Bab 1 | Mr Grumpy 🚫

512 12 0
                                    

"Ayra Aubrey!" Ayra terus terbangun dari katilnya. Aduhai! Dah lewat?! Bagaimana dia terlena selepas solat subuh tadi! "Yes ma?!" "Dah siap ke? Ada interview kan harini?" "Yup! I'm coming!" Aura berlari ke dalam bilik air. Dia bersiap segera. Dia mengenakan solekan tipis untuk memperlihatkan wajah yang ceria. Dia berlari menuruni tangga. "Bye ma." "Sarapanlah dulu. Tak lambat lagi kan?" "Dah lewat ni, ma. Nanti diorang ada bad impression terhadap Ayra pula. I'm going, ma." "Itulah mama cakap, kerja je dengan papa. Ini tidak... nak kerja sendiri." "Papa dah pergi office?" "Lepas subuh tadi papa dah pergi sebab katanya ada persiapan untuk projek baru. So... you're leaving now?" "Yes ma. Along balik awal kan harini? Mama tolong suruh dia cuci kereta dia. Kotor sangat." "Okay. Hati hati drive." "Okay mama. Bye. I love you." "I love you more, Ayra baby." Ayra tersenyum sebelum mencium tangan mamanya. Dia berlari ke kereta Range Rover miliknya. Yes! It's a big car! Dia bakal membeli kereta yang kecil kerana mudah untuk dibawa ke pejabat. Kereta ini adalah hadiah dari papanya untuk hari jadi ke 23 tahun lepas. Keretanya meluncur laju ke V.K holdings. Nama seunik struktur bangunannya.

Dia mengemaskan pakaiannya sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat itu dengan langkah kanan dan bacaan bismillah. "Excuse me... boleh tak saya tahu di mana terletaknya bilik interview?" "Go staright and turn left, cik akan nampak bilik yang tertulis Tuan Vermont Karl." "Okay, thank you." Ayra berjalan laju ke bilik Vermont. Dia mengetuk pintu perlahan. "Come in!" Suara lantang lelaki itu mengejutkan Ayra namun laju sahaja Ayra melangkah masuk. Lelaki itu memusingkan badannya membelakangi Ayra. "Tuan... saya datang untuk interview." "Apa kelayakan kau?" "Saya? Saya belajar civil engineering." "Okay... kenapa kau pilih syarikat aku?" "Sebab... apabila saya balik dari Moscow, saya dapat tahu bahawa syarikat encik adalah nombor 2 selepas syarikat D&A holdings." "Kenapa kau tak pilih syarikat nombor 1?" "Sebab itu syarikat papa saya. Saya nak belajar bekerja di tempat lain supaya saya tak terselindung di bawah bayangan papa saya." "You mean... Tan Sri Azad is your dad?" "Yes." Vermont masih tidak mahu menoleh. "Keluar dulu. Biar aku fikir." Ayra mengerutkan keningnya. "Maksud encik... interview dah tamat? Itu je soalan encik?" "Ini syarikat aku. Aku ada hak untuk menentukan soalan. So now... get out." Ayra mengangguk laju sebelum melangkah keluar. Seorang lelaki terus masuk ke dalam bilik Vermont setelah Ayra keluar.

"Siapa perempuan tadi tu?" Amsyar bertanya kepada Vermont. "Dia datang untuk interview." "Serious?! Bukankah dia tu anak Tan Sri Azad?! Owner syarikat D&A holdings?" "Yup! And now... dia nak kerja di syarikat aku." "Why?" "Kenapa kau gelabah sangat ni? Sabarlah. Aku tak habis cakap lagi. Jangan sampai aku cekik kau." Amsyar tergelak kecil. "Okay fine... cakaplah." "Dia nak kerja dengan kita and dia ada kelayakan. Kau rasa... kedudukan apa yang sesuai untuk dia?" "Hurm... PA kau? Ros kan dah ambil cuti bersalin so... dia boleh gantikan Ros." "No way! Tak mungkin dia boleh jadi PA aku dengan kelayakan civil engineering." "So? Kau nak bagi dia jadi bos? PA kan dah okay?" "Kau rasa dia sesuai jadi PA aku?" "Nampak macam... okay. Lawa, cun nak mati." "Fine! Panggil dia masuk." "Kau tak pandang dia langsung sejak tadi ke?" "Nope!" "Okay then... aku panggil dia masuk." Vermont mengangguk.

"Ya tuan?" "Kau dah diterima dalam syarikat." "Sebagai apa?" "PA aku. Kalau tak okay, kau sentiasa boleh blah dari sini." Ayra mengerutkan keningnya. "Mana mungkin saya yang ada kelayakan ni menjadi PA encik?" "Tempat yang kau layak tu tak kosong so... kalau kau tak nak jadi PA aku, you may go." "Saya boleh jadi PA tuan dengan satu syarat." "Kau ada syarat? Apa syarat kau?" "Tuan perlu pusingkan kerusi tuan. I have to see you face once." Vermont terus menoleh. "Puas? Dah?" Ayra mengangguk. "Aku panggil kau PA je atau kau ada nama?" "Saya ada nama... Ayra Aubrey." "Kau nak aku panggil kau apa?" "Ayra?" Vermont menoleh kembali. "Kau boleh keluar sekarang." Ayra mengangguk. "Amsyar, tunjuk tempat kerja dia." "Okay..." Amsyar dan Ayra terus keluar. "Ini tempat kerja you. You may call me anytime sebab bilik I jauh selangkah je dari bilik you. Vermont boleh lihat you direct dari tenpat dia so... be careful." "Okay. Thank you." "Most welcome." Amsyar berlalu pergi. Ayra bersandar pada kerusinya sebelum melihat Vermont di dalam biliknya. Majikannya kelihatan garang. Sangat garang. Lelaki itu juga kelihatan seperti terganggu. Terganggu dari segi mental. Namun bagi dia, ini akan menjadi permulaan indah. Permulaan untuk bekerja di syarikat ini untuk mencari ilmu dan pengetahuan baru. Sebagai hamba Allah, kita perlu selalu menimba ilmu. Sentiasa.

Bersambung 🚫

Mr Grumpy 🚫Where stories live. Discover now