Ting.. Tong.. Loceng rumah Raif ditekan beberapa kali.
"Eh abang dah balik ke? Awal lagi." kata Manis yang ketika itu sedang mengemas rumah.
Manis pun memakai selendang dan mengambil kunci rumah. Dia pun membuka pintu.
"Eh? Mama Mel, kak Frieda, Frieza. Em.. Jemputlah masuk." jemput Manis. Dia tersenyum.
Mereka pun masuk ke dalam. Mereka duduk disofa ruang tamu. Mama Mel memandang sekeliling sudut rumah Manis. Dia kelihatan mencurigakan.
"Err.. Manis buat air dulu." kata Manis. Dia melihat ibu tiri serta kakaknya duduk rapat-rapat. Macam ada sesuatu yang tidak kena.
Manis membancuh air teh dan dia menghidangkan bersama kek gulung berperisa pandan.
"Jemputlah minum." pelawa Manis.
Mama Mel minum air tersebut. Mereka senyap sahaja.
"Err.. Ma.." kata Frieda. Dia dia menyiku badan Mama Mel.
"Cakaplah ma." kata Frieza pula.
"Err.." balas Mama Mel.
"Mama ada apa ni?" soal Manis. Dia tertanya-tanya dengan kehadiran mereka pada hari ini.
Mama Mel mengeluh sedikit sebelun membuka mulut.
"Sebenarnya kami datang nak minta maaf pada Manis. Kami jahat pada Manis. Kami sangat menyesal atas perbuatan kami." kata Frieda.
"Betul Manis. Mama minta maaf sebab buat Manis menderita selama ni. Maafkan mama." Mama Mel memegang tangan Manis. Dia menangis sedikit.
"Ye Manis. Kakak pun nak minta maaf. Kami menyesal atas apa yang terjadi." kata Frieza dengan nada sedih.
Manis tersenyum. "Sebenarnya Manis dah lama lupakan semua tu. Manis maafkan mama dan kakak." kata Manis. Dia pegang tangan Mama Mel.
Manis berpelukan dengan mama dan kakak tirinya. Mereka memang menyesal atas apa yang terjadi. Mereka tamak dan seksa hidup Manis yang tidak bersalah.
"Terima kasih Manis." ucap Mama Mel. Manis mengangguk.
"Manis.. Macam mana dengan rumah tangga Manis?" soal Mama Mel. Sepanjang Manis kahwin dia langsung tidak mempedulikan Manis kecuali masa Manis kemalangan. Dia tahu yang Raif bukan seorang lelaki yang baik tetapi dia tetap paksa Manis untuk kahwin.
"Rumah tangga kami okay. Abang Raif layan Manis dengan baik." kata Manis. Dia tak mahu menceritakan hal yang lepas kerana perkara itu sudah berlalu. Lagipun Raif sudah berubah.
"Baguslah." kata Mama Mel tapi wajahnya tampak muram.
"Kenapa ma?" soal Manis. Dia dapat rasa ada sesuatu yang Mama Mel sembunyikan.
"Sebenarnya..." kata Mama Mel lambat-lambat.
"Sebenarnya?" soal Manis. Dia ingin tahu.
"Sebenarnya kami datang sini nak minta tolong Manis." Mama Mel mula menangis lagi.
"Lepas Manis kahwin dengan Raif.. Hidup kami kacau bilau." kata Frieda.
"Ye tapi itu bukan salah Manis. Salah kami sebab selalu susahkan Manis dulu. Mungkin balasan untuk kami." kata Frieza.
Manis hanya mendiamkan diri.
"Lepas je Manis kahwin mama jual rumah Manis kepada orang lain dan mama beli sebuah rumah yang lagi besar. Mama ingatkan nak bina hidup baru. Tapi nasib kami malang. Kami kena tipu." cerita Mama Mel.
"Apa? Mama jual rumah Manis?" Manis. Dia terkejut dan sedih sekali.
"Maaf Manis mama yang salah. Tapi ada benda yang mama nak ceritakan." kata Mama Mel. Manis pun mengangguk.
YOU ARE READING
Manis Bukan Cinderella
RomantikHidup Manis persis seperti kisah dongeng Cinderella. Awalnya dia bahagia tetapi mummy dia meninggal dunia disebabkan kemalangan. Setelah itu, daddy Manis berkahwin dengan seorang janda anak dua. Mereka menjadi ibu dan adik-beradik tiri Manis. Tetap...