JYP COLLEGE.
Mina, Shuhua dan Rachel berjalan beriringan ke arah kafeteria. Sambil itu, mereka mengumpat queenka di kolej itu.
" Weyh weyh, tengok tu ! " Rachel menuding jari ke arah sesuatu.
Mina dan Shuhua berpaling serentak. " Tengok apanya ? "
" Tengok tu ! " Rachel menunjuk ke arah sekeping poster yang tertampal di papan kenyataan.
" Eh, apa tu ? "
Mereka bertiga pun pergi ke arah poster itu. Seribu persoalan bermain di minda ketiga-tiga gadis cantik itu.
" Eh, ada audition untuk cari watak 'The Black Swan' lah ! " Rachel bersorak keriangan.
" Jom join ? " cadang Shuhua sambil tersenyum lebar. Dia pun dah lama tak join audition ballet ni.
" Tapi, aku dah lama tak menari ballet ni " jawab Rachel. Keluhan dilepaskan dari bibir mungil itu.
" Alah, kita boleh practice kat rumah aku atau rumah Mina " Mereka memandang ke arah Mina yang sedari tadi hanya diam membisu.
" Weyh, kau okey ke ? " soal Shuhua risau.
" Okay je " jawab Mina dengan senyuman yang dibuat-buat.
" Aku sarankan kau ikut audition ni ! " Rachel memeluk lengan Mina, berharap gadis itu akan setuju dengan cadangannya.
" T-taknaklah " balas Mina perlahan.
" Asal lak taknak ? Kau kan terer ballet " celah Shuhua dengan nada suara yang dikendurkan.
" A-aku t-trauma " balas Mina lalu menunduk sedih.
" Trauma ? " soal Shuhua hairan.
Rachel segera menyiku lengan Shuhua. " Takkan kau dah lupa ? " bisiknya perlahan.
" Aduh.. Oh ya ya aku dah ingat "
" Jadi, aku taknak ikut ! " ujar Mina.
" Tapi si cheng Xiao tu kan dah pindah ke luar negara " kata Rachel, masih ingin memujuk gadis itu.
" Tapi still. Dia yang paling hebat kat dunia ni " Mina memuncungkan bibirnya. Kenangan pahi suatu ketika dahulu tiba-tiba menerjah kotak ingatannya.
" No need nak fikir macamtu. Kalau dia ballerina yang paling hebat kat dunia ni, at least kau boleh jadi ballerina yang paling awesome kat Korea ! " Shuhua cuba untuk memberi semangat kepada Mina. Dia tidak mahu gadis itu terus-terus berfikiran negatif.
" Kita memang tak boleh beat dia. Kita just nak dapatkan gelaran 'Black Swan' ni . Bukan 'Worldwide Ballerina' kan ? " celah Rachel lagi.
Sedikit sebanyak, motivasi itu telah menyuntik semangat Mina untuk mendapatkan gelaran itu.
" Joinlah Mina "
" Ha ah. Kau je harapan kitorang, tau ! "
" Okay okay, aku join "
" Yeay ! " Rachel dan Shuhua memeluk Mina erat.
Flashback.
Hari ni adalah hari pertandingan untuk mencari watak bagi 'The Nutcracker'. Mina dan Cheng Xiao merupakan salah satu konsestan yang telah berjaya masuk ke Final.
" Aku yakin aku boleh menang ! " Mina membuat mimik muka yakin dan penuh semangat.
" Buat yang terbaik, MINA ! " sorak Shuhua dan Rachel. Mereka hanya mampu sampai di peringkat semi final sahaja.
YOU ARE READING
The Loud House + BANGTWICE
Fanfiction⿻ 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗨𝗗 𝗛𝗢𝗨𝗦𝗘 : Kehidupan enam belas orang adik-beradik di bawah satu bumbung sudah menggambarkan tajuk cerita. ⿻ 𝗯𝘁𝘀 | 𝘁𝘄𝗶𝗰𝗲 ©SKIECAFES ,, 𝟤O19 S : completed cover cr to pinterest.