Bab 8 - Kahwin Paksa

513 12 0
                                    

Setelah tetamu pulang, Mama Mel, Frieda dan Frieza berbincang mengenai hal yang tadi. Manis terus masuk ke dalam biliknya. Dia rasa terkejut dengan berita yang baru diterima.

"Mama macam mana?" soal Frieda.

"Mama rasa nak terima je. Lagipun Datuk Ghaffar nak tolong keluarga kita." Mama Mel mula tamak dengan tawaran yang ditawarkan Datuk Ghaffar.

"Betul tu ma. Lagipun Manis tu beban je dalam keluarga kita. Lagi elok biar dia kahwin." kata Frieza.

"Mama tahu lagipun Manis tu jackpot untuk kita." kata Mama Mel.

Mereka tersenyum dan mula membayangkan kekayaan yang bakal dimiliki bagai mendapat durian runtuh.

Manis menangis didalam biliknya. Dia tidak menyangka rupanya Mama Mel hanya berpura-pura berbuat baik dengannya. Mereka tahu yang hari ni keluarga Raif datang masuk meminang.

Manis melihat tangannya. "Eh mana gelang aku?" Manis mengelabah. Dia mencari rantai tangan itu dibiliknya. Habis semua laci dan tempat dia selongkar.

"Mana ni?" kata Manis. Dia risau kerana rantai tangan tu pemberian mummy dan daddy. Dia sayang sangat rantai tangan tu.

"Manis.. Manis.." jerit Mama Mel dari luar.

"Ye ma. Kejap." Manis menyapu air matanya dan segera ke ruang tamu.

"Ye Mama Mel." kata Manis sebaik sahaja tiba diruang tamu.

Mama Mel bangun dan mencubit lengan Manis.

"Kenapa lambat sangat?" kata Mama Mel.

"Sorry ma." kata Manis sambil sambil mengusap lengannya.

"Sakitnya. Kenapa Mama Mel suka seksa aku?" soal Manis didalam hati.

"Hei Manis. Tak payah mengelamunlah. Kitaorang ada benda penting nak bagitahu kau." kata Frieda.

"Apa dia kakak? Mama Mel?" soal Manis kebingungan.

"Kahwin." kata Frieza.

"Ye mama setuju nak kau kahwin dengan Raif." kata Mama Mel.

"Mama, Manis tak nak kahwin." ujar Manis. Dia belum bersedia untuk berkahwin. Dia muda lagi. Banyak lagi benda yang dia hendak lakukan.

"No excuse. Kau tetap akan kahwin." perintah Mama Mel.

"No.. I don't want mama. Please. I'm begging." Manis mula menangis. Dia merayu.

Manis tak nak kahwin. Bukan dia tak tahu yang Raif seorang yang liar dari dulu lagi. Kan daddy kawan dengan papa Raif. Dia selalu dengar cerita pasal Raif dari kak Farah pembantu daddy.

"Eh kau jangan nak mengada. Kau beban je dalam keluarga ni. Berkorban sikit." kata Frieza.

"Tapi banyak cara lain untuk berkorban. Manis boleh kerja untuk tanggung keluarga kita." Manis cuba meluahkan buah fikirannya.

"Kerja? Kerja apa? Kau kelulusan pun takde." kata Frieda.

Mereka semua ketawa.

"Dah kau ikut je kata mama. Kalau tak mama pecat Mak Bee kesayangan kau tu." ugut Mama Mel.

"Jangan Mama Mel. Please." dalam menahan sedu akhirnya Manis mengangguk.

"Ye Manis kahwin." kata Manis. Dia terpaksa.

Setelah itu, Mama Mel, Frieza dan Frieda terus melonjak kegembiraan. Mereka tak sabar nak menunggu perkahwinan Manis. Berita ini terus disampaikan pada Datuk dan Datin.

Seminggu berlalu, akhirnya telah tiba untuk persiapan perkahwinan Manis yang tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Manis tidak ikhlas dan hanya terpaksa. Dia berkorban jiwa dan perasaannya.

Manis Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now