Bab 11 - Masih Ada Sinar

561 13 0
                                    

Raif melawat Manis seperti biasa. Hari ni dia bawa bubur untuk Manis. Manis hendak makan tetapi tangannya sakit. Melihat Manis sebegitu Raif menghulurkan bantuan. Dia menyuapkan bubur untuk Manis.

"Buka mulut tu." kata Raif. Manis menjamah bubur yang disuap Raif. Dia makan sampai habis. Dia betul-betul terasa lapar.

Setelah selesai makan Raif mengambil tisu dan lap bibir Manis. Mereka bertentangan mata. Raif mengangkat dagu Manis dan mengucup bibir Manis. Manis terkejut. Raif terus keluar.

"Apa aku buat ni?" kata Raif. Dadanya berdegup laju. Dia rasa menyampah dengan perbuatannya. Sampai bila dia nak layan Manis macam ni?

Manis menyentuh bibirnya. Dadanya turut berdegup laju. Dia rasa amat malu dan terkejut. Dia sangka Raif sudah berubah. Tetapi masih macam dulu. Suka mengambil kesempatan.

Manis mengeluh sedikit.

Setelah itu, mama dan papa melawat Manis.

"Manis okay?" soal mama. Dia antara orang yang paling risau apabila Manis kemalangan. Mereka pun berbual bersama.

"Okay mama." jawab Manis.

"Manis jaga kesihatan tau. Jangan sakit-sakit lagi. Kesian Raif, dia risaukan Manis." kata mama.

Manis memandang Raif. "Betul ke dia risaukan aku? Aku tahu dia yang jaga aku selama aku sakit tapi.." bisik hati Manis.

Raif hanya tersenyum. Kali ni senyuman Raif nampak berbeza. Manis rasa sesuatu.

"Sayang.." panggil Raif.

"Hah? Sayang? Dia panggil aku sayang? Dia dah buang tabiat ke?" bisik hati Manis.

"Awak.. Mama dan papa nak balik ni." kata Raif. Dia memanggil Manis yang sedang mengelamun.

"Hah? Okay." Manis bersalaman dengan mama dan papa. Mereka hanya singgah sebentar memandangkan ada urusan yang perlu mereka lakukan.

"Raif.. Jaga Manis." pesan papa. Papa Raif percaya yang Raif sudah pun berubah. Dia pun tidak lagi memotong gaji Raif. Rancangannya berjaya dengan berkat Manis. Manis sememangnya menantu yang baik.

"Betul tu Raif." kata mama. Mama pun bersyukur Manis menjadi menantunnya.

"Okay pa, ma." kata Raif. Dia memeluk bahu Manis. Manis terkejut lagi. Sehari ni dia asyik terkejut sahaja.

Sejak Manis sakit dihospital Raif rindu sangat dengan Manis. Dia mula sukakan Manis. Dia sedar yang hidupnya memerlukan Manis. Dia jatuh cinta dengan kebaikan Manis. Walaupun dia selalu buat Manis sedih tetapi Manis tetap sabar dan tabah. Itu yang membuatkan Raif sedar dengan kesilapannya.

Raif tahu yang selama ini dia telah mensia-siakan hidup Manis. Raif berlaku kejam kepada Manis. Raif mahu tebus semua kesalahannya.

"Awak.." tegur Manis. Raif masih lagi peluk bahu Manis.

"Sorry." kata Raif. Dia mengalihkan tangannya.

Doktor pun masuk bilik Manis. "Hi, macam mana keadaan Manis hari ni?" soal Doktor Elza.

"Okay sikit doktor." kata Manis.

Doktor memeriksa keadaan Manis dan kemudiannya dia berbual dengan Raif.

"Doktor macam mana dengan Manis?" soal Raif.

"So far keadaan Manis agak memberansangkan. Insha Allah, beberapa hari lagi Manis boleh keluar hospital." kata Doktor Elza.

"Alhamdulillah. Terima kasih doktor." ucap Raif.

"Sama-sama." kata Doktor Elza.

Raif pun ke surau untuk solat. Sejak Manis kemalangan Raif mula solat. Dia sentiasa berdoa untuk Manis. Dia telah bertaubat. Hampir setiap hari dia bacakan suruh yassin untuk Manis. Manis pun sedar tentang hal itu.

Raif bukanlah seorang yang lemah pegangan agama. Dia tahu untuk solat dan membaca Al-Quran cuma dia lalai. Lalai dengan kehendak dunia sampai hanyut. Tetapi nasib baiklah dia sempat bertaubat.

Manis pun bangun untuk solat. Dia berdoa sekiranya Raif itu jodohnya maka panjangkanlah jodoh mereka. Sekiranya tidak putuskanlah mereka dengan cara yang baik.

Usai solat Manis tertidur. Raif masuk ke bilik Manis. Dia tersenyum melihat Manis yang ketiduran. Raif usap kepala Manis. Benar dia sayang pada Manis.

Manis Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now