Bab 14 | Mr Grumpy 🚫

273 8 0
                                    

Vermont menghampiri Ayra yang masih terlena. Hari ini sepatutnya, mereka akan pulang ke rumah mama Ayra. Vermont memandang Ayra lama. Adakah dia sudah terjatuh hati dengan sedirinya? Masihkah dia memijak di bumi realiti? Dia duduk di sisi Ayra yang masih nyenyak tidur. Wajah Ayra memukau pandangannya buat seketika. Kenapa dia tidak melihat kecantikan wanita ini selama ini? Kenapa dia tidak melayan wanita ini sebaik mungkin selama ini? Wanita ini sanggup mengorbankan kebahagiaannya demi kebahagiaan Fana. Kepala Ayra yang masih dilitupi tudung itu diusapnya namun pantas sahaja dia mengalihkan tangannya. "I've fallen for you? No way... never ever..." Vermont terus bangun. "Ayra..." Ayra bergerak sedikit. "Ayra... bangunlah..." Ayra mencelikkan matanya. "Dah pukul berapa ni?" "6 pagi. Kau nak bangun ke tak ni? Aku nak solat." Ayra mengangguk. "Pergilah solat. Saya nak turun." "Kau tak nak solat dulu?" "Err... bendera merah. Saya nak buat sarapan." Ayra terus bangun dari katilnya dan berjalan laju menuruni tangga. Vermont menghantar Ayra dengan pandangannya.

"Fana..." Fana menoleh. "Ya mama?" "Jangan pergi jauh sangat ya? Mama dah penat ni. Fana main dekat dekat ni je tau?" "Baik mama..." Fana bermain bersama sahabat sahabatnya di kawasan taman Vermont. Ayra merehatkan dirinya sebentar sambil melihat Fana bermain dan berkejaran di taman. Entah kenapa, tiba tiba dia terasa sebak. Buat kesekian kalinya, hatinya meronta agar Allah memanjangkan umur Fana. Vermont mendekati Ayra. "Termenung apa tu?" Ayra menoleh. "Mana ada termenung..." "Mengelamun?" "Memikirkan tentang masa depan." Vermont tersenyum nipis. "Apa yang kau nampak dalam masa depan kau?" "Saya dapat lihat senyuman dan gelak tawa kebahagiaan. Penuh dengan kebahagiaan yang saya takkan pernah capai." Vermont terkedu. Dia menghadap Ayra. "Apa maksud kau?" "Nothing... just... happiness." Dia ingin berjalan ke arah Fana namun Vermont sempat memegang hujung lengannya. Ayra memusingkan badannya. Dia mengangkat keningnya. "Kenapa?" "Kau tahu bahawa kau takkan capai kebahagiaan dengan aku. Kan?" Ayra menggeleng. "Hanya Allah yang maha mengetahui perkara yang terkandung di luh mahfuz. Siapa sahaja jodoh saya, saya dah berjanji pada Allah untuk terus setia dengan dia. And that's me..." "Jadi... kau nak kata aku tak setia dengan kau?" "Nope! That's not what I meant to say. I mean... saya akan tetap setia walau terluka. Demi kebahagiaan yang saya percaya bahawa saya capai." Vermont menarik nafas dalam dalam sebelum melepaskan lengan Ayra. Ayra berlari ke arah Fana. "Mama dah nak masuk ni. Fana nak ikut mama? Kita dah nak balik rumah atok." "Yeay! Jom balik kampung! Fana tak pernah balik kampung sebelum ni." Aura tersenyum. Dia membawa Fana masuk. Vermont membuntuti langkah Ayra.

"Assalamualaikum!" Ayra membuka pintu. "Waalaikumsalam! Welcome home!" Daniel terus memeluk Vermont. "Hey! Adik ada dekat sini. Bukan nak peluk adik dulu... merajuk ah!" Daniel tergelak. "Gedik! Dah jadi mak orang pun nak manja lagi ke? Malu dengan Fana tu hah." Fana tergelak kecil. Fana berlari ke arah Daniel. "Pak cu!" "Fana! Pak cu rindu Fana!" "Fana pun rindu pak cu!" "Jadi along tak rindu adik jelah? Along rindu Fana tapi tak rindu adik? Fine..." Ayra berjalan masuk. Lurus dia berjalan ke arah mamanya. "Mama... tengok along tu. Jahat!" "Ayra..." Mama memeluk Ayra erat. "Mama rindu Ayra." "Yeay! Mama rindu Ayra tapi Ayra rindu mama banyaakkkkk lagi." Ayra tersenyum manis. Vermont menghampiri ibu mertuanya. "Mama..." Vermont bersalam dengan ibu mertuanya. "Vermont sihat? Mana Fana?" "Vermont sihat, mama. Fana sibuk main dengan pak cu dia tu." ayra tersenyum. "Mana papa? Kerja lagi?" "Tak... papa ada dekat atas. Papa baru balik dari surau tadi. Ada perbincangan tentang masjid baru tu." "oh... lawa masjid baru tu." Ayra mengangguk laju. "Mama... Ayra nak naik dulu. Rindu dengan bilik Ayra." "Naiklah tapi... jangan lupa ajak Vermont ni. Mana dia tahu jalan ke bilik Ayra." Vermont mengangguk. Vermont membuntuti langkah Ayra hingga ke biliknya.

"Wow! Ini bilik kau?! Dua kali ganda dari bilik aku!" Ayra tersenyum nipis. "Tapi perasaan dalam kedua duanya sama sahaja. Kosong." Ayra mencapai buku bukunya. Dia memasukkan ke dalam kotak. "Kau baca buku buku ni semua? Kau nak buat apa dengan buku buku ni?" "Saya nak... recycle." "Why? Kenapa tak baca dah." "Sebab... saya tak nak buku buku ni mempengaruhi minda saya. Banyak unsur unsur kebahagiaan dalam buku buku ni." Vermont bagai ditusuk buat kesekian kalinya. "Apa masalah kau sebenarnya? Apa yang kau nak dari aku? Kau nak sakitkan hati aku? Atau kau sengaja nak buat aku bencikan kau?" "Bukankah awak memang dah bencikan saya tanpa sebab? Kan? Saya nak pergi library kejap. Awak duduklah kalau nak duduk sini." "Library dekat mana?" "Bukan dekat luar pun. Ada je di tingkat 4." Ayra berjalan keluar. "Ayra..." Ayra menoleh. "Hurm?" "Kau benci aku?" Ayra terdiam. "Saya tak ada hak untuk benci awak kerana awak syurga saya. Tak ada orang yang bencikan syurga..." Ayra berjalan pantas. Dia berlalu pergi. Sehingga bila agaknya Vermont akan mendera perasaannya?

Bersambung 🚫

Mr Grumpy 🚫Where stories live. Discover now