[ This story is in re-edit. Chapter ni comel jadi tak sanggup nak ubah/delete hiks. Btw, chapter ni actually dipublish on 29.12.2019 ]
Sana melangkah keluar dari bilik mandi di bilik yang dikongsi bersama Jihyo. Kelihatan Jihyo sedang duduk sambil bermain telefon pintarnya di atas katil. Lagaknya macam tengah berchat sebab dari jauh lagi dapat tahu, tengah senyum sorang sorang. Tak lain tak bukan, mesti tengah syok bergayut ngan Daniel lah tu, boyfriend dia.
Sana melabuh duduk di sebelah Jihyo, cuba untuk mengintai skrin telefon pintar yang dipegang Jihyo. Namun dengan pantas Jihyo menepis bahu Sana.
" Eh pebende kau ni, curi - curi tengok fon aku " kata Jihyo lalu menjeling Sana. Sana mencebik.
" Taulah tengah chat ngan boyfrie一 "
" Tau takpe. Dah pergi sana. Buat semak je "
Sana menjeling lalu berdiri dan melangkah keluar dari bilik itu. Macam neraka ! Sempat lagi kaki kecilnya itu dihentak - hentak atas lantai, tanda protes dengan Jihyo yang awal - awal pagi dah memarahi dia. Nasiblah dia lebih tua, kalau tak, dah lama aku jadi adik durhaka. Ok gurau je.
[ p/s : dalam story ni Jihyo lebih tua, but in reality, Sana is the unnie sksks ]
Sana berlari turun ke bawah untuk mengisi perut kosongnya sebab dari semalam dia tak makan. Bukan taknak makan, tapi dia tertidur awal sebab dia balik sekolah lambat dari biasa.
Dia terpaksa join meeting kelab pasukan sorak kat sekolah sempena hari sukan yang bakal dilangsungkan di sekolah mereka bulan depan. Tu sebab dia balik pukul 6 petang kemarin. Lepas balik je dia terus mandi then tidur, sampai tak sempat nak makan malam.
Tapi, dia hampa bila tengok meja makan yang kosong itu. Mana perginya si Jin jembalang tu ? Takkanlah dia tak masak breakfast kot ? Ke , aku bangun awal sangat ni ? Tapi sekarang dah pukul 8 am dan semestinya sekarang diorang akan bersarapan bersama.
Sana mengeluh lalu membuka kabinet dapur dan sekali lagi, dia merasa hampa. Kosong ! Selalunya, makanan full je kat dalam kabinet ni. Asal harini kosong pulak ? Peti sejuk dibuka. HAMPA ! Yang ada hanyalah sayuran yang dah layu dan bekas yogurt yang dah habis dijilat. Pft.
Nak tak nak, Sana terpaksa pergi keluar membeli makanan di kedai runcit Halmeoni Park. Tak jauh pun dari rumah ni. Jalan kaki pun cukuplah.
Selepas mengambil dompet dan menyarungkan hoodie ungu di tubuh kecilnya , Sana pun berjalan ke arah kedai runcit itu. Sana menyanyi kecil sambil menyapa orang - orang yang lalu lalang di kawasan perumahan itu. Dah bertahun kot tinggal kat kawasan sini , confirm semua orang kenal keluarga Kim ni.
" Eh nak. Nak beli apa ? " seperti biasa , Halmeoni Park akan menyapa pelanggan yang datang ke kedainya itu.
Sana tersenyum manis. " Nak beli makanan basah nek " kata Sana.
" Oh . Silalah cu " kata Halmeoni Park. Sana mengangguk lalu melangkah ke arah bahagian dapur. Tiba - tiba, Halmeoni Park melintasi Sana dan menghalangnya untuk masuk ke bahagian dapur.
" A-apekah ? " Sana memandang Halmeoni Park dengan wajah kehairanannya.
" Eh cu. Nek lupa pulak , bahan dapur dah habis. Maaf cu "
Sana senyum paksa. " T-takpelah nek. Tapi kot ye pun , takyalah sampai halang saya macam ni " balas Sana sambil memandang Halmeoni Park yang berdiri di hadapannya sambil mendepakan tangannya dengan kaki yang dikangkang luas.
YOU ARE READING
The Loud House + BANGTWICE
Fanfiction⿻ 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗨𝗗 𝗛𝗢𝗨𝗦𝗘 : Kehidupan enam belas orang adik-beradik di bawah satu bumbung sudah menggambarkan tajuk cerita. ⿻ 𝗯𝘁𝘀 | 𝘁𝘄𝗶𝗰𝗲 ©SKIECAFES ,, 𝟤O19 S : completed cover cr to pinterest.