five

912 92 14
                                    

5 am.

KRINGGGGGGG !!!

" Kacaulah " Momo meraba-raba jam loceng di atas meja sebelah katilnya sebelum mematikan deringan tersebut.

" Woi, bangunlah ! "

Jeongyeon menghempap Momo dengan kuat. Nasiblah kau kurus, Jeongyeon !

" Ish kacaulah. " Momo menepis muka Jeongyeon.

" LOMPAT SI KATAK LOMPAT ! LOMPAT LAH TINGGI TINGGI ! BANGUN LAH ADIK CEPAT . NANTI LAMBAT NAK KE SEKOLAH " Jeongyeon melompat-lompat seperti katak di atas lantai.

" Hm.. " Momo merangkak turun dari atas katil dengan rambut yang mengurai panjang seperti hantu Momo.

" Ish, macam hantu siot kauni "

" Diam ah.. " Momo merangkak lemah ke arah bilik mandi.

***🌙***

Semua sudah berada meja makan, kecuali si Nayeon. Dia memang memang jenis yang lambat nak bangun. Dalam setahun boleh kira berapa hari je dia bangun awal. Lagipun dia kan menganggur .

" Woi, mana si tiga ekor beruk tu ? Tak siap siap lagi ke ? " soal Jin yang memakai apron pink tu sambil bercekak pinggang. Macam bapak hilang anak je.

" Confirm dorang tengah struggle nak bangunkan si Tae tu " sampuk Sana lalu menguap kecil.

" Apa ni mention-mention nama orang ? " Taehyung menapak turun dari tingkat atas sambil melangkah malas. Jimin dan Jungkook berjalan megah di sisi Taehyung, lagaknya seperti bodyguards.

Sana menjeling Taehyung tajam.

" Hyung ada masak tak yang Kookie suruh hyung masak semalam ? " soal Jungkook tiba-tiba sebaik sahaja punggungnya mencium kerusi.

" Oh, kek lobak tu ? "

" Ha'ah ! "

" Tak sempat nak masak banyak. Hyung sempat masak ni jer " Jin menghulurkan sebiji bekas makanan berbentuk arnab kepada Jungkook yang sudah pun muncung sedepa itu.

" Lah. Takkan ni jer ? "

" Kira baguslah aku rajin nak bakar kek tu. Cakap terima kasih un tak reti ke ? " bebel Jin lalu menjeling adiknya yang degil tu. Awal-awal pagi dah rosakkan mood orang. Lainkali tak nak masak lagi !

" Yelah yelah. Thank you hyung yang kuat bebel "

" Tau takpe "

" Kenapa hyung tak bakar untuk kitorang jugak ?! " Jimin memandang jin dengan pandangan sisinya yang paling tajam.

" Ha ah lah.  Dahyun pun nak ! " sampuk Dahyun.

" Tulah ! Tak aci Kookie tu jer yang dapat ! " celah Jihyo.

" Sape suruh tak order awal-awal ? Bluek ~ " Jungkook menjelir lidah.

" Aku potong burung kau— lidah kau tu " Yoongi mengangkat pisau, berura-ura nak potong si Jungkook.

" Jangan main pisau lah ! " marah Namjoon lalu merampas pisau itu daripada tangan Yoongi. Yoongi pun apa lagi, muncung lah sedepa.

" Tulah. Tak pernah belajar ke kat sekolah ? " ejek Hoseok sambil menganjing Yoongi.

" Diam. " Sepatah sahaja arahan Yoongi, Hoseok terus terdiam.

" Hyung ingat lagi zaman-zaman kitorang dulu. Yoongi hyung korang ni selalu kena denda sebab selalu tidur kat kelas " Jin mula mengimbas kembali kenangan zaman sekolah mereka. Alah, rindunya nak gi sekolah !

" Kan aku dah kata, Yoongi hyung ni tak pernah nak belajar " ucap Jimin sambil ketawa mengekek bersama Taehyung.

" Tah korang ni " celah Namjoon.

" Oppa, cepatlah ! Mana sarapan ni ? " Tzuyu yang sedari tadi diam saja sudah tidak sabar untuk menjamah makanan. Apa taknya, satu haram lauk pun tak ada kat atas meja tu.  Dahlah hyung dan unnie asyik gaduh jer !

" Ha ahlah ! Hehe sebentar sebentar " Jin terkocoh kocoh masuk ke ruang dapur untuk mengambil hidangannya.

" Mempersembahkan hidangan yang tersedap di abad ini ! " Jin datang membawa spaghetti dengan ramuan rahsianya yang tak ada dalam masakan orang lain. Nak tahu rahsianya ? Jom interview dia !

Author : Ehem ehem test mic test mic. Okay, disini kita bawakan seekor eh seorang chef yang terhandal di abad yini. Mempersilakan, KIM SEOKJIN !

Sound effecf : * tepukan yang tak bermaya *

Jin : Annyeong !

Author : Jadi pagi yini anda telah memasakkan kepada adik-adik anda satu masakan Itali ya. Jadi boleh bagitau kepada readers tentang masakan ini ?

Jin : I kuk spajeti dis morning for mai siblings .

Namjoon : It is ‘ i’ve cook a spaghetti this morning for my siblings as their breakfast

Jin : Diam ah kau.

Author : Okey, abaikan orang belakang. Jadi, adakah spaghetti ini menggunakan resipi yang biasa atau bagaimana ?

Jin : Resepinya sama sahaja cuma saya tambahkan satu ramuan rahsia.

Author : Would you mind to tell us about that secret ingredient ?

Jin : Whut ?

Author : Erm, bolehkah encik bagitau ramuan rahsia tu ?

jin : Ehem ehem. Okay, ramuannya adalah..

JENG JENG JENG

Jin : * bagi flying kiss yang paling indah *

Author : Okay, interview done ! * blah terus *

" WOWWWWWWW ! Apa ni ? " soal chaeyoung dengan penuh teruja.

" Kau orang zaman purba ke ? Ke zaman Neolitik, Mesolitik, itik itik ? " sindir Yoongi.

" Chae taulah ni spaghetti-"

" Dah tu, asal tanya lagi ? "

" Okay fine " Chaeyoung memeluk tubuh lalu bersandar di kepala kerusi dengan muncung dua depa.

" Makan makan. You all ada setengah jam lagi untuk makan then nanti, Namjoon akan hantar korang pergi sekolah okay ? " Kata Jin sambil membuka apron pink kesayangannya.

" Okay ! " jawab mereka lalu mula bersarapan.

" Asal aku lak yang kene hantar ? " soal Namjoon sedikit kesal. Ada sedikit riak tidak puas hati di wajahnya.

" Jangan membantah boleh tak ? "

Namjoon menjeling Jin. " Fine "

" Jihyo ngan mina biar aku yang hantar. Nanti susah pula Namjoon nak hantar diorang ke kolej lagi lepas hantar beruk-beruk yang lain ni gi sekolah yang haram tu " celah Yoongi.

" Siapa beruk ? " soal Taehyung dengan mi yang penuh dalam mulut.

" Kaulah " jawab mereka semua serentak.

" Oh " Taehyung mengangguk tanda tak faham.

The Loud House + BANGTWICE Where stories live. Discover now