Bab 8 | Mr Grumpy 🚫

246 10 0
                                    

"Mana Ayra?" Vermont mencari Ayra di tempatnya dan di seluruh pejabat. "Ayra pergi tandas tadi, tuan. Kenapa tuan cari dia? Tuan perlukan bantuan?" Fazzy bertanya kepada Vermont. "Nope! Aku nak junpa dia. Call her now." "I kan ada. You can ask me for anything." "I want her now. Kalau you tak boleh panggil, let me search for her." "Takpe tuan... I akan panggil dia keluar." Vermont berdiri di luar bilik air dengan cemas. Fazzy memandang Ayra. "Kau... memang datang sini untuk merampas hak aku kan? Dari sahabat sampai ke tuan pun kau cuba rampas dari aku. Tapi jangan haraplah kau akan dapat tuan. Never! He's mine, girl. Kau akan menyesal kalau nak cabar aku!" "What? Aku cabar kau? Bila masa pula semua benda ni terjadi? Aku rampas sahabat kau?" "And now, acting innocent?! Tuan panggil kau. Baik kau cepat sebelum aku rosakkan nama kau." Ayra memandang Fazzy sekilas sebelum berjalan laju keluar dari tandas. "Tuan cari saya?" Wajah Vermont merah bagaikan menahan kemarahan. "Kau pergi mana?! Aku cari kau satu pejabat kau tahu tak?! Kau ingat aku ni siapa?! Kau kuli aku! Ingat... kau kuli aku!" Ayra terkedu. Jantungnya berdegup lebih kencang dari tapak kaki kuda yang berlari laju. Dia dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan Vermont namun hatinya semakin terluka. Ayra mengejar Vermont. "Kalau saya kuli... kenapa tuan cari saya? Kalau saya hanya hamba di sini... kenapa tuan perlu cari saya satu pejabat? Apa urusan tuan dengan saya?" Vermont memandang Ayra. "Acting smart huh? Kau ingat aku tak tahu ke kenapa kau bekerja di syarikat aku?! Hanya sebab kau nak rampas syarikat ini dari aku dan satukan dengan syarikat kau kan?" Ayra terkelu. Wajahnya bertukar merah kerana dia cuba sedaya upaya untuk menahan mulutnya daripada menghamburkan kata katanya yang mampu memedihkan hati Vermont. "Hanya kerana saya hormat tuan yang telah berikan saya kerja ini, saya berdiam diri. Dan mulai saat ini, saya... nak letak jawatan." Amsyar terkejut. "Ayra! You can't do that." Adlina menghampiri Ayra. "Ayra... jangan pergi macam tu je." "Biarkan dia! Aku terima surat perletakan jawatan kau." Ayra mengangguk. "Terima kasih kerana pernah terima saya bekerja di sini. Saya... bahagia kerana pernah bertemu dengan insan sehebat awak, Amsyar dan Adlina... aku terhutang budi dengan kau. We'll meet again, soon. Thank you. Amsyar... Adlina sukakan awak. Don't miss her in life. She loves you..." Itulah satu satunya bantuan yang dapat dia lakukan buat sahabat yang telah banyak berkorban untuknya selama ini. Dia terus menaiki keretanya. Keretanya dihidupkan. Hujan lebat mula membasahi bumi sama seperti air yang mengalir dari mata Ayra. Laju. Deras seperti air terjun. Mungkin sampai sini sahaja perjalanannya di sini. Di syarikat ternama. Ayra memandu laju ke rumahnya.

Dia memandang sejadahnya. "Betulkah keputusan yang telah aku ambil, Ya Allah? Atau aku terlalu ikutkan perasaan?" Hatinya mengatakan bahawa keputusannya itu benar. "I'm following my heart and my heart says that I should leave then... I left." Dia menundukkan wajahnya. Air matanya mengalir laju. "It's easy to forgive but It's never easy to forget. It's hurting..." "I can understand your feelings, dik. That's why along suruh adik jauhkan diri dari Vermont. I told you earlier that his heart is made of stone and he'll never pity anyone. Hati dia batu." "Tapi dia tetap manusia kan? Mana mungkin wujudnya manusia yang sekeras dia? Mana hati dia? Mana simpati dia terhadap orang?" "Semuanya dah hilang bersama suatu peristiwa dalam hidup dia. But I can't tell you about it. You have to google about him. Mana tahu jawapan untuk soalan Adik ada di sana." Ayra menggeleng. "I don't want to know anything about him because I hate him. I hate him for life." "But you love him. And I can see it in your eyes." "I hate him, along. That's all." Ayra terus memejamkan matanya sambil membaringkan tubuhnya di atas katil. "Fine... along keluar dulu. Rehat secukupnya, dik." "Thanks for always being there for me, along. I love you." "I love you more!" Daniel terus berlalu pergi. Ayra memejamkan matanya dengan niat bahawa esok akan menjadi hari yang lebih indah dari hari ini. Aamiin. Tib tiba sahaja wajah Fana berlegar legar dalam fikirannya. Apakah nasib Fana kerana memiliki ayah seperti Vermont? Namun... Vermont bercakap dengan nada yang sangat lembut kepada Fana. Vermont kelihatan seperti amat menyayangi Fana.

Bersambung 🚫

Mr Grumpy 🚫Where stories live. Discover now