6

2.1K 96 7
                                    

Christina P. O. V

Aku berjalan sambil memandang gambar-gambar yang tergantung pada dinding, dan ada juga yang diletakkan diatas rak setinggi paras pinggang. Setiap satunya aku perhati.

"Bersungguhnya tengok." Tegur satu suara. Aku trsentak. Shane berdiri agak rapat dibelakang aku. Bau maskulin dari minyak wangi dipakainya dapat aku hidu.

"Saja. Seronok kan ada adik. Saya anak tunggal, jealous dengan orang yang ada ramai adik beradik sebenarnya. Diorang ada tempat nak mngadu selain parents." Ujar aku, sambil memandang salah sebuah gambar. Gambar terpapar wajah Uncle Joe, Puan Lily, Shane dan Alex. Semua tersenyum ceria kecuali Alex.

Dia ni agaknya tak pandai senyum.

" Yup, lagi-lagi bila ada adik sekepala macam Alex." Balas Shane, turut sama memandang kearah gambar yang aku lihat.

"Ni gambar 4 tahun lepas tak silap, masa kami bercuti dekat Sabah." Terang Shane.

"Tak salah saya, masa ni ibu dengan papa baru je..." Tidak sempat Shane menghabiskan ayatnya, kedengaran suara Puan Lily memanggil.

"Ye ibu? Kenapa? Kejap ye Tina, saya pegi dekat ibu." Ujar Shane lalu berjalan meninggalkan aku berdiri dihadapan rak tersebut.

Habis memandang setiap gambar, aku bergerak pula kearah pintu sliding yang trbuka. Angin malam masuk menerbangkan langsir putih ditepi pintu. Aku terpandang susuk seseorang berbaring diatas buaian besi.

"Tak sejuk ke malam-malam baring dekat situ?" Ujar aku perlahan, lebih kepada diri sendiri.

Aku berjalan mendekati buaian tersebut. Alex berbaring sambil memejamkan mata dengan earphone disumbat pada kedua belah telinga. Confirm tak perasan aku dekat sini.

Tiba-tiba sahaja Alex membuka mata. Kami sama-sama terkejut.

Buk!

Alex jatuh tergolek ke tanah. Macam nangka buruk jatuh. Terkejut sangat agaknya.

Cepat-cepat dia bangun dan mencabut earphone. Aku menahan ketawa. Dia kaku berdiri dihadapan aku.

"Ha..hai!" Ucap Alex sedikit gagap. Malu agaknya.

"Hai."Balas aku pendek.

"Buat apa dekat luar ni, kan sejuk." Tanya Alex.

"Saja nak ambil angin kejap."

"Oooohhh..." Balas Alex panjang.

Diam diantara kami. Keduanya hanya memandang kearah rumput tempat kami berpijak.

"Banyak makan?" Tanya Alex lagi.

"Hah?"

"Banyak makan tadi?" Alex mengulang semula. Dah takde soalan lain agaknya.

"Kalau ikut hati nak je sebab aunty masak sedap sangat. Tapi tak nak terlebih makan juga, nanti gemuk." Jawab aku jujur. Tanpa aku duga, Alex tersenyum sedikit.

"Masih macam dulu..." Alex berbisik perlahan.

"Hah?"

"Takde apa lah." Dalih Alex laju. Memandang kearah lain. Kembali serius.

"Saya...suka tngok awak senyum. Mengingatkan saya dekat seseorang." Aku memberitahu jujur. Alex Kembali menoleh kepada aku. Saling berpandangan. Cukup lama aku rasakan.

"Sini rupanya awak, puas saya cari." Suara Shane mengembalikan aku kepada realiti.

"Sembang apa dekat luar ni?" Tanya Shane lalu berdiri disebelah aku. Alex memandang kepada Shane dan tersenyum.

"Takde apalah, saja borak-borak dengan bakal kakak ipar." Jawab Alex selamba. Shane sudah trgelak, cuma aku yang beriaksi bingung. Bakal kakak ipar? Apa semua ni?

"Dah lah, aku masuk tidur dulu. Goodluck bro." Alex menepuk bahu Shane sebelum berlalu meninggalkan aku dan Shane diluar ini. Belakang tubuh Alex yang bertshirt merah aku pandang sehingga hilang dari pandangan.

'Apa maksud Alex tadi?' Aku masih berfikir.

" Hmmm... Tina, malam ni awak bermalam je lah dekat rumah ni. Ibu dah siapkan bilik untuk awak. Ibua tak bagi saya hantar awak balik tengah malam macam ni. Ibu risaukn awak." Beritahu Shane sedikit trgelak.

"Kenapa gelak?"

"Takde lah, ibu tu lebih risaukn awak berbanding saya yang anak dia ni. Tapi takpe, saya faham. Sebab awak prempuan. Mestilah ibu risau. Kan?" Ucap Shane lalu memandang aku. Aku senyum.

"Ehem.. Tina, saya ada benda nak cakap dengan awk." Shane berdehem sebelum memulakan kata. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poker seluar jeans.

"Apa dia?" Aku memandang perilaku Shane. Nmpak resah.

Tiba-tiba sahaja Shane mlutut dihadapan aku. Aku terkesima. Sebentuk cincin dihulur kepada aku.

"Sudi tak, awak jadi teman wanita saya?"

**********

Alex P. O. V

Aku memandang dari sebalik langsir bilik. Kelihatan sepasang lelaki Dan prempuan berborak sedikit sebelum tiba-tiba sahaja si lelaki mlutut dihadapan wanita tersebut sambil menghulurkan cincin.

Aku tau, dia tengah melamar berdasarkan bahasa tubuh yang ditunjukkan si lelaki. Tetapi apa yang dibualkan oleh mereka aku tidak dapat dengar.

Lama... Lama prempuan itu terkaku sebelum aku melihat prempuan itu menyatakan sesuatu. Masih tidak dapat dengar.

Wajah si lelaki berubah ceria, dan terus sahaja prempuan itu menyambut cincin yang dihulur. Aku tersenyum tawar.

Sekali lagi, aku terluka...







Vote n komen... Ayuh ramaikan readers saya.... Makasehhhh

Never and Always (GxG) Where stories live. Discover now