#7💞

20 2 0
                                    

MEMBAWA HATI YANG LARA

Kakak Dani memeluk Kamilia dengan penuh rasa terharu. Air mata yang merembes membasahi pipi Kamilia dikesatnya dengan penuh kasih sayang.

"Lia,akak harap kau sabar banyak-banyak ya.Anggaplah kau dengan Dami tu tiada jodoh," kata kakak Dani sambil mengusap-usap wajah Kamilia.

"Maksud akak yang berkahwin tu Dani!?" Kamilia segera memotong. Wajah mereka yang berada dihadapannya ditatap bergilir-gilir.

Mereka tunduk. Kemudian mereka mengangguk perlahan.

Kamalia terpaku bisu. Berpinar dunia, gelap semuanya. Hancur hati,berkecai luluh semuanya. Gunung harapan runtuh ranap. Kata cinta juga hanyut lenyap.

Lama dia tunduk diam. Namun hairanya, dia langsung tidak menangis. Setitik air mata pun tidak gugur daripada untaiannya. Hanya fikiranya yang tiba-tiba menjadi kosong & jiwa menjadi hampa.

"Lia, walaupun kau bukan isteri Dani,mak tak nak pisahkan kau daripada hati mak. Mak tetap mengganggap kau macam sebelum ni. Lia, jangan salah anggap. Ini semua bukan rancangan kami. Ini rancangan Dani yang tergesa-gesa. Dia pulang & minta dinikahkan. Kami hanya diberi masa seminggu. Ramai saudara mara yang tak sempat dijemput," kata Hajah Gayah selepas tangisannya reda.

Kamilia tetap diam. Telinganya hanya mendengar tetapi mulutnya sudah bisu untuk berkata-kata.

"Lia....sabar ya,dik," pujuk kakak Dani.

Kamilia mengangguk. Kali ni dia cuba menguatkan semangat & cuba memberi keyakinan palsu kepada mereka bahawa dia memang akan sabar. Walhal  jauh disudut nubarinya dia sedang merintih:  Aduhai Dani,rupanya itulah firasat yang kau berikan dengan suratmu yang ringkas itu!

Ketika matahari mula meninggi, Kamilia meminta diri untuk pulang ke rumah. Dia tidak sanggup untul berlama-lama melihat pelamin serta khemah di hadapan rumah Dani itu. Tidak sanggup juga untuk mengimbau semua kata-kata manisnya ketika memujuk.
Kamilia lebih tidak sanggup,ketika terbayangkan dialah pengantin perempuan yang duduk dengan sopan seperti puteri raja.

"Lia, tolong kangan lupakan kami. Tolong jangan buang kami daripada hidup Lia. Tolong jangan membenci kami. Datanglah ke sini seperti biasa," rayu Hajah Gayah.

Kamilia hanya mengganguk. Sebuah anggukan kosong dari orang yang tidak upaya. Dia mengagahkan kaki untuk melangkah pulang meninggalkan rumah itu.

*Dilepaskan segala memori manis yang pernah tercatat di situ.
*Dileraikan semua kemanisan kasih yang ada di istana itu.
*Ditinggalkan semua kedukaan cintanya.
*Dipeluk sebuah kekecewaan yang meleburkan hatinya.
*Dibuang semua kata janji & sumpah setia Dani di situ.

SAMPAI di rumahnya,baru Kamilia sedar apa yang telah berlaku. Baru dia ingat apa yang didengari daripada keluarga itu. Tiba-tiba air matanya turun dengan lebat sekali seperti hujan di musim tengkujuh. Baru dia rasa sedih & ingin menangis semahu-mahunya

Lalu dia menangis & meratap. Semua barang-barang pemberian Dani dibuangnya. Begitu juga dengan surat-suratnya,semua dikoyakkan. Benar-benar dia naik hantu. Benar-benar dia rasa tertipu dengan cinta Dani yang palsu. Dia segera teringat kepada Kamaruzaman. Muncul pula wajah Remi dengan senyuman kemenangan.

Sungguh kecewa & melukakan. Berhari-hari dia menangis. Tidaka berselera untuk makan. Tidak ada rasa mengantuk. Malah kadang-kadang dia rasa hilang semangat mahu terus Untuk hidup.

SEBULAN KEMUDIAN,ketika semangatnya hampir pulih, dia menerima surat daripada Dani.

Liaku sayang,Dani tahu Lia kecewa dengan kenyataan yang Lia dengar. Dani minta maaf. Berjuta maaf kerana telah menghancurkan jati Lia. Dani tahu selamani Lia cukup setia & jujur dengan hubungan kita. Namun, semuanya, ditakdirkan berlaku. Dani terpaksa mengahwini dia kerana kami sudah ditangkap basah. Dia datang ke rumah sewa Dani ketika Dani tinggal keseorangan. Dani terdesak. Sungguh Lia.
Lia,Dani tahu Lia sudah membenci Dani hingga ke tulang hitam. Dan Dani tak akan salahkan Lia. Memang patut Dani dibenci. Cuma satu hal saja Dani minta. Tolong jangan benci mak & keluarga Dani. Mereka tidak tahu apa-apa. Ini semua bukan rancangan Dani. Tolong lah faham, Lia.

7 Colors of LoveWhere stories live. Discover now