Bab 12 | Mr Grumpy 🚫

259 8 0
                                    

Ayra menghantar Fana ke sekolahnya. "Bye mama..." "Bye Fana. Fana jangan nakal nakal tau? Janji dengan mama?" "Baik ma. Fana akan belajar rajin rajin." Ayra tersenyum. Fana mencium tangan Ayra dan berlalu pergi. Fana merupakan anak yang sangat taat, penyayang dan peramah. Cuma nasibnya, dia tidak bersama ibunya pada ketika ini. Ayra belum dapat tahu apa apa tentang ibu Fana hingga saat ini. Ia bagaikan rahsia yang ditutup rapat oleh Vermont. Kenapa? Siapa wanita istimewa itu?

Vermont memandang Ayra dan Fana yang sibuk menyiram pokok bunga di tamannya. Taman yang dia bina di belakang rumahnya. "Fana..." "Eh! Papa dah balik!" Fana memeluk Vermont. "Awal papa balik harini. Nak dating dengan mama ke?" Ayra mengerutkan keningnya. "Dating? Siapa? Dengan mama? Baik papa dating dengan Fana. Jom dating?" Fana tergelak. "Mana boleh papa dating dengan Fana? Papa kena dating dengan mama." Ayra menggeleng kepalanya. "Fana, mama dah nak masuk ni. Fana nak ikut tak? Nak magrib dah ni." "Nak! Mama... jom masak lagi?" Ayra tersenyum. "Yes! Kita akan masak malam ni. Jom!" Ayra dan Fana berlari masuk. Vermont terkaku di situ. Macam tu je?! Asyik asyik dia ditinggalkan. Vermont terus masuk ke dalam rumah. Dia membersihkan dirinya lalu menunaikan solat maghrib. Aroma makanan indah dapat dihidu dari biliknya. "Hurm... nak turun ke tak nak?" Dia berfikir sendiri. Knock knock. Pintu biliknya diketuk. Dia membuka pintu. "Makanan dah siap... awak tak turun?" Vermont menggeleng. Jelas kelihatan kekecewaan di wajah Ayra. "Okay... Saya dan Fana makan dulu." Ayra menuruni tangga perlahan lahan. Aduhai! Sampai bila agaknya hubungan ini akan kekal begini? Sampai bila bila? Ayra menghidangkan makanan untuk Fana. "Fana makanlah. Mama teman Fana." "Mama tak makan? Kenapa?" "Mama kenyang. Fana makan ya? Mama temankan Fana." "Papa tak turun ke?" "Tak. Papa sibuk. Mama kan ada untuk temankan Fana." Fana tersenyum. Nur Hafisya Fana merupakan nama penuh anak gadis ini (untuk pengetahuan pembaca 🥰).

Ayra menidurkan Fana lalu dia tertidur dahulu akibat kelaparan. Biasanya, dia pasti menjamu selera bersama keluarganya apabila dia memasak namun hari ini, apabila Vermont tidak mahu makan bersama, dia mula terasa. Fana menyelinap keluar dari biliknya. Dia mengetuk pintu bilik Vermont. "Eh... Fana? Kenapa tak tidur lagi? Mana mama?" "Mama dah tidur. Tapi... mama tak dinner pun tadi. Fana makan sorang sorang. Papa pun tak turun. Kenapa papa tak turun? Selalunya papa akan turun untuk temankan Fana." "Maafkan papa, Fana. Papa sibuk sikit. Mulai esok, papa akan turun makan Dengan Fana. Okay?" "Promise?" "Promise..." Fana tersenyum. "Thank you, papa. Fana kesiankan mama. Mama tak dinner tapi mama dah tidur." Vermont mengusap rambut Fana. "Fana tidur ya sayang? Esok sekolah kan?" "Hurm... bye papa." "Bye..." Vermont menutup pintu lalu terus membaringkan badannya di atas katilnya. Kata kata Fana terngiang ngiang dalam telinganya. "Mama tak dinner tapi mama dah tidur." Maksudnya... Ayra tidak makan malam kerana dia? Kerana dia menolak untuk makan bersama? Alahai! Sampai bila dia mampu menepis perasaan?

Vermont memandang Ayra yang masih terlena sedangkan azan sedang berkumandang. Bagaimana dia akan mengejutkan Ayra? "Ayra... Ayra..." Ayra terjaga dari tidurnya. Ayra masih bertudung di dalam rumah walaupun hubungan mereka sudah bertukar 'halal'. Ayra terus bangun dari katil tersebut. Mata Ayra jelas kelihatan sembap bagai baru berhenti menangis. "Dah subuh ke?" "Kau tak dengar azan ke?" "Sorry..." Ayra berjalan laju ke dalam bilik air. "Awak... saya ada satu permintaan. Demi Allah, saya tak berniat nak menyusahkan tetapi ini adalah permintaan pertama dan terakhir dari saya dalam hidup awak. Saya janji." Vermont mengangkat keningnya. "Permintaan apa?" "Tolong imamkan solat saya. Untuk kali pertama dan terakhir." Vermont terkedu mendengar permintaan Ayra. "Kenapa kau nak aku tunaikan permintaan tu?" "Sebab... saya takut kalau saya dilabel sebagai isteri derhaka. Saya takut kalau apabila saya dah tidak bernyawa, awak menghukum saya sebagai isteri yang tidak pernah diimamkan oleh suami." Vermont mengangguk. "Aku imamkan kau." Ayra menundukkan wajahnya. Sebak mengatasi bahagia. Dia tidak bahagia tetapi dia bersyukur kerana lelaki itu masih mampu menunaikan permintaannya.

Vermont mengimamkan solat Aura buat kali pertama dalam perjalanan rumah tangga mereka. Ayra terus salam tangan Vermont. "Terima kasih kerana tunaikan permintaan saya. Akan saya kenang semua ini hingga ke akhir hayat saya." Ayra terus bangun dari sejadahnya. Dia berundur dan menuruni tangga. Dia tidak mahu menghadap lelaki itu lebih lama kerana hatinya sudah mula menyukai lelaki itu sejak awal lagi. Dia takut sekiranya hatinya dirobek lagi. "Aku minta maaf, Ayra... aku takkan mampu jadi suami terbaik buat kau." Vermont berkata sendirian sebelum menyedari bahawa dirinya sudah lewat untuk ke pejabat. Dia mengejutkan Fana seperti biasa.

"Harini, aku hantar Fana pergi sekolah. Kau tak perlu keluar." "Saya nak minta izin awak untuk... balik rumah mama." "Kenapa? Kau nak diorang cakap bahawa aku ni suami tak guna? Belum seminggu kahwin dah hantar isteri balik rumah mak?" Aura menggeleng. "Sebab saya rindu mama..." "Okay... aku bagi kau balik dengan satu syarat." "Apa syaratnya?" "Kau perlu jadi PA aku semula." "You mean... bekerja di syarikat awak semula? No way! I'm not gonna do that." "But you have to." "No!" "Then... you can't go back home. That's all." Ayra menggeleng. "Saya tak nak kerja dengan awak." "Kenapa?" "Dekat syarikat, awak layan saya lain. Awak jerit sesuka hati awak. Awak sakitkan hati saya sesuka hati awak." "Suka hati kaulah, Ayra. Kalau nak balik rumah mama, setuju je." Vermont terus berlalu pergi. Ayra menggeleng. Tak mungkin dia setuju untuk kembali ke tempat itu. Habistu bagaimana dengan PA Vermont sebelum ini? Sudah dipecat juga? Aduhai!

Bersambung 🚫

Mr Grumpy 🚫Where stories live. Discover now