Bab 15 | Mr Grumpy 🚫

288 7 0
                                    

Vermont memandang Ayra yang sudah terlena di sisinya. Ini merupakan kali pertama dia melihat Ayra begitu hampir dengannya. Ini merupakan pertama kalinya mereka berkongsi katil selepas perkahwinan. Usia perkahwinan mereka sudah mencecah 3 minggu namun Vermont tidak pernah bercakap dengan baik dengan Ayra. Mesti ada sahaja pergaduhan antara mereka yang menghancurkan hati Ayra. Sememangnya Ayra sedang menjauh darinya setiap kali dia melukakan hati wanita itu namun dalam masa yang sama, dia tidak mahu melepaskan wanita ini. Walaupun tiada cinta. Betulkah tiada cinta atau... Ego menguasai diri? Tangan Vermont menggeletar tatkala tangannya menghampiri wajah Ayra yang tiada cacat celanya. 'How can I stop myself from falling for you? Why I can't?! Why?!' Hatinya meronta pada saat dia mengusap pipi Ayra. Pergerakan Ayra membuatkan Vermont sedar akan tindakannya. Dia sedang menyentuh wanita itu tanpa kebenarannya. Kenapa? Jatuh cinta?

"Bye mama... I'll miss you. So much..." Ayra memeluk mamanya erat. Cuti Vermont sangat singkat sehingga mereka hanya mampu tinggal semalaman di sini. "Mama nak Ayra jadi isteri yang solehah buat Vermont serta ibu yang terbaik buat Fana. Fana akan salurkan pahala yang banyak buat Ayra. Jaga dia dengan ikhlas ya?" "Ayra dah anggap Fana macam anak Ayra sendiri, mama. Ayra tak nak anak sendiri pun sekiranya orang akan mengata tentang Fana kerana Fana adalah insan pertama yang panggil Ayra 'mama'. Ayra takkan lepaskan tangan kecil dia hingga ke akhir hayat Ayra." Vermont mendengar perbualan Ayra dan mamanya di sebalik dinding dapur. Sanggupnya seorang wanita tidak menginginkan anak sendiri kerana seorang anak yang bukan miliknya. Ayra kelihatan yakin dengan jawapannya. "Ayra pergi dulu, mama." "Hati hati." "Baik ma..." Ayra berjalan keluar dari dapur. Dia melihat Daniel. "Adik pergi dulu..." "I miss you, dik..." Ayra tersenyum. Sebak pula tiba tiba. "Finally! Mengaku juga along. Nanti, along datanglah rumah. Ek?" Daniel memeluk Ayra. "Jangan tak balik sini pula? Along akan datang rumah Adik tapi Adik kena janji... datang office." Ayra menundukkan wajahnya. "Adik dah join syarikat Vermont semula. "Seriously?! I'm happy for you, dik. Finally, adik akan berhenti geram dengan dia. He's your husband now. Bahagialah orang tu, crush dah jadi husband." Vermont mendengar segalanya. Dia memunculkan dirinya di tengah perbualan Ayra dan Daniel. Ayra terkedu. Aduhai! Malu! "Adik pergi dulu..." Ayra berjalan keluar. Vermont memeluk Daniel. "Aku pergi dulu. Thank you for everything. Fana bahagia bila main dengan kau. Aku harap kebahagiaan itu akan kekal sampai bila bila." "Aku juga harap agar kau dapat bahagiakan adik aku. Aku tahu bahawa... hati kau keras. Kau takkan terima adik aku secepat ini tapi kau perlu tahu bahawa setiap kata kata kau akan lukakan dia dengan mudah. Setahu aku, adik aku tak sekuat tu. Dia cengeng sikit... dia suka menangis tapi diam diam. Tanpa pengetahuan orang. Dan aku nak kau ada di sisi dia pada ketika itu. Aku harap kau dapat cintakan dia dengan sepenuh hati kau... tanpa dipaksa." Vermont terdiam. "Kalau Allah izinkan, aku takkan menolak..." Vermont berundur sebelum berlalu pergi.

Perjalanan yang mengambil masa selama hampir sejam itu terasa sunyi. "Kau memang tak nak cakap apa apa dengan aku? Kau tak ada apa apa pertanyaan?" "Saya tak suka apabila pertanyaan saya dibiarkan tanpa jawapan maka saya dah berhenti bertanya. Saya tak nak soalan saya menjadi satu persoalan yang tergantung." "Ayra... kau tak jawab soalan aku lagi." "Saya tak jawab soalan awak?" "Kau benci aku ke?" Ayra menoleh ke luar jendela. "Kalau saya suka awak sekalipun, tiada apa yang akan berubah." Hanya satu ayat yang keluar dari bibirnya. Namun yang satu Itulah yang menusuk ke dalam hati Vermont sehingga dia tiada kata kata untuk diluahkan. Vermont menyandarkan kepalanya sambil memandu. "Demi Fana, kau sanggup buat apa sahaja?" Ayra menggangguk. "Apa sahaja." Vermont terdiam. "Apa sahaja asalkan dia bahagia." Ayra memejamkan matanya lalu terlena.

Vermont mengendong Fana ke dalam biliknya lalu berjalan semula ke kereta. Ayra masih nyenyak tidur. Tidak sedar bahawa mereka sudah tiba di rumah. "Ayra..." Vermont menggerakkan tubuh Ayra. Ayra terjaga dari tidurnya. "Hurm?" "Dah sampai rumah. Kau nak masuk sendiri or nak aku masukkan kau?" Ayra membulatkan matanya. "Sa... saya boleh masuk sendiri. Thank you." Ayra berjalan ke bonet kereta. "Takpe... aku akan ambil beg beg tu. Kau masuklah dulu." Ayra menggeleng. "Takpe... saya boleh ambil." "Kau nampak penat... masuk jelah. Aku mampu lagi nak angkat beg kecil kau ni." Ayra memandang Vermont. "Thank you..." Ayra berjalan pergi. Dia menoleh sekilas lalu melihat Vermont. Akankah dia terluka lagi...

Bersambung 🚫

Mr Grumpy 🚫Where stories live. Discover now