#6💞

10 1 0
                                    

JANJI MANISMU SEMUANYA PALSU

Kamilia cuba memujuk hatinya agar bersabar. Dia ringankan kakinya ke rumah Dani untuk mencari cerita. Dia perlu mencari jawapan untuk semua persoalan yang berlegar-legar di mindanya.

"Dani merajuk habis semalam," kata kakak Dani ketika Kamilia ke rumah Dani.

"Mana dia kak?" Kamilia menjengahkan kepala ke arah bilik Dani.

"Dia dah balik KL. Dia tak cakap dengan Lia ke?"

Kamilia menggeleng.

"Eh,betuah sungguh budak ni. Datang & pergi macamtu je!" Tambah akak Dani.

Kamilia diam. Sebenarnya waktu itu dia sedang menahan gelora rasa yang sedang membadai hati. Dia rasa ingin menangis. Namun, dia cuba menahannya. Dia rasa malu kau keluarga Dani melihat air matanya.

"Kak, tak apalah. Mungkin dia terlupa," kata Kamilia perlahan.

"Terlupa? Takkan bak ucap selamat tinggal pun lupa. Kenapa? Dia merajuk ke sampai macamtu sekali? Kamu berdua gaduh ke?"

Kamilia menggeleng. Kalau boleh dia tidak mahu mereka tahu apa yang berlaku antara dia & Dani.

SEMINGGU KEMUDIAN, Kamilia menerima surat darpada Dani.

Kekasihku Lia, Dani minta maaf kerana bertindak mengikut perasaan. Dani tahu Lia pasti sedih kerana Dani balik ke KL tanpa memberitahu Lia. Dani bersalah. Sekarang Dani terjerat dengan rasa bersalah itu. Maafkan Dani.
Lia,sebetulnya memang Danu amat kecewa dengan penolakan Lia. Namun, Dani tidka boleh memaksa perkara yang Lia tidak suka. Dani sebenarnya tidak sanggup menunggu lama-lama. Dani bimbang jikalau Lia berubah hati. Dani tidak dapat bayangkan kalau nanti Lia tinggalkan Dani. Tak dapat. Dani benar-benar sayang & cintakan Lia. Jangan tinggalkan Dani. Please.......

Surat Dani itu amat meruntun hati Kamilia. Lalu dia segera membalas surat itu.

Dani kekasihku,

Memang Lia rasa begitu sakit hati & sesih dengan apa yang Dani buat itu. Berhari-hari Lia hidup dalam air mata. Sampai hati Dani........

Namun,kini Lia mula faham kenapa Dani berbuat begitu. Lia amat hargai cinta & kasih sayang Dani. Memang perasaan itu juga yang ada dalam hati Lia. Lia ingin belajar. Lia mempunyai cita-cita untuk ke menara gading. Lia ingin menggenggam segulung ijazah.

Lia tidak menafikan kebenaran pendapat Dani,bahawa Lia masih boleh belajar walaupun selepas kahwin. Tapi, Lia tidak mahu menjadi isteri yang tidak mampu menguruskan suami & rumah tangga demgan baik. Menjadi isteri & pelajar adalah dua situasi yng berbeda. Masa & komitmen juga berlainan cara. Lia harap Dani faham.

Menolak rancangan Dani untuk segera berkahwin bukan bermakna Lia tidak sayangkan Dani. Untuk itu, sama-samalah kita berdoa agar ALLAH letakkan takdir yang terbaik kepada kita. Ajal,maut,jodoh & pertemuan itu adalah milik-Nya. Kita hanya mampu berdoa & mengharap

SELEPAS ITU,Kamilia meneruskan hidupnya sebagai pelajar macam biasa. Dani juga begitu. Surat-suratnya juga tetap bila tepat pada masanya. Surat-surat itulah yamg banyak memberikan Kamilia samangat untuk terus gigih berjuang dalam pelajaran.

Akhirnya Kamilia selesai menghadapi STPM dengan dada yang lapang. Dia menarik nafas lega kerana lega kerana dia sudah buat yang terbaik untuk masa hadapanya. Dia telah bertungkus lumus belajar tanpa kenal erti jemu.

7 Colors of LoveWhere stories live. Discover now