di dalam bilik itu. "Finally! Ada pun..." Ayra membawa fail itu ke bilik Vermont. "Tuan..." "Come in..." Aip! Perlahan pula suara lelaki itu hari ini. "Ini fail yang tuan minta. Boleh saya keluar?" "Belum lagi. Aku nak kau duduk sini." "Huh?" "Kau pekak ke? Duduk sini!" Ayra terus duduk di hadapan Vermont. "Aku nak kau check fail ni di hadapan aku." "Why? Saya boleh check di tempat saya." "Aku cakap buat means... buat jelah!" Ayra mengangguk laju. Jantungnya berdegup kencang apabila mendengar suara Vermont. Vermont memandang Ayra. "Kenapa kau bagi harapan palsu dekat Fana?" "Harapan palsu apa? Saya tak bagi harapan palsu pun..." "Then yang kau janji nak jumpa dia bagai tu apa? Bukan harapan?" "Itu bukan harapan... itu satu janji yang saya akan tunaikan sebelum saya pejamkan matanya buat selamanya. Walau di mana dia berada, walaupun dia bukan anak saya, saya akan ambil berat tentang dia. Saya akan ambil tahu tentang dia. Kalau tuan nak tahu, dialah insan pertama yang panggil saya mama... no one ever called me mama. Panggilan itu sangat istimewa bagi saya... dan saya akan jaga kepercayaan dia." "Kalau aku tak benarkan kau jumpa dia?" Ayra menundukkan wajahnya. "Saya akan akur dengan takdir Allah. Allah dah rancang segalanya dan semuanya berlaku mengikut aturan Allah. Kalau itu adalah keputusan tuan maka saya bukanlah sesiapa untuk memaksa. Saya... takkan jumpa Fana kalau tuan tak izinkan." Vermont menarik nafas panjang. "Aku bawa kau ke sekolah dia hanya untuk satu sebab..." "Dan saya tahu sebabnya." Ayra menjawab dengan yakin. "Apa?" "Sebab dia kawan kawan dia selalu ejek dia bahawa dia tak ada ibu. And you wanted them to know that she have a mum. But it's not me. Tuan terpaksa bawa saya sebagai pengganti kepada orang sebenar. Kan? Tuan tak perlu terangkan apa apa kepada saya. In shaa Allah, saya faham." Vermont terkelu. Tiada kata kata yang keluar dari mulutnya. "Saya minta maaf tapi... saya nak keluar. I have to take my vibes..." Ayra terus keluar tanpa menunggu kebenaran dari Vermont.

Bersambung 🚫

Mr Grumpy 🚫Where stories live. Discover now