Bab 4 | Mr Grumpy 🚫

274 9 0
                                    

Ayra berjalan ke bilik Vermont namun sebelum mengetuk pintu bilik Vermont, dia terdengar bualan Vermont dengan sahabatnya, Amsyar. "Apa masalah kau sebenarnya? Kau bencikan Ayra atau kau tak suka dia bekerja dekat sini? Choose either one. Kalau kau tak suka dia bekerja di sini, Aku boleh suruh dia berhenti kerja. Papa dia ada syarikat yang lebih besar dari syarikat kita but still... she choose to work here. Kita bertuah kerana dapat pekerja macam Ayra." "Do you think that I really care ehi her dad is? I don't care at all! Kalau kau nak tahu, bukan aku yang merayu pada dia untuk stay sini. She wants to. Entah apa muslihat di sebalik wajah dia." Ayra terkedu. Itukah tanggapan Vermont terhadapnya? "Kejamnya kau. Sampai bila kau nak salah sangka dengan semua orang? Tak habis habis buruk sangka." "Actually... apa masalah kau? What's your problem if I hate her. Apa masalah kau? Or... you like her? Kau mula cari masalah dengan aku sejak dia wujud dalam syarikat ni." "No, V. Kau tak faham sesuatu. Setiap insan dalam dunia ini, ada kebaikan masing masing. Macam mana kau terima aku dalam hidup kau, begitu jugalah kau harus terima setiap insan di sisi kau." "I can't do that. Dahlah... kau pergilah sambung kerja kau. Malas nak panjang topik ni." Ayra menarik nafas panjang. Dia mengetuk pintu. Amsyar membuka pintu. "Eh? Ayra?" "Ya saya. Boleh saya berjumpa dengan Tuan Vermont Karl?" Amsyar memandang surat di tangan Ayra. "You nak berhenti kerja ke? Don't do that, Ayra. Takkanlah hanya kerana perkara kecil tu you nak letak jawatan?" "Nope... Ini planner tuan untuk minggu ini. Can I meet him?" "Oh la... okay. You may. I keluar dulu." "Bye..." Amsyar tersenyum manis. Cantik sungguh Ayra pada pagi ini. Vermont memandang Ayra. "Kau nak apa?" "Maaf tuan... ini planner tuan untuk minggu ni. Saya nak tuan check planner ni sama ada sesuai untuk masa tuan atau tidak." Vermont mengambil kertas tersebut dari Ayra. "So... jadual hari Isnin ni tolong ubah. Aku ada hal penting setiap hari Isnin." "Hal penting?" "Perlu ke aku bagitahu kau? You're just a PA. Mind it. Kau dah boleh keluar..." Disangkanya lelaki itu akan meminta maaf namun lagi disakitkan hati adalah! Dasar Mr Grumpy! Ayra menundukkan wajahnya lalu berjalan perlahan ke pintu.

Vermont memandang Ayra dari biliknya. Kenapa agaknya gelagat wanita itu menarik perhatiannya. Ayra sedang bergelak ketawa bersama pekerja pekerja di sana. "Ayra Aubrey! Come in!" Bergema suara lantang Vermont di seluruh ruangan pejabat. "Ayra... goodluck." Ayra menepuk kepalanya. "Matilah aku kali ni." Ayra berjalan laju ke bilik Vermont. "Aku bagi kau ruang dekat sini bukan untuk berbual kosong atau membazir masa! You have to do your work!" "I'm... I'm sorry." Vermont membaling fail. "Aku nak kau siapkan semua Fail Fail ni sebelum kau jejakkan kaki keluar dari pejabat ni. Faham?!" Ayra terkejut dengan jerkahan Vermont. "Faham... faham, tuan." Semua staf di situ melihat Ayra yang keluar dengan wajah pucatnya. Wajah Ayra pucat bagai menahan beban di bahunya. Ayra meletakkan fail fail itu di atas mejanya dan berjalan pantas ke bilik air. Dia mengunci dirinya di dalam bilik air dan mengalir air mata. Dia menutup mulutnya menggunakan tapak tangannya supaya bunyi tangisannya tidak mengganggu orang lain. Adlina sedar bahawa sahabatnya itu pasti sedang mengalirkan air mata pada ketika ini. Dia faham sungguh dengan sikap majikannya. Adlina berjalan ke bilik Amsyar. "Amsyar... you busy ke?" "Nope! Why Lina? You have anything to say?" "It's about... Ayra. She's... crying. Sebab bos marah dia." "Why? Kenapa V marah dia?" "Sebab tuan V nampak dia bergelak ketawa dengan kitorang. Kitorang yang ajak dia makan lunch sama sama tapi dia pula yang kena. He gave her all the files and tuan suruh dia siapkan fail fail tu sebelum dia balik. Then, dia terus lari masuk bilik air. And she's crying." "Okay okay... you pergi pujuk dia. Biar I pergi cakap dengan V. You... bagitahu I keadaan dia lepas pujuk dia. Okay?" Adlina mengangguk. Adlina sudah lama menyimpan perasaan terhadap Amsyar. Amsyar bagaikan hero yang dihantar untuk selamatkannya setiap kali dia terjebak ke dalam masalah di pejabat ini.

"V..." "Yea?" Amsyar menghadap Vermont. "Kau jangan ingat aku nak back up Ayra but what you did to her is... melampau. Kesian dia, doe. Apa salah dia? Kenapa kau benci dia sangat sangat? Tell me please. Let me know the reason." "You know everything about me. So now... kau nak salahkan aku sebab lukakan dia? Or kau nak suruh aku minta maaf dengan dia?" "She's crying because of you. Kenapa keras sangat hati kau ni?" "Sebab hati aku batu. Bukankah kau dah lama tahu bahawa aku... takkan pernah terima sesiapa dengan mudah." "Even staf kau? She's your PA." "Am... aku penat sangat ni. Can we talk about this later?" "V... aku cakap baik baik dengan kau ni." "Am... kau pergilah dulu. Nanti kita cakap." "Fine! Susah betul nak cakap dengan kau." Amsyar terus keluar.

Vermont memandang Ayra. Wajah Ayra kelihatan pucat. Namun dia masih bersemangat untuk menghabiskan kerjanya. Semangat itu takkan pernah hilang.

Bersambung 🚫

Mr Grumpy 🚫Where stories live. Discover now