1

5.4K 127 5
                                    

Nama aku Tina, atau nama panjang aku adalah Christina Rose. Cantik kan nama aku. Thanks to my parents. Pandai diorang pilih nama untuk aku.

Biasanya kenalan atau kawan-kawan aku akan panggil aku Tina. Tapi aku ada juga nama lain yang cuma di panggil oleh tiga orang kesayangan aku.

R. O. S. E

Yup, mummy dengan daddy panggil aku Rose. Diorang je yang boleh panggil aku dengan nama tu.

Eh, jap! Aku kata tiga orang ke tadi?

Maaf, aku lupa. Dulu tiga, sekarang dah jadi dua orang je balik.

Kenapa?

Semua tu pun sebab my parents juga.

Apa jadi?

Ya, aku lupa nak bagitau. Aku suka perempuan. Dan aku pernah couple dengan perempuan or patut aku kata as tomboy.

Yup, sebab parent aku dapat tau, aku dipindahkan dari sekolah, telefon kena rampas oleh my beloved mummy. Aku terus lost contact dengan girlfriend aku tu.

Jujur aku kata, aku masih sayang kan dia. Tapi, dia aku tak pasti dimana. Hari ni genap 5 tahun aku dengan dia terpisah tanpa rela. Setiap hari aku tak pernah lupakan dia. Berbulan-bulan juga aku cuba bangkit balik, hidup normal macam orang lain.

Dia tak cari aku ke?

Nope, sekali pun dia tak pernah cuba cari aku. Aku tak pernah dengar apa-apa berita pun pasal dia. Betul ke dia cinta kan aku? Itu aku tak pasti...tapi yang aku tau, aku tak pernah lupakan dia, dan aku sntiasa cintakan dia.

Never and Always

Itu janji kami dulu... Sampai ke hari ini aku berpegang pada janji tu.

********

Hari ni adalah hari pertama aku masuk ke salah sebuah institut pengajian tinggi swasta. Ya, swasta.

Jangan risau, mummy dengan daddy aku sebenarnya Dato' dengan Datin. Jadi jangan terkejut sangat lah.

Satu lagi sebab aku masuk ke sini adalah sebab mummy nak elakkan aku dari berjumpa dengan 'dia'. Ya, keluarga 'dia' tidak berada seperti kami. Jadi mummy beranggapan, pastinya 'dia' masuk ke universiti awam. Untuk elak kami dari pada berjumpa, mummy snggup menghabiskan beratus ribu untuk aku. Semata untuk elak aku dari jumpa 'dia' semula.

Jauh kan fikiran mummy, aku pun tak pernah trfikir sampai ke situ.

"Christina Rose." Nama aku dipanggil. Tiba giliran aku untuk mendaftar. Selesai segala sesi pendaftaran, aku bangun meninggalkan dewan yang menempatkan pelajar-pelajar baru. Aku bergerak kearah pintu lif. Anak panah menunjuk tanda ke bawah aku tekan.

Ting!

Tanda lif tiba dihadapan aku. Ada beberapa orang di dalam lif. Aku melangkah masuk. Baru sahaja aku menekan butang untuk menutup pintu lif, ada satu tangan menghalang.

Pintu kembali terbuka.

"Thanks!" Ucapnya dan tersenyum. Aku turut senyum membalas . Lelaki tersebut berdiri disebelah aku.

"Student baru ke?" Separuh berbisik dia bertanya. Aku memandang dia yang agak tinggi disisi.

"Tanya saya ke?" Soal aku. Dia tersenyum lagi dan mengangguk.

"Oh, ha'ah."

"Kos apa?"

"Music." Balas aku.

"Oh ya? Sama lah kita. Tapi saya dah sem 3."

"Oh, hai senior." Ucap aku teruja. Dia tergelak

"Jangan panggil senior, rasa tua pula. Call me Shane." Dia menghulurkan tangan.

"Tina, Christina Rose." Aku menyambut huluran tangan tersebut. Kami berjabat tangan.

"Cantik nama, macam tuannya. Nice to meet you, Tina." Sempat lagi dia memuji. Aku senyum. Dah biasa dah dengar.

Ting!

Lif berbunyi lagi, tanda telah tiba di tingkat yang dipilih.

"Dah sampai. Jumpa lagi, gorgeous." Sempat lagi dia mengenyitkan mata kearah aku. Aku tersenyum segan.

Kalau perempuan lain, mungkin dah cair dengan kata-kata Dia. Siap ada pakej rupa lagi. Tapi I'm sorry, aku bukan jenis macam tu.

"Lex!" Aku nampak Shane mengangkat tangan kearah seseorang.

"Lambat gila kau, lama kitorang tunggu." Balas satu suara tanpa dapat aku melihat gerangan tersebut.

Pintu hampir tertutup semula. Aku masih memandang kearah Shane diantara ruang pintu lif yang semakin mengecil.

Tanpa aku duga, aku melihat kelibat seseorang yang aku sangat kenali menghampiri Shane. Aku terkesima.

Pintu lif tertutup rapat.

Aku terkaku.

Itu 'dia'! Jerit hati aku.





Haloooo... And hai... Welcome back

Ayuh, kita share2 pula cerita ni ya... Biar dapat kalah kan cerita Khai dengan Syakila yang sebelh. Ni.... Hohoho...

Lebih dari 10 vote, dan 5 komen... baru saya update new chapter..

Byeee

Never and Always (GxG) Where stories live. Discover now