"Sayang.." panggil Raif. Dia rasa rindu pada Manis setelah seharian bekerja. Hubungannya dengan Manis semakin bahagia. Raif dapat merasakan kebahagian rumah tangganya.
"Sayangku Manis...." panggil Raif. Dia mencari Manis disekeliling rumah.
"Mana sayang ni?" bisik Raif.
Raif pun masuk ke dapur.
"Chak!!" jerit Manis. Serentak itu Raif terkejut. Dia tertolak Manis.
"Alamak sayang." kata Raif. Memang apabila Raif terkejut dia akan tolak apa sahaja didepannya termasuklah orang.
Manis merajuk. Dia masuk ke dalam bilik air. Dia mahu mencuci tandas. Lantai tandas disental kuat-kuat.
"Haih.. Teringat masa dulu-dulu." kata Raif sambil menyandar didinding tandas. Dia melihat Manis.
"Kalau sayang marah, sayang memang suka cuci toilet kan?" kata Raif. Dia perasan yang bila Manis marah atau tak suka dengan sikap Raif, Manis akan mencuci tandas. Dari dulu lagi Manis macam tu.
"Suka hati saya. Tak payah menyibuk." balas Manis. Dia terasa dengan Raif. Sampai hati Raif tolak Manis. Nasib baik Manis tak jatuh tersembam.
"Nah sayang guna ni." Raif menghulurkan sabun pencuci lantai kepada Manis. Boleh pula Raif main-main time macam ni.
"Ish!" Manis keluar dari tandas. Dia nak merajuk. Dia meninggalkan Raif.
"Aduh sakit perut. Alamak terminum clorox pulak. Dunia nampak gelap. Nak pengsan." kata Raif.
Manis menahan ketawa. Lalu dia tergelak. Dia meluru ke arah Raif.
"Gila." kata Manis. Dia mencubit pinggang Raif.
"Aduh." kata Raif. Raif meletakkan kedua-dua tangan di atas bahu Manis. Dia memandang Manis dan tersenyum.
"Sayang marah abang?" soal Raif.
Manis menggeleng. "Tak.." kata Manis. Dia merangkul pinggang Raif. Mustahillah Manis nak marah pada Raif sebab benda kecil. Manis dah betul-betul 'fall in love' lah pada Raif.
"Sure? Tapi tadi kenapa merajuk?" soal Raif.
"Saje je." kata Manis.
"Nakal." Raif menjentik hidung Manis. Tak kuat pun. Jentik manja je.
Manis menyentuh hidungnya. Raif pula melutut didepan Manis. Manis pelik melihat Raif.
Raif mengeluarkan sebentuk cincin berlian lalu berkata "Sayang.. Will you be my wife for the rest of my life?"
"Eh?" respon Manis.
"Say yes please.." rayu Raif. Lututnya mula rasa sakit.
"Yes! Yes!" kata Manis. Raif pun menyarungkan cincin tersebut pada jari Manis dan memeluknya. Manis rasa terharu sangat tak sangka Manis dapat merasa bagaimana dilamar seseorang. Walaupun yang lamar sudahpun menjadi suaminya.
Raif membisik. "Happy birthday sayang."
"Eh hari ini bukan birthday Manis." kata Manis.
"Abang tahu.. Walaupun abang lambat 3 bulan 15 hari. Abang tetap nak wish jugak. Sorry lambat.." kata Raif. Dia baru je dapat tahu mengenai hari jadi Manis.
"Takpelah bang. Lagipun time tu kita tak kahwin lagi." kata Manis.
"Yeke?" Raif memegang muka Manis dengan kedua-dua belah tapak tangannya.
"Yelah." kata Manis. Raif pun mengucup dahi Manis.
"Sayang, jom dating." kata Raif.
"Dating? Jom!" kata Manis.
YOU ARE READING
Manis Bukan Cinderella
RomanceHidup Manis persis seperti kisah dongeng Cinderella. Awalnya dia bahagia tetapi mummy dia meninggal dunia disebabkan kemalangan. Setelah itu, daddy Manis berkahwin dengan seorang janda anak dua. Mereka menjadi ibu dan adik-beradik tiri Manis. Tetap...