#10💞

18 1 0
                                    

MAAFKAN AKU SAHABAT

Kamilia tersedar & menjeling jam di dinding. Sudah pukul 12 tepat tengahari. Senyap. Tidak ada pentengkaranvtangisan Maniseh. Tidak juga terdengar tengkingan abang Saidin.

Dia segera bangun, membuka pintu bilik &keluar. Lengang. Memang tidak ada kelibat mereka berdua. Dia duduk di ruamg tamu & masih termenung mencari-cari jawapan sendiri.

"Termenung? Fikir apa ni?"  Tegur Fariza, rakan serumah yang tinggal di bilik atas.

"Tak ada apa. Fariza tak kerja ke harini?"

"Cuti. Esok baru naik kerja," jawab Fariza dengan senyuman.

Kamilia mengangguk. Kemudian dia mati akal untuk berbual lagi. Wajahnya murung & tidak ceria. Apa yang berlaku masih melekat dalam fikirannya.

"Kenapa dengan Iseh tu?" Tanya Fariza selepas lama Kamikia membisu.

"Kenapa?" Kamilia menoleh.

"Masa saya balik tadi, saya Nampak dia dipapah keluar dari rumah ni. Nampak macam dalam kesakitan. Saya tak sempat nak tanya apa-apa sebab mereka nampak tergesa-gesa" jawab Fariza

Kamilia terkedu. Teruk sangatkah Maniseh dibelasah Abang Saidin tadi? Timbul kesal dalam hati kerana tidak membantu. Sahabat jenis apakah aku ni? Itu yang betmain difikirannya.

"Apa jadi dengan dia?" Fariza mengulangi soalannya.

"Saya tak tahu, saya pun baru balik," ujar Kamilia.

Fariza mengangguk.

Kamilia tahu dia berbohong. Rasanya itu yang terbaik, untuk tidak memanjangkan cerita. Dia melangkah masuk ke biliknya semula. Hatinya semakin gundah. Barang sudah dikemas tetapi kemana harus dia melangkah? Abang Saidin pun sudah hilang ke mana.

Sedang dia duduk berkira-kira, enjin kereta kedengaran memasuki garaj. Dengan tangkas dia bangun. Abang Saidin! Hatinya mula berbunga riang. Tapi, mana Maniseh?

"Abang, apa terjadi? Lia tertidur  tadi..." kata Kamilia ketika keluar ke ruang tamu.

Abang Saidin duduk bersandar di sofa. Dia nampak letih & sedih.

"Abang dah ceraikan Iseh. Abang dah hantar dia balik rumah keluarganya," kata abang Saidin perlahan.

Kamilia terkedu. Rasa bersalah & kesalnya semakin bercambah. Apakah kerana dia mereka bercerai? Itu yang ada dalam kepalanya ketika ini.

"Abang,Lia minta maaf...."

"Bukan salah Lia. Dia yang curang."

"Tapi Lia yang cakap dengan abang"

"Abang tahu lama dh benda ni. Cuma abang tunggu masa nak bertindak. Abang dah lama jadi suami yang dayus," jelas Abang Saidin. Dia cuba membuang rasa bersalah di hati Kamilia.

"Tapi, masih boleh dibetulkan. Abang berilah peluang," pujuk Kamilia.

"Lia, dha bnayak kali abang beri dia peluang. Namun,dia macam anjing! Tak boleh hidup kalau tak makan najis!"

"Abang,jangan cakap macamtu..." kata Kamilia perlahan. Perkataan anjing & najis itu dirasakan amat berat untuk dibandingkan dengan seorang wanita & isteri seperti Maniseh.

"Kalau dia tidak mengandung, mungkin abang boleh beri peluang itu. Tapi sekarang..."

"Hah? Iseh mengandung?" Kamilia tercegang.

"Ya. Tadi abang bawa dia ke klinik sebelum hantar dia ke rumah keluarganya."

"Jadi dia keguguran?"

"Tak. Kandungan itu selamat. Hanya pendarahan sikit saja"

Lama kamilia termenung. Dia kurang arif mengenai hal itu. Sebab itu dia tidak tahu untuk bertanya apa-apa lagi. Dalam hati dia tetap berdoa & berharap, semua kejadian itu akan menjadi pengajaran kepada Maniseh.

Sebagai insan biasa, kita selalu membuat silap. Sebagai insan biasa juga kita perlu berani mengubah & membaiki diri dari terus melakukan kesilapan itu lagi.

"Lia,abang yakin itu bukan anak abang."

Tiba-tiba telinga Kamilia diterjah suara garau abang Saidin yang perlahan.

"Macam mana abang yakin sangat?"

"Sebab, abang dah lama tak tidur dengan dia. Sejak abang tahu perbuatan sumbangnya, abang mengelak daripada tidur dengannya. Dia......Dia..."  abang Saidin sebak & tidak dapat meneruskan kata-katanya.

Kamilia semakin terkedu.

"Sabarlah,abang...."
Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Kamilia.

Abang Saidin mengangguk.

"Anak-anak macam mana? Kesian mereka bang," tambah Kamilia lagi.

"Abang akan jaga mereka. Abang tak akan lepaskan pada Iseh. Abang tak mahu hidup anak-anak abang rosak. Dan abg tak akan beritahu anak-anak mengenai apa yang terjadi ini. Abang tak nak anak-anak membenci ibunya," jawab abang Saidin.

Kini giliran Kamilia yang mengangguk. Jauh di sudut hatinya dia menyanjungi sikap Abang Saidin. Biarpun terluka, dia tidak memburukkan Maniseh di hadapan anak-anaknya.

"Lia, abang dah dapatkan bilik untuk Lia. Marilah kita pergi sekarang. Malam ni abang dah nak balik KL. Abang dah janji dengan Lia, jadi abanh akan uruskan Lia sampai selamat," sambung abang Saidin.

"Terima kasih, bang. Lia tak tahu mana nak pergi tanpa bantuan abang."

Abang Saidin mengangguk. Dia tersenyum. Sisa-sisa kesedihan masih ketara di wajahnya.

"Bilik itu di mana?" Tanya kamilia.

"Di Bandar Baru Uda. Ada kawan abang yang nak sewakan bilik rumahnya. Marilah, kita bergerak sebelum malam," jawab abang Saidin. Dia bangun.

Kamilia turut bingkas bangun & berjalan ke arah barang-barang yang telah siap dikemas di muka pintu biliknya.

AKHIRNYA haritu juga Kamilia meninggalkan bilik yang penuh kenangan itu dengam hati yang berat. Berlinangan air mata Kamilia. Walaupun bagaimana jahat pun perangai Maniseh, masih banyak jasa. Dalam jahatnya , ada juga sikap baik & prihatin.

Kamilia sedih kerana tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada Maniseh. Juga tidak sempat bersalaman & mengucapkan teruma kasih.

KAMILIA terus berkelana. Kehidupan baru di rumah baru agak selesa kerana dia hanya sendirian di rumah itu. Tuma rumah hanya balik sekali-sekala.

"Makanlah apa yang ada di dapur tu walaupun ketika kami tiada. Kami dah halalkan untuk awak ," tambah Haji Mus, suami Kak Maimun.

Kamilia rasa sungguh terharu. Dalam dunia ni, rupanya ada berbagai rupa manusia, ada yang terlalu jahat. Ada yang terlalubaik bercampur jahat. Ada pula yang baik plus ikhlas. ALLAH telah keluarkandia daripada lingkungan hidup yang penuh kejahilan & maksiat kepada golongan yang baik & berhati mulia.

Kamilia hidup dengan aman & tenang. Pergi & balik kerja. Begitu pun, kenangan cinta monyetku bersama Remi masih melekat manis. Begitu juga nostalgia pilu kecewa cinta dengan Dani masih melekat pahit.

'Untuk apa kau ingat dia lagi, Kamilia. Dia dah bahagia dengan isterinya. Buanglah dia jauh-jauh daripada hatimu....'

Itu yang sering terlintas di hatinya. Dia cuba mencari kekuatan & semangat.

HARI berganti minggu. Minggu pula berganti bulan. Akhirnya Kamilia berjaya melupakan kenangan yang menakutkan bersama Maniseh. Dia menjalani hidup dengan caranya sendiri. Tiada hiburan melainkan sebuah radio kecil menggunakan  dua bateri kecil.

7 Colors of LoveWhere stories live. Discover now