#11💞

16 2 0
                                    

Lama aq menghilangkan diri

kan

kan

kan

kan

Sorry la aq demam pastu ramai sedara mara datang rumah tambahan pulak diorang tetiba je buat family day mengejut, keluarga kitorang kalau family day sekejap je boleh pegang fone x leh lama²

Aish x pe ni aq akan buat cepat tapi update dia lambat la sikit yeh
-----------------------------------------------------------

Aish x pe ni aq akan buat cepat tapi update dia lambat la sikit yeh-----------------------------------------------------------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DEMI SEORANG IBU

HARI berganti minggu. Minggu pula berganti bulan. Akhirnya Kamilia berjaya melupakan kenangan yang menakutkan bersama Maniseh. Dia menjalani hidup dengan caranya sendiri. Tidak ada hiburan melainkan sebuah radio kecil menggunakan dua bateri.

"Kenapa tak pasang aje radio di ruang tamu itu,Lia. Kalau tengok TV pun, tengoklah," kata Kak Maimun pada suatu hari.

"Tak apalah kak. Saya selesa dengan radio kecil saya ni," jawab Kamilia,tulis. Memang dia tidak mahu menodai kebaikan mereka dengan mencuri peluang ke atas harta benda mereka. Dia mahu membawa diri seperti orang yang menyewa & menumpang. Bukan sebagai pemilik rumah.

Selepas setahun, ketika Kamilia langsung tidak pernah terfikir tentang cinta & lelaki, tiba-tiba dia diminta oleh emaknya Hajah Azizah untuk menerima Zamri.

"Zamri tu budak baik,Lia. Mak suka kalai dia jadi menantu mak. Jadi,kami harap sangat Lia akan setuju,"Kata Hajah Azizah, melalui telefon. Zamri adalah saudara jauh Hajah Azizah & sudah lama menetap di Johor Bahru.

Kamilia diam berfikir. Kata-kata emaknya seperti sebuah permintaan. Dia tahu sebelum ini emaknya seperti tidka pernah meminta apa-apa daripadanya. Bolehkah dia menolak kehendak & permintaan itu? Beranikah dia melukai hati seorang emak yang melahirkannya ke dunia ini?

Kalau dikutkan hati,Kamilia memang belum bersedia. Apa yang berlaku antara dia & Dani menjadikan dia amat takut untuk menerima lelaki dalam hidupnya. Dia dihantui serba salah.

Akhirnya dia pasrah & menanti ketentuan yang baik daripada ALLAH. Dalam masa yang sama, dia mencuba & berusaha memujuk hati untuk menerima Zamri. Dia cuba membuka seluas-luasnya pintu cinta kepada lelaki itu.

Pada satu hari,lelaki bernama zamri itu datang menemuinya. Tujuannya untuk saling mengenali dengan lebih dekat & berbincang secara empat mata.

"Abang tahu abang tak ada pangkat & harta seperti bekas kekasih Lia dulu," kata Zamri merendah diri.

"Kekasih lia, siapa?" tanya Kamilia.

Zamri terdiam. Di wajahnya ada bayangan rasa bimbang & resah.

7 Colors of LoveWhere stories live. Discover now