Bab 20 | Mr Grumpy 🚫

284 6 0
                                    

Fana memandang Ayra. "Mama..." "Ya sayang? Fana nak makan apa apa tak? Nak minum ke?" "Tak nak... Fana nak mama janji dengan Fana." "Janji apa?" "Janji nak bawa Fana pergi Venice." Ayra terkelu. Esok, Fana akan dibedah pada pukul 2 petang. Vermont membuka pintu wad. "Eh... Fana tak tidur lagi?" "Papa... Fana nak mama dengan papa janji dengan Fana. Bawa Fana ke Venice." Fana bagai sudah tahu bahawa nyawanya sudah tidak panjang. "Papa janji... papa akan bawa Fana ke Venice lepas Fana keluar dari sini. Okay?" "Okay... thank you, pa. I love you." Vermont mencium dahi Fana. "Fana tidur dulu ya? Papa dan mama temankan Fana sampai Fana tidur. Okay?" "Okay papa..." Fana memejamkan matanya. Fana akan dijaga oleh penjaga yang diupah oleh Vermont. Mereka terpaksa pulang kerana Ayra juga semakin tidak sihat. Wajahnya menjadi pucat apabila kurang tidur selama 2 minggu di hospital. Ayra dan Vermont berjalan keluar. Ayra kelihatan sungguh penat. "Sayang..." Vermont mengendong Ayra. Ayra merangkul leher Vermont. "I love you, sayang. Thank you for everything. Thank you sebab jagakan abang, Fana dan semua keperluan kami. I love you so much." Ayra tersenyum. "Sayang... you need some rest. Pucat dah muka sayang." "I love you more..." Vermont tersenyum. "Kita balik ya?" Ayra menggeleng. "Esok Fana akan operation... macam mana kalau kita tak ada di sisi dia? She needs us." "It's okay, sayang. Kita akan datang awal pagi dan teman dia." "How about your office?" "Remember... I'm the boss and abang dah suruh Daniel gantikan tempat abang." "Abang suruh along ganti tempat abang? Serious?" "Yup! And dia dah setuju." Ayra tergelak kecil. "Habislah papa. Papa jaga company sorang sorang." "Abang plan nak gabungkan syarikat kita and part of it milik Daniel. How is it?" "Okay juga. Tak perlulah papa risau lagi lepas ni. Along pun dapat kerja." "Yup! Nanti kita jumpa papa, mama dan Daniel." Ayra mengangguk laju.

Daniel menghampiri Fana. "Fana... pak cu dah datang ni. Fana kan minta cadbury dari pak cu haritu. Pak cu dah bawakan untuk Fana. Makanlah..." Fana masih belum sedar selepas pembedahan tadi. Ayra memandang Daniel. "Dia tak sedar lagi sejak habis pembedahan sejam lepas." "Along dah rindu sangat dengan Fana... rasa macam nak main dengan dia lagi." Ayra tersenyum. "It's okay... kejap lagi, dia akan bangun. Dia akan cakap dengan kita semua macam biasa. Dia akan main dengan kita." "Ameen. Along lupa nak bagitahu adik pula. Along baru join VK holdings." "I know that. Vermont dah bagitahu adik." "You're good with him?" "Yup. Alhamdulillah, Allah dah bukakan hati dua dua orang untuk terima satu sama lain. Fana telah menjadi asbab hubungan kami dan in shaa Allah hingga ke jannah." "Ameen ya rabb..." Ayra berjalan keluar. Dia memandang mama dan papanya. "Mama..." Dia memeluk mamanya. "Ayra sihat?" Ayra mengangguk laju namun mamanya tahu bahawa Ayra tidak sihat. Wajahnya masih pucat. "Ayra... boleh mama nak cakap sikit dengan Ayra?" "Boleh je maa... kita pergi sana." Mereka berjalan jauh dari orang lain di situ. "Ayra... are you happy? Bahagiakah Ayra dalam kehidupan ini? Did you got what you wanted?" Ayra terdiam. Vermont masih di situ. Dia mendengar perbualan itu dari sebalik tirai. "Ayra... mama tanya Ayra ni. Bahagiakah Ayra? Mama kahwinkan Ayra semata mata kerana Ayra mahukan kebahagiaan. Bukan kesedihan dan tangisan." "Mama... demi Allah, Ayra bahagia. Bahagia sangat kerana Ayra dapat melihat sinar harapan dalam mata dua orang insan yang paling Ayra sayang lepas Mama, papa dan Along. Ayra bahagia melihat Fana dan suami Ayra sendiri. I'm his. Ayra dah janji sejak akad terlafaz. Ayra akan jadi isterinya hingga ke akhir hayat Ayra. Ayra hanya milik dia sekiranya Allah izinkan. I'm happy, ma. Ayra bahagia menjadi ibu kepada Fana. She's a star in my sky..." Mamanya tersenyum. "Inilah kata kata yang mama nak dengar dari Ayra. Ini adalah ujian yang mama letak untuk anak mama sendiri. And you proved me that you're my star. I'm proud of you, Ayra. Mama nak Ayra kuatkan hati dan jiwa untuk besarkan anak istimewa ini. Walau apa terjadi sekalipun... dialah cucu sulung mama. I don't care whoever her parents is. Mama nak Ayra kekal menjadi ibu Fana hingga ke akhir hayat Ayra. Mamalah tok ma Fana." Ayra memeluk mamanya erat. "You're the one... that made me as strong as a stone, ma." "But still... your heart is a glass, Ayra. Mudah hancur..." Ayra tersenyum. "My heart is made of glass but the glass is hard to be broke. Truts me, ma. Allah hantarkan Ayra ke sini... untuk dua insan ini supaya mereka tabah. I love them so much, ma. Soooo much." Mamanya mengangguk. "Mama harap Ayra akan tetap kuat begini. Ingatlah bahawa mama ada sentiasa untuk Ayra. I'm here for you." Ayra tersenyum manis. "Thanks, ma... thank you for everything." "Mama balik dulu... Ayra jaga diri ya? Jaga Fana dan Vermont baik baik. Kirim salam mama dengan Vermont." "Okay ma..." Ayra memandangkan mamanya yang sedang berjalan pergi. Ya Allah! Entah kenapa dia terasa bagai hendak menghamburkan tangisannya dalam pelukan mamanya tadi tapi dia menahannya sebaik mungkin kerana dia ingin mamanya melihat kebahagiannya sahaja. Hanya bahagia. Bukan penderitaannya. Bukan kesedihannya. Biarlah dia, Allah dan Vermont sahaja yang tahu tentang hatinya.

Bersambung 🚫

Mr Grumpy 🚫Where stories live. Discover now