Dah tiga tahun mummy meninggal dunia. Daddy sentiasa menyibukkan diri dengan melakukan kerjanya dikilang dan restoren. Pada waktu cuti juga daddy sanggup masuk pejabatnya. Daddy akan teringat dan rindukan mummy sekiranya dia tidak membuat apa-apa.
Manis pula akan keluar dari rumah tanpa arah tuju. Bila dia puas merayau barulah dia balik. Dia ditemani oleh Mak Bee. Dia akan teringat pada mummy kalau berada dirumah. Apabila dia teringat mummy airmatanya mengalir.
"Manis.. Sabar ye nak." kata Mak Bee, orang gaji yang paling rapat dengan Manis.
Manis senyap lalu berkata, "Kalau mummy ada mesti keluarga kita happy sama macam dulu. Ni semua salah Manis sebab nak sambung belajar. Kalaulah mummy, daddy dan Manis tak ke air port hari tu mesti kemalangan tu tak terjadi."
"Manis tak baik cakap macam tu. Bukan kita yang tentukan ajal maut seseorang." kata Mak Bee.
Manis menangis dibahu Mak Bee. Mak Bee mengusap kepala Manis beberapa kali.
"Manis.. Doakanlah untuk mummy. Insha Allah mummy baik-baik sahaja disana." pesan Mak Bee.
Manis mengangguk. Dia memejamkan matanya. Dia benar-benar rindukan mummy.
"Manis.. Jom balik. Dah petang ni." Mak Bee mengajak Manis balik.
Mereka pun pulang ke rumah. Daddy belum balik lagi. Mungkin tengah malam nanti baru balik. Begitulah daddy pada setiap hari. Manis faham kerana dia juga rasa apa yang daddynya rasa.
Daddy yang terlalu kesunyian rindukan sentuhan seorang isteri telah bertemu dengan seorang perkerja wanita yang wajah saling tak tumpah dengan wajah mummy. Hal ini membuat hati daddy terpaut.
"Farah.. Kamu tahu mengenai seorang pekerja wanita yang baru kerja tu?" soal Encik Syahid kepada Farah, pembantunya dipejabat.
"Oh.. Itu Melina, Encik Syahid." kata Farah.
"Melina?" kata Encik Syahid.
"Ye nama dia Melina. Dia baru kerja kat kilang sebulan lepas. Keluarganya miskin dan dia seorang janda anak dua." kata Farah.
"Janda anak dua?" kata Encik Syahid. Farah mengangguk.
"Farah.. Kamu boleh tolong saya?" soal Encik Syahid.
"Tolong apa Encik Syahid?" soal Farah. Dia rasa pelik pula.
"Tolong siasat mengenai Melina." arah Encik Syahid.
"Oh. Baik, Encik Syahid." kata Farah.
Selang beberapa hari Farah pun menyerahkan dokumen kepada Encik Syahid. Dokumen mengenai maklumat tentang Melina.
"Terima kasih, Farah." ucap Encik Syahid.
"Sama-sama Encik Syahid. Saya keluar dulu." Farah minta izin untuk keluar dari pejabat Encik Syahid. Encik Syahid pun mengangguk.
Setelah itu, daddy pun melihat dokumen yang diterima. Dia ingin tahu mengenai Melina. Yang sebenarnya daddy hendak memperisterikan Melina. Oleh yang demikian daddy mahukan ibu tiri yang baik untuk Manis. Sebab itu daddy siasat mengenai Melina. Apabila dia puas hati, daddy pun berjumpa dengan Melina.
"Farah.. Panggil Melina masuk office sekejap." perintah Encik Syahid.
"Baik Encik Syahid." kata Farah. Dia pun pergi mendapatkan Melina.
"Kak Mel, Encik Syahid nak jumpa sekarang." kata Farah apabila dia jumpa dengan Melina.
"Nak jumpa saya? Kenapa?" soal Melina. Dia takut. Setahunya dia tak buat apa-apa kesalahan pun. Dia risau kalau kena buang kerja. Anak-anaknya nak makan apa nanti.
"Tak tahu. Tapi akak pergi jelah." kata Farah.
Melina pun pergi ke pejabat Encik Syahid.
"Assalamulaikum, Encik Syahid." ucap Melina.
"Waalaikumsalam. Jemput duduk Melina." kata Encik Syahid.
"Macam mana kerja disini?" soal Encik Syahid.
"Okay Encik Syahid. Terima kasih sebab terima saya bekerja." kata Melina.
"Sebenarnya saya panggil kamu hari ni sebab saya nak pecat kamu." kata Encik Syahid tanpa lengah lagi.
"Hah?" Melina terkejut.
"Encik Syahid, kenapa tiba-tiba encik nak pecat saya? Kalau encik pecat saya macam mana saya nak teruskan hidup? Saya perlukan kerja ini. Saya merayu tolong jangan pecat saya. " soal Melina.
"Sebenarnya.. saya pecat kamu untuk jadikan.. kamu isteri saya." kata Encik Syahid.
"Apa?" Melina sangat terkejut.
"Saya harap kamu boleh pertimbangkan. Saya perlukan seorang isteri dan ibu untuk anak perempuan tunggal saya. Orang yang boleh menjaga makan dan minum kami. Isteri saya meninggal dua tahun yang lalu." kata Encik Syahid. Dia sedih.
Melina mengangguk faham dan dia diberi masa untuk berfikir.
Disebabkan daddy terlalu sibuk dipejabat hubungannya dengan anak perempuan mulai rengangan. Dia tahu tapi dia tidak tahu untuk berbuat apa lagi. Tetapi hari ini dia akan cuba berbual dengan Manis.
"Manis.." kata daddy sebaik pulang ke rumah.
"Daddy." kata Manis yang sedang menonton televisyen.
Daddy duduk disebelah Manis. "Manis.. Daddy ada benda nak cakap.." kata daddy.
"Apa daddy?" soal Manis.
"Manis tahukan yang mummy dah tiga tahun tinggalkan kita?" soal daddy.
"Tahu.." kata Manis dengan lemah.
"Salah daddy lepas mummy tiada. Rumah kita jadi sunyi tak macam dulu." luah daddy. Manis mengangguk.
"Jadi daddy dah buat keputusan..." kata daddy.
"Keputusan apa daddy?" soal Manis. Dia rasakan sesuatu.
"Daddy nak.. Daddy akan berkahwin semula." kata daddy. Dia agak takut dengan reaksi Manis.
"Hah? Apa??" Manis terkejut. Dia tidak sangka.
"Manis.. Daddy minta maaf. Daddy perlukan seorang isteri dan ibu untuk Manis." kata daddy.
"No.. Manis tak nak. Sampai hati daddy nak menduakan mummy.. Mummy mesti rasa dikhianati." luah Manis.
"Manis.. Niat daddy untuk kembalikan jiwa dirumah ini. Daddy nak Manis happy." kata daddy.
"Tapi.." Manis menangis. Dia terus masuk ke bilik. Dia nangis sampai tertidur.
Pada hari-hari yang seterusnya Manis hanya terperap dibiliknya sahaja. Dia tidak berhenti berfikir tentang apa yang dikatakan oleh daddy.
"Manis.." panggilan daddy mengejutkan Manis. Daddy masuk ke bilik Manis.
"Daddy.." kata Manis.
"Daddy minta maaf mengenai hal sebelum ni." kata daddy. Manis hanya mengangguk.
"Daddy.. Manis pun nak minta maaf. Apa yang daddy kata tu mungkin betul." kata Manis. Daddy memeluk Manis.
"Daddy.. Daddy kahwinlah. Manis setuju." kata Manis. Dia mengalirkan airmata. Manis dah buat keputusan. Dia terima kalau daddy kahwin lain. Mungkin ini akan memberi perubahan pada keluarganya.
Akhirnya, daddy pun berkahwin dengan Melina. Melina setuju dengan permintaan daddy untuk menjadi isterinya.
"Manis.. Ini Melina ibu baru Manis. Ini pula Frieda dan Frieza kakak baru Manis." kenal daddy. Manis mengangguk.
"Hi auntie. Kakak." kata Manis.
"Manis panggil auntie Mama Mel sayang." kata daddy. Manis ia kan sahaja.
Sejak hari tu rumah Manis mula ceria semula. Betul kata daddy. Mama Mel dan kakak tiri layan Manis dengan sangat baik. Mama Mel betul-betul menjaga makan dan minum Manis dan daddy. Manis gembira kembali.
![](https://img.wattpad.com/cover/198313740-288-k349147.jpg)
YOU ARE READING
Manis Bukan Cinderella
RomanceHidup Manis persis seperti kisah dongeng Cinderella. Awalnya dia bahagia tetapi mummy dia meninggal dunia disebabkan kemalangan. Setelah itu, daddy Manis berkahwin dengan seorang janda anak dua. Mereka menjadi ibu dan adik-beradik tiri Manis. Tetap...