Doktor membenarkan Manis keluar dari hospital hari ini. Lantaran itu, Raif telah mengambil cuti untuk membawa Manis pulang ke rumah. Papanya yang memberikan keizinan.
"Awak.. Jom.." kata Raif. Dia memimpin Manis keluar dari hospital sehingga masuk ke dalam kereta.
"Careful." kata Raif. Dia memegang kepala Manis agar tidak terhantuk pada kereta.
"Terima kasih." ucap Manis.
"Ada nak singgah mana-mana tak?" soal Raif.
"Ada. Saya nak melawat kubur mummy, daddy." kata Manis. Dah lama dia tak melawat kubur mummy. Dia rindu pada mummy dan daddy.
"Okay." kata Raif. Dia terus memandu ke tanah perkuburan.
Tiba dikubur mummy dan daddy, Manis membacakan surah yassin begitu juga dengan Raif. Usai sedekahkan bacaan yassin kepada orang tuanya, Manis meluahkan perasaannya didalam hati.
"Assalamulaikum mummy, daddy.. Manis datang ni. Maaf dah lama tak lawat mummy, daddy. Mummy, daddy tahu tak yang Manis dah kahwin. Manis kahwin dengan Raif. Manis harap sangat hubungan kami baik macam rumah tangga mummy, daddy. Manis rindu sangat kat mummy, daddy." luah Manis. Dia menangis.
"Awak.." panggil Raif.
Manis tersenyum. Setelah itu, mereka pun balik ke rumah.
"Dah sampai." kata Raif.
Dia membawa Manis masuk rumah.
"Nak naik bilik atau duduk sini?" soal Raif sama ada Manis ingin berehat atau menonton televisyen.
"Nak duduk sini dulu." kata Manis. Dia membuka televisyen. Dah lama dia tak tengok drama. Walaupun dihospital ada televisyen.
"Okay. Saya bawa barang awak naik ke atas." Raif pun membawa barang-barang Manis ke atas.
"Bismillah.." ucap Raif semasa turun ke bawah. Dia menghampiri Manis.
"Awak.." panggil Raif. Dia duduk dihadapan Manis. Selamba sahaja duduk diatas meja kopi.
"Manis.." kata Raif. Dia memandang tepat ke arah Manis. Manis membalas pandangan Raif. Dia menelan air liurnya.
"Sebenarnya..." kata Raif. Dia berdebar.
"Awak.." soal Manis. Dia sedikit gementar.
Raif memegang tangan Manis. "Awak.. Saya nak minta maaf." ucap Raif. Sudah tiba masanya.
"Saya minta maaf Manis. Saya nak minta maaf atas kesalahan saya selama ni. Saya berdosa pada awak." ucap Raif. Dia benar-benar menyesal.
"Awak.. Sebenarnya saya dah lama maafkan awak." kata Manis. Sememangnya dia maafkan Raif. Dia tahu Raif sudah berubah. Manis tersenyum.
"Alhamdulillah. Terima kasih Manis." ucap Raif.
"Saya.. sayang awak. I really love you." Raif memeluk Manis. Manis terharu mendengar pengakuan Raif. Dia gembira dan bersyukur.
"Betul ke?" soal Manis.
"Betul." Raif mengangguk.
"Janji?" soal Manis.
"Tak boleh." kata Raif. Wajahnya berubah. Dia kelihatan sedih.
"Kenapa?" soal Manis.
"Mama kata don't make promise when you are happy, don't reply when you are angry, and don't decide when you are sad." kata Raif. Dia ketawa.
"Main-main." kata Manis.
"Sorry sayang." kata Raif. Dia mencuit hidung Manis.
"Sayang?" soal Manis.
"Yes you are my only sayang." kata Raif. Dia mencium dahi Manis.
"Awak sayang saya tak?" soal Raif. Dia mahu tahu mengenai perasaan Manis.
"Emm.. Lemme think first." Manis membuat gaya berfikir. Mukanya berubah.
"Tak! Saya tak sayang awak. Saya benci." kata Manis dengan nada serius. Macam kerasukan pun ada.
"Serius?" Raif sedih dan kecewa. Dia pun bangun hendak meninggalkan Manis. Dia mahu membawa diri.
Manis tarik tangan Raif sehingga badannya terpusing menghadap Manis. "Ni sebab buat saya jatuh katil." Pak! Manis menampar pipi kiri Raif. Raif terkejut.
"Ini sebab tampar saya masa lambat buka pintu." Manis menampar pipi kiri Raif pula.
Raif amat terkejut dengan tindakan Manis. Rupanya Manis berdendam dengan Raif selama ni. Raif berasa amat sedih.
"Ni sebab..." Manis tersenyum dia tarik kolar baju Raif. Raif memejamkan matanya. Dia takut Manis akan menamparnya lagi. Manis menjengketkan kakinya dan mencium bibir Raif. Mata Raif terbeliak. Dia benar-benar terkejut.
Setelah itu, Manis membariskan senyuman yang paling manis untuk Raif. Lantas Raif menarik Manis ke dalam pelukkannya. Dia memeluk erat tubuh Manis.
"Sorry.. I love you too." bisik Manis. Ye, Manis pun sukakan Raif.
"Mulai hari ni awak panggil saya abang tau. Saya panggil awak sayang." kata Raif. Manis mengangguk. Raif tersenyum gembira. Dia amat bersyukur.
Hari berlalu dan hubungan rumah tangga Raif dan Manis semakin bahagia. Mereka seperti pasangan baru berkahwin. Semuanya dimulakan daripada awal. Mulai saat ini Raif akan menjadi iman yang baik untuk Manis.
Raif akan pastikan Manis jatuh cinta padanya setiap hari dan Manis hanya menjadi milik Raif seorang. Raif betul-betul cinta Manis. Cinta Raif untuk Manis seorang.
YOU ARE READING
Manis Bukan Cinderella
RomanceHidup Manis persis seperti kisah dongeng Cinderella. Awalnya dia bahagia tetapi mummy dia meninggal dunia disebabkan kemalangan. Setelah itu, daddy Manis berkahwin dengan seorang janda anak dua. Mereka menjadi ibu dan adik-beradik tiri Manis. Tetap...