#8💞

11 1 0
                                    

NODA KEHIDUPAN

Pada satu malam minggu, Maniseh mengajak Kamilia menghadiri parti hari lahir kawanya di sebuah kelab. Awalnya Kamilia menolak kerana hatinya begitu cuak & bimbang dengan majlis itu. Dia budak kampung. Sungguh........ dia tidak biasa dengan majlis seperti itu.

"Tolonglah,Lia. Aku tak ada kawan nak ke sana. Aku janji, kita akan balik awal. Dan aku janji tak akan buat apa-apa," rayu Maniseh sambil menggenggam tangan Kamilia.

"Betul ke ni? Kau tahu kan, aku tak suka tempat-tempat macam tu."

"Betul. Aku janji."

"Kalau kau mungkiri?"

"Kalau aku mungkiri,kau hukumlah aku nanti," janji Maniseh. Tangan Kamilia semakin digenggam kemas.

Dek kerana melihat kesungguhan Maniseh itu, akhirnya Kamilia bersetuju. Sebuah kereta mewah telah datang menjemput mereka selepas waktu maghrib. Mereka dibawa ke sebuah kelab mewah di sebuah hotel.

Ketika kakinya memijak lantai kelab itu,hati Kamilia berdebar & rasa cuaknya memuncak. Ada satu firasat yang muncul di dalam hati mengatakan bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku malam itu.

"Iseh,aku na balik. Aku rasa tempat ni tak sesuai dengan aku," bisiknya perlahan.

"Hei, jangan buat macam tu Lia. Jangan malukan aku. Kita dah sampai. Kan aku dah janji dengan kau?"  Maniseh mengerdipkan matanya.

Kamilia rasa serba salah. Dia juga semakin takut. Seram sejuk tubuhnya ketika melangkah ke tempat itu.

Bau arak,asap rokok & muzik yang membingitkan telinga benar-benar mencabar kesabaran & keimanannya. Maniseh tenggelam dalam pelukan temab lelakinya. Kamilia ditinggalkan semeja dengan beberapa pasangan yang menjelekkan mata. Sungguh dua malu bila melihat mereka berkelakuan tidka senonoh & tidka silu itu!

"Lia,mari kita menari." Seorang lelaki menghulurkan tangan.

Kamilia mendongak & meneliti wajah lelaki itu. Lelaki itu tersenyum mesra. Kamilia rasa ragu-ragu untuk membalas senyuman itu. Dia curiga. Dari mana lelaki itu tahu namanya?

"Jangan risau, I ni kawan baik Syed," kata lelaki itu, seperti tahu apa yang ada dalam fikiran Kamilia ketika itu. Sekali lagi dia bingung.

"Sapa Syed?"

"Syed, teman lelaki Iseh. Tu yang tengah menari dengan dia tu!" Tunjuk lelaki itu.

Kamilia mula faham apa yang sedang diaturkan di situ. Dia mula sakit hati & geram kepada Maniseh.

"Maaflah,saya tak tahu menari. Saya budak kampung, tak tahu nak buat benda-benda macamni," kata Kamilia jujur.

"Alah...senang je. Cuma goyang-goyang ikut muzik. Marilah......" ajak lelaki itu bersungguh-sungguh sambil menghulurkan tangannya sekali lagi.
Kamilia tidak memberikan apa-apa reaksi. Semua mata sedang memandang ke arahnya.  Dia mula rasa malu.  Dia rasa Maniseh telah menodai janjinya. Dia rasa mahu menjerit & memaki hamun Maniseh sekuat hati. Tetapi saat itu, bertindak gila memang langsung tidak berguna. Ia hanya akan menjatuhkan maruahnya sebagai wanita.

Lalu menelan semuanya dengan sabar. Ajakan untuk menari ditolak dengan gelengan & senyum terpaksa. Dia duduk diam-diam menunggu majlis itu selesai

Maniseh tenggelam dalam keasyikannya. Sedangkan Kamilia ternggelam dalam kemarahan & rasa kesal yang amat menyakitkan..

Tepat jam 4.00 pagi, baru majlis usai & muzik berhenti.
"Iseh,kita nak kemana lagi? Kau dah janji dengan aku," Kamilia berbisik ditelinga Maniseh ketika mereka masuk ke dalam kereta  & kereta dipandu satu arah.

7 Colors of LoveWhere stories live. Discover now