Bab 19 | Mr Grumpy 🚫

259 7 0
                                    

Ayra memandang Vermont di sisinya. "Awak... bangun. Kita solat subuh." Vermont senyum. "Kenapa senyum pula? Bangunlah... kita solat ek?" "Sayang ada wudhuk tak?" "Tak ada... kenapa?" Vermont mencium pipi Ayra. Ayra membulatkan matanya. "Eii mengada. Bangunlah cepat... abang..." "syoknya kalau setiap pagi ada orang kejutkan macam ni. Rasa macam baru kahwin pula." "Aip! Kita memang baru kahwin je. Baru empat minggu." "Dah empat minggu, sayangku. Hampir sebulan dah." Ayra tergelak kecil. "Abang berwudhuk dulu. Biar sayang jenguk Fana." Vermont menggeleng. "Kita pergi sama sama. Fana akan bahagia melihat kita bersama." Ayra tersenyum manis. "Argh! Your dimples! Rasa macam nak gigit gigit je!" "Shushh... bisinglah..." Ayra tergelak. Vermont menarik Ayra ke dalam dakapannya. Dia mencium pipi Ayra. "I got your dimples." Ayra menggeleng. "Jom tengokkan Fana. I miss her." Mereka berjalan ke bilik Fana. Fana masih terlena sambil memeluk bantal bintang yang dihadiahkan oleh Ayra. Vermont merangkul pinggang Ayra. "I'm happy to have you both in my life. I'm completed." Ayra tersenyum. Dia meletakkan kepalanya di dada Vermont. "Saya mahukan kebahagiaan bersama awak dan Fana. I want this journey to continue till the very last step in my life." "We'll hold hands... three of us. And more to come." Ayra tersenyum. "More to come? How many more?" "More and more. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa banyak..." "Uish! I'm going up... nak solat." "I'm coming with you..." Ayra berkari dahulu diikuti oleh Vermont. "Sayang!" "Shush! Fana tidur tu." Ayra berlari ke biliknya. "Kenapa datang sini? Jomlah pergi bilik abang." "All my things ada dalam bilik ni so..." "So, lepas subuh, kita pindahkan semua barang ni ke bilik abang. It's an order for a great wife. Boleh kan?" Ayra tersenyum. "Fine..." Ayra menghamparkan sejadah lalu menyarungkan telekung. Vermont mengimamkan solat Ayra seperti hari hari sebelum ini.

Fana telahpun ditahan di hospital kali ini. "Doktor... apa keadaan Fana buat masa ini?" "Kami akan mulakan rawatan semula. We need your signature on this paper. Read and sign if you agree." Ayra memandang Vermont. Mereka membaca borang itu bersama. Ayra mengangguk. Dia mahu Fana sembuh seperti biasa. Dan sekiranya Allah letakkan syifa' di dalam rawatan ini maka Fana akan sembuh. Fana akan mula bermain seperti kanak kanak di luar sana. Vermont memegang jari jemari Ayra erat. "Is this right? Betul ke apa yang kita buat ni?" Ayra memandang Vermont. "Kita hanya mahukan Fana pulih seperti biasa. Kita nak dia tersenyum bahagia tanpa penderitaan. Yakin dengan Allah maka Allah akan permudahkan semuanya. Kita yakin dengan Allah... okay?" Vermont tersenyum nipis. "You're right. Thank you, love. Thank you for being here for me." "Allah hantarkan saya untuk awak... samalah seperti Allah hantarkan awak untuk saya. Thank you and I love you!" "I love you more..." Ayra menyandarkan kepalanya di bahu Vermont.

"Encik... kami perlu menjalankan pembedahan untuk anak encik. Pembedahan pemindahan sel tunjang sum-sum tulang. Sekiranya pembedahan ini tidak dijalankan, anak encik hanya boleh hidup selama 6 bulan." Ayra terkedu. Laju sahaja tangannya mencapai tangan Vermont. Vermont memandang Ayra. "Apa yang kami perlu lakukan sekarang, doctor?" Vermont bagai kematian akal untuk berfikir pada ketika ini. "Encik dan puan perlu tandatangan dalam borang kebenaran pembedahan. Kami akan mulakan pembedahan sejurus selepas encik dan puan tandatangan." Vermont memandang Ayra. Ayra mengangguk. "Yakin dengan Allah... dengan lafaz bismillah, abang tandatangan dulu. Okay?" Vermont mengangguk. Dia memejamkan matanya dan berdoa lalu dia menandatangani borang tersebut. Tangan Ayra menggeletar ketika menandatangani borang tersebut. "Layakkah saya tandatangan borang ni? Bagaimana kalau ibu Fana marah saya kerana tandatangan ni?" "Please sign it first." Ayra mengangguk lalu terus menandatangani borang itu.

"Sayang..." Ayra menoleh. "Hurm?" "Sayang marah dengan abang?" Ayra menggeleng. "Saya cuma... nak tahu. Siapa ibu Fana? Di mana dia berada pada masa ini. And... kenapa dia tinggalkan Fana." Vermont membelakangi Ayra. "Ibu dan ayah Fana dah meninggal." Ayra terkelu. Dia menghadap Vermont. "What do you mean? Fana bukan anak kandung abang? You mean... dia tak berbintikan nama abang?" Vermont menggeleng. "Fana tu anak kepada along." Ayra melihat ke dalam anak mata Vermont. Jelas kelihatan air mata yang masih bergenang. "Kak Nina meninggal dua minit lepas dia lahirkan Fana. Pendarahan yang terlalu banyak sejak sebelum melahirkan Fana. Then... along terpaksa jaga Fana. Tapi... along bencikan Fana sebab baginya, Fanalah yang menyebabkan kak Nina meninggal. Dia menidakkan takdir kerana terlalu sakit untuk menerima kenyataan. Mereka bercinta selama 7 tahun dan akhirnya mendirikan rumah tangga selama 4 tahun tanpa anak. Apabila along dapat tahu bahawa kak Nina mengandung, dialah insan yang terlalu bahagia. Hampir seluruh rakyat Malaysia tahu tentang berita bahagia itu kerana along merupakan pemilik syarikat pada ketika itu. Hidup diorang bahagia sangat. Setiap kali apabila melihat kebahagiaan mereka, abang pula yang cemburu. Abang tertanya tanya tentang jodoh abang pula. They were so happy..." Air mata Vermont mengalir. "Abang ada along je masa tu. Along menjadi ayah dan kak Nina menjadi ibu bagi abang pada ketika itu. Dalam sekelip mata, kebahagiaan itu diragut buat selamanya apabila mendapat tahu bahawa Kak Nina menghidapi kanser darah. Tiada lagi senyuman yang memenuhi rumah. Toada lagi gelak tawa apabila abang balik rumah. Along dan kak Nina tetap cuba untuk mencari kebahagiaan. Mereka menderita demi kebahagiaan yang tidak dapat dicapai selepas itu. Mereka cuba untuk mempertahankan bukti cinta mereka dalam perut kak Nina dan akhirnya, sejurus selepas Fana melihat dunia, kak Nina menutup matanya buat selamanya. She never woke up after that. Along tak dapat terima kenyataan yang membunuh jiwa raganya setiap saat dan detik. Dia mula menjaditak tentu arah. And one day, he drove the car to the office. Dalam perjalanan tu..." Kata kata Vermont terhenti apabila tragedi itu kembali berputar dalam mindanya. Tangan Vermont menggigil. "It's okay... it's okay..." Ayra memegang tangan Vermont erat. "I'm here for you..." "Kereta along accident sampai hancur tubuh dia dalam kemalangan tu. He died on the spot." Ayra memejamkan matanya. Sungguh! Dia tidak dapat memikirkan keadaan Vermont dan Fana pada ketika itu. Pastinya mereka tidak tentu arah. "Lepastu... abang ambil alih syarikat tanpa kerelaan diri sendiri demi menyara Fana. Abang seorang je yang ada untuk dia. There is no one else." "And now... I'm here too. For you... and Fana." Vermont tersenyum. "Sayanglah hadiah terindah yang Allah hadiahkan buat abang. The first gift in my life was Fana because when she was born into this world, hidup abang mula berwarna warni. And then, you." Ayra tersenyum. "Walau apa terjadi sekalipun... Fana akan tetap menjadi yang pertama selamanya." Vermont memeluk Ayra. "I love you for this... for all..."

Bersambung 🚫

Mr Grumpy 🚫Where stories live. Discover now