#5💞

6 1 0
                                    

Kalau Remi berdua-duaan, dia sengaja bergurau mesra. Seperti dia sengaja membuat Kamilia cemburu! Bohong lah kalau Kamilia tidak sakit hati. Bohong juga kalau dia tidak cemburu. Memang dia cemburu sangat-sangat. Kemesraan Remi bersama gafis itu seolah-olah disengajakan. Ia amat menyakitkan hatinya. Dia berusaha melawan semua perassan itu. Dia cuba ubati semua rasa sakit itu dengan sabar.

"Kau marah?" Tanya Nurlela,sahabat baiknya.

Kamilia menggeleng.

"Kau jangan bohong. Aku tahu kau cemburu. Akuvtau kau sakit jati & mrh kan pada mereka. Kau tahu apa maknanya?" Provok Nurlela.

Kamilia menggeleng

"Maknanya kau masih cintakan dia."

"Tak. Aku langsung dh tak da hati pada dia," tepis Kamilia dengan cepat .

"Kalau begitu,kau kena buang semua rasa cemburu & marah kau tu. Kita nak periksa tahun ni. Kau jangan asyik dok ingat bercinta aja! Kalau asyik bercinta, pergi kahwin!" Kata Nurlela, mengajuk cakap guru disiplin dalam setiap kali perhimpunan sekolah.

Seja dari itu, Kamilia cuba membuang rasa sakit hati & cemburunya kepada Remi.

Sementara itu, hubungan Kamilia & Dani sudah tidak mampu disorokkan lagi. Pada hari raya Aidilfitri yang kedua, Dani tidak segan-segan membawa Kamilia bertemu dengan keluarganya secara rasmi.

"Kenapa cepat sangat Dani? Lia belum bersedia," protes Kamilia ketika Dani menyatakan hajatnya itu.

"Dani nak semua keluarga Dani tahu yang kali ni Dani tak main-main. Dani cintakan Lia sepenuh hati. Dani nak kahwin dengan Lia. Lepas Lia selesai SPM, kita bertunang!"

"Tapi,Lia masih nak sambung belajar. Dani juga yang selalu kata, manusia tanpa ilmu adalah manusia yang rugi. Lia tak nak rugi," balas Kamilia pula.

"Lia,Lia boleh belajar setinggi mana pun. Tapi Lia mesti jadi isteri Dani dulu. Dani tak nak kehilangan Lia dalam hidup Dani."

"Biarkan Lia habiskan SPM dulu sebelum Lia dibawa berjumpa keluarga Dani," pinta Kamilia dengan penuh harapan.

"Dani dah beritahu mak. Dia dah setuju nak.jumpa Lia. Jangan tolak,Lia. Kesian Dani....." rayu Dani pula.

Akhirnya Kamilia mengalah. Dia ikut juga Dani ke rumahnya. Ternyata benar. Keluarga Dani memang sedang menunggu kehadiran Kamilia.

"Inilah rupanya bakal menantu mak," kata Hajah Gayah, ibu Dani.

Kamilia tersipu malu. Dia tidak menyangka Dani begitu nekad,walhal mereka belum kenal lama.

Sejak pertemuan pertama itu,hubungan Kamilia dengan Dani menjdai Rapat. Kakak Dani & ibu Dani amat memanjakan Kamilia hingga malu mengaku dia sebagai jiran atau rakan taulan.

Hal ini membuatkan Kamilia semakin dibuai asmara. Dia rasa dia bukan sahaja sedang berkasih dengan Danu,malah juga dengan keluarganya,Dani.

Selain dibuai cinta, Kamilia juga semakin gigih dalam pelajaran. Dalam setiap ujian bulanan,peratusan peperiksaannya semakin meningkat. Dani adalah tunggak kekuatanya. Pada masa itu, dia hidup hanya untuk Dani. Apa sahaja yang Dani suruh, dia akan buat. Apa sahaja yang Dani sarankan, dia akan ikut.

Namun,nasib tidak menyebelahi Kamilia. Dalam peperiksaan percubaan,dia mendapat kelulusan yang baik & cemerlang. Tetapi dalam peperiksaan sebenar, dia terkandas satu subjek. Lalu dia gagal ke tingkatan enam di sekolah kerajaan. Atas nasihat guru-guru,tidak perlu mengulangi SPM sebab dia bukannya gagal sepenuhnya. Akhirnya dia terpaksa masuk ke tingkatan ena sekolah swasta.

Ketika itu,tekanan mula terasa kerana Dani mula mendesak agar mereka segera kahwin tanpa perlu betunang.

"Jangan jadikan pelajaran itu satu alasan untuk menolak usul ini. Kita kahwin,kemudian Lia sambung belajar di Kuala Lumpur."

"Tidak. Lia nak terus belajar disini!" Tegas Kamilia pula.

"Kenapa Lia suka bantah cakap Dani?" Marah Dani.

Akhirnya Dani berangkat pulang ke Kuala Lumpur tanpa mengucapkan selamat tinggalvkepada Kamilia. Dia pergi begitu sahaja. Hal itu menyebabkan Kamilia serba salah & sedih. Dia hilang pertimbangan seketika. Dia kesal kerana Dani begitu mudah membuat keputusan tanpa memikirkan perasaannya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*abis ape jadi?*
*Hahahahaha*

7 Colors of LoveWhere stories live. Discover now