Manis anak perempuan tunggal kepada sepasang suami isteri iaitu Puan Haida dan Encik Syahid. Seperti anak gadis orang berada yang lain hidupnya mewah dan disayangi oleh orang tuanya. Dia sangat dimanjakan oleh mummy dan daddy.
Puan Haida seorang professor yang memiliki sebuah universiti sendiri. Universiti tersebut ditubuhkan hasil usaha sama dia dan suaminya iaitu Encik Syahid yang tercinta. Manakala Encik Syahid seorang ahli perniagaan. Dia mempunyai beberapa buah restoren dan kilang pemprosesan makanan sejuk beku.
Hidup Manis dilimpahkan dengan harta yang cukup untuk tujuh keturunan. Keluarganya berasal daripada golongan berada. Datuk dan nenek Manis berketurunan Arab. Mereka berhijrah ke Malaysia dan membuka sebuah restoren berkonsepkan timur tengah.
Setelah beberapa tahun perniagaan mereka menjadi amat maju sehinggakan mampu membuka lima buah restoren didalam dan diluar negara. Mereka adalah ibu dan bapa kepada daddy Manis. Hasil daripada itu diwarisi kepada daddy Manis sepenuhnya.
Mummy dan daddy pula berkahwin selepas menjalin hubungan cinta semasa mereka sama-sama melanjutkan pelajaran di England. Mereka bertemu disana dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan anak perempuan bernama Manis.
Nama penuh Manis ialah Manis binti Mohammad Syahid. Mummy yang letak nama tu. Hal ini kerana semasa mengandungkan Manis, mummy sentiasa mengidam makanan yang manis-manis. Daddy pun setuju dengan nama tu.
Mereka berharap agar Manis dapat memberikan kemanisan dalam hidup mereka berdua. Selain itu juga Manis menjadi seorang gadis yang sentiasa memberi senyuman manis kepada hidup orang lain.
Manis seorang anak yang baik. Dia dibesarkan dan diasuh menjadi anak gadis yang sopan dan berbudi pekerti. Manis hormatkan mummy dan daddynya. Dia pun baik dengan pembantu rumah serta pekerja daddy. Semua orang suka dengan sikap Manis.
Kadang-kadang Manis membantu tukang kebun rumahnya menyiram pokok bunga. Dia suka menolong orang lain.
Manis selalu menyertai program kebajikan dan membantu anak yatim, ibu tunggal serta orang-orang tua. Mummy dan daddy kerap kali membawa Manis ke rumah-rumah kebajikan.
Keluarga Manis sangat bahagia. Hidup mereka sangat sempurna.
"Manis.." panggil mummy Manis.
"Ye mummy.." jawab Manis.
"Hari ni teman mummy pergi shopping. Mummy nak beli barang." kata mummy.
"Shopping? Okay mummy." kata Manis. Shopping atau membeli belah adalah aktiviti kegemaran Manis dari kecil lagi.
Manis dan mummy menuju ke pusat membeli belah bersama seorang pengawal peribadi dan pemandu peribadi. Daddy yang suruh kerana dia risaukan keselamatan anak serta isterinya. Mummy dan Manis ikutkan sahaja.
"Mummy kita nak beli apa?" soal Manis.
"Kita nak beli alat tulis untuk anak-anak yatim." kata mummy.
"Oh.. Alright." kata Manis.
Mereka pun membeli alat tulis yang disenaraikan sendiri oleh mummy. Setelah itu, mereka pulang ke rumah. Mereka akan melawat anak-anak yatim tersebut pada esok hari.
"Yang ni letak dalam beg kecil ni. Semua kena ada 50 beg." kata mummy kepada pembantunya. Mereka sedang membahagikan alat tulis yang akan diberikan esok. Manis turut membantu sama.
Usai pembahagian, beg-beg tersebut disusun dalam kotak.
"Hua.." Manis menguap sambil menutup mulutnya.
"Manis." tegur mummy kerana Manis agak kurang sopan.
"Sorry mummy." kata Manis.
Mummy mengangguk. "Manis pergilah tidur. Dah malam ni." kata mummy.
"Okay mummy." Manis salam dan mencium pipi mummy begitu juga dengan mummy. Dia mencium pipi Manis.
"Good night.. Sweet dream." kata mummy.
Manis tersenyum dan masuk ke biliknya. Manis pun tidur.
Keesokan harinya, mummy, daddy dan Manis melawat ke Rumah Cahaya Anak Yatim. Mereka datang bersama catering restoren daddy. Kanak-kanak serta anak yatim disitu dijamu dengan pelbagai jenis makanan. Mereka semua gembira.
Daddy dan mummy merancang beberapa aktiviti dirumah anak yatim itu. Antaranya sambutan hari jadi. Mummy telah merancang beberapa pertandingan dan semuanya diberikan hadiah istimewa.
Setelah seharian dirumah anak yatim tersebut tibalah masa untuk mereka pulang. Mereka mengedarkan alat tulis kepada anak-anak tersebut dan daddy turut memberikan sedikit sumbangan.
Apabila semuanya telah selesai, mummy, daddy dan Manis pun pulang ke rumah mereka. Manis rasa gembira sangat dapat mengembirakan orang lain.
YOU ARE READING
Manis Bukan Cinderella
RomanceHidup Manis persis seperti kisah dongeng Cinderella. Awalnya dia bahagia tetapi mummy dia meninggal dunia disebabkan kemalangan. Setelah itu, daddy Manis berkahwin dengan seorang janda anak dua. Mereka menjadi ibu dan adik-beradik tiri Manis. Tetap...