Namun, apa yang diharapkn tidak berlaku. Kamilia menunggu Remi di kantin hingga pukul 3ptg. Bayang Remi tidak kelihatan langsung. Akhirnya dia mengayuh basikal & pulang dengan hati yang kecewa.
Sejak itu,mereka tidak pernah bertegur sapa lagi. Remi sentiasa mengelak daripada bertembung dengan Kamilia. Pernah Kamilia mendekatinya untuk meminta maaf. Namun, Remi segera melarikan diri. Seolah-olah Remi sangat membenci untuk bersua muka dengan Kamilia lagi.
Kamilia tidak marah. Remi wajar bersikap begitu. Dia sudah menghancurkan hati Remi. Dia yg ikut kata hati sangat &kuat cemburu. Dia yg kuat merajuk & berfikiran singkat.
Kamilia cuba menerima kenyataan bahawa dia & Remi telah putus. Dia menumpukan sepenuh perhatiannya kepada pelajaran & aktiviti sekolahnya. Semuanya demi melupakan apa yang berlaku antara dia & Remi.
Dalam masa yang sama,hubungan Kamilia & Dani bertambah erat. Dani sudah mula berani meluahkan kata-kata cinta dalam setiap surat-suratnya. Dan Kamilia mula rasa terbuai!
Hari demi hari,rindu Kamikia beralih arah. Kekecewaan & rajuknya terhadap cinta pertamanya terubat juga. Tiba-tiba dia menjagi kuat untuk menempuh dugaan 'putus cinta' yang ditanggungnya itu.
Akhirnya perasaan cintanya terhadap Remi sudah mula menhilang dihanyut musim. Kamilia bahagia dengan persaan barunya. Dia mula kembali mengaggung rindu. Kali kepada Dani. Setiap minggu dia menunggu posmen membawa surat-surat dari Dani. Setiap minggu dia membeli kertas 'writting pad' yang berbau wangi & berbunga-bunga untuk mebalas surat-surat Dani.
.
.
.
.
.*maklum lah zaman dulu mane ade whatsApp bagai*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cinta Dani sedang memenuhi seluruh ruang hati & jiwanya. Bunga-bunga cinta mula berputik segar. Kuntum- kuntum kasih pula berkembangan wangi. Aduhai......Kamilia melangkah ke tingkatan lima dengan penuh azam. Surat-surat daripada Dani adalah obor semangatnya. Dalam Surat-suratnya, Dani mahu Kamilia berjaya. Katanya dengan keputusan Sijil Rendah Pelajaran yang lepas, Kamilia mampu lebih cemerlang.
Lalu Kamilia meletakkan sasaran untuk lulus dengan cemerlang dalam SPM. Dia mula kurangkan semua aktiviti luar. Banyak masa dihabiskan di perpustakaan untuk menelaah pelajaran dengan kawan-kawan. Semasa di perpustakaan l, dia sering terserempak dengan Remi. Kadangkala bersendirian. Adakalanya pula dengan gadis pengawas itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*org nk mintak maaf lari Remi ni*
.
.
.
.
*kan dh salah faham*
.
.
.
.
.
*lantak ko lah*
.
.
.
.
.
.
.
.
*senalam lupa nk update*
~ehekkkk~
YOU ARE READING
7 Colors of Love
Short StoryCinta yang Kamilia lalui jauh berbeza dengan apa yang diimpikan. Dia diuji dengan derita & kekecewaan. Hatinya menangis tidak berlagu bila Dani menghilang tanpa kata janji. Kerana kecewa, dia serik untuk bercinta lagi. Namun demi kasih ibunya,Kamili...