Abdul Rahman Raif, anak tunggal kepada Datuk Ghaffar dan Datin Khalida yang kaya raya. Hidupnya serba serbi lengkap. Walau bagaimanapun dia mempunyai perangai yang agak klise iaitu suka berfoya-foya. Gajinya sering dihabiskan pada benda yang tidak berfaedah.
Oleh yang demikian, papa Raif telah mengambil keputusan untuk kahwinkan Raif dengan menantu pilihannya. Dia mahu Raif jadi manusia yang bertanggungjawab. Mungkin lepas kahwin Raif akan berubah. Oleh itu dia akan masuk meminang anak rakan baiknya.
Gadis itu datang dari keluarga yang baik-baik. Cumanya mereka telah muflis. Datuk Ghaffar akan menawarkan bantuan kepada keluarga gadis tersebut. Hal ini kerana keluarga gadis itu pernah membantu perniagaannya. Dia ingin membalas budi.
"Raif mula hari ni papa akan tolak gaji Raif." kata Datuk Ghaffar. Dia tidak tahan dengan perangai anaknya yang semakin liar. Raif bekerja bersama papanya.
"Why pa?" soal Raif.
"You ask me why? Raif ingat papa bodoh? Papa tahu aktiviti Raif selama ni." kata Datuk Ghaffar. Dia mula hilang sabar.
"Hah?" Raif terkejut. Dia tak sangka yang papa tahu apa yang dia lakukan selama ini. Padahal dia dah cuba untuk sembunyikan perbuatannya.
"Raif.. Papa rasa dah tiba masa Raif kahwin. Papa harap perkahwinan ni dapat ubah perangai Raif." kata Datuk Ghaffar.
"Apa? Ma, pa apa ni?" soal Raif.
"Betul Raif. Mungkin betul kata papa. Kami mahukan yang terbaik untuk kamu. Lagipun calon isteri kamu anak kawan baik papa. Dia orang yang baik." kata Datin Khalida.
"No. I don't want." kata Raif. Dia rasa tak puas hati.
"Apa pun yang Raif kata. Papa tetap akan kahwinkan Raif. Fullstop!" kata Datuk Ghaffar. Raif ditinggalkan sendirian.
"Argh!!" jerit Raif. Dia rasa runsing.
"Kenapa papa sibuk nak jodohkan aku? Aku dah besar. Ni bukan drama Melayu." kata Raif. Raif stress.
Hari ini rombongan Datuk Ghaffar akan datang masuk meminang calon isteri untuk Raif. Raif terpaksa terima. Dia pun ikut sekali. Papa dan mama yang suruh. Dia tak nak jadi anak derhaka.
"Manis.." panggil Mama Mel.
"Ye Mama Mel." kata Manis.
"Hari ni mama ada buat majlis sikit. Saje nak ajak kawan makan." kata Mama Mel sambil mengusap Manis. Manis terasa janggal dan mengangguk.
"Manis pakai baju ni ye." kata Mama Mel. Dia memberi Manis sehelai gaun berwarna ungu berserta sehelai selendang. Gaun itu cantik dan ringkas sahaja.
"Baju siapa ni ma?" soal Manis.
"Ish. Baju kaulah. Pakai je jangan banyak tanya." kata Frieda.
"Ye tu baju Manis. Manis pakai tau." pesan Mama Mel. Dia tersenyum.
"Okay.." kata Manis. Manis dapat merasakan sesuatu yang tidak kena.
Manis pun bersiap. Setelah itu dia mahu turun ke bawah untuk membantu Mak Bee didapur. Memang itu pun kerjanya dirumah ini.
"Eh cinderella nak gi mana tu?" soal Frieza.
"Hah? Kenapa kakak panggil Manis Cinderella? Manis bukan Cinderella." kata Manis.
"Suka hati akulah. Kau tu nak pergi mana?" soal Frieza.
"Nak turun bawah kak. Tolong Mak Bee." kata Manis.
"Tak payah mengada. Rosak baju tu nanti. Kau ingat murah? Mama pakai catering. Mama suruh kau tunggu je kat bilik. Nanti kitorang panggil." kata Frieza.
Manis mengangguk lalu masuk ke biliknya. Dia dengar suara orang ramai dibawah. Manis mengintai dari tingkap bilik. Dia nampak ada ramai orang yang baru datang.
"Eh. Mama Mel kata majlis sikit. Tapi ini macam ramai je." bisik Manis.
"Manis mama panggil. Cepat turun." tegur Frieda.
"Hah? Kenapa kak?" soal Manis.
"Turun je cepat." Frieda menarik tangan Manis dan mereka turun ke bawah.
Manis melihat ramai orang sedang bersila. Mereka melihat Manis sambil tersenyum. Manis menjadi malu.
"Manis duduk sini." kata Mama Mel.
"Datuk, datin.. Nilah Manis anak saya." Mama Mel memegang tangan Manis.
"Manis.. Salam datin." perintah Mama Mel. Manis pun bersalaman dengan Datin Khalida dan tetamu perempuan. Dia kenal datuk dan datin kerana dulu masa kecil dia pernah jumpa mereka.
"Jadi inilah bakal menantu saya." kata Datuk Ghaffar.
"Hah? Bakal menantu??" bisik hati Manis. Dia mula mengelabah. "Kenapa datuk cakap macam tu?"
"Manis sebenarnya Datuk dan Datin datang untuk meminang Manis." kata Uncle Mazlan adik kepada Mama Mel.
"What?" Manis terkejut. Mama Mel mencuit Manis dan membuat muka sedikit.
"Apa ni??" kata Manis didalam hati. Manis rasa hendak menangis.
"Saya sebagai penjaga kepada Manis mengharapkan yang terbaik untuk Manis. Apa elok saya setuju sahaja." kata Mama Mel. Manis terkejut dengan kata-kata Mama Mel.
Datin Khalida mengangguk.
"Ye saya faham sangat tu." Datin Khalida memegang tangan anaknya, Raif.
Manis melihat Raif. Mereka saling berbalas pandangan. Raif tak suka dengan Manis tetapi Manis masih keliru dengan keadaan sekarang.
"Puan Melina jangan risau segala perbelanjaan akan saya tanggung sepenuhnya. Saya juga akan membantu keluarga Puan Melina memandangkan arwah daddy Manis rakan baik saya. Saya akan balas budinya." kata Datuk Ghaffar.
Manis ingin cabut dari situ. Tetapi dia tidak mahu memalukan sesiapa. Dia benar-benar tertekan. Dia menangis didalam hati.
"Apa kata biar mereka berkenalan dahulu. Berbual-bual kat luar." kata Uncle Mazlan.
"Hah?" Raif dan Manis terkejut.
"Betul tu." kata seorang mak cik dari rombongan lelaki. Mereka semua bersetuju untuk Raif dan Dina bersuai kenal.
Raif dan Manis duduk diluar rumah. Tetapi mereka senyap sahaja. Mulut masing-masing terkunci rapat.
"Hmm.." keluh Raif. Dia tak suka dijodohkan.
Manis berpeluk tubuh. Dia tak rasa nak bercakap dengan orang asing macam Raif. Mereka hanya saling membalas pandangan.
Melihat mereka yang tidak bercakap dan hanya berdiri tegak. Frieda datang lalu dia sengaja melanggar Manis. Manis hendak terjatuh tapi tangannya sempat ditarik Raif. Frieda ketawa.
Manis rasa marah pada Raif. "Berani dia sentuh aku! Biar jelah aku jatuh. Bukannya aku tak biasa jatuh pun. Sibuk nak tolong-tolong kenapa?" bisik hati Manis. Dia tak suka Raif yang memegang tangannya.
Manis pun masuk ke dalam. Dia tak suka dengan Raif. Raif kebingungan.
"Terima kasih pun takde?" kata Raif. Tetapi Raif dapati ada sesuatu pada tapak tangannya. Raif melihat tangannya yang memegang seutas rantai tangan. Mesti rantai tangan Manis punya fikir Raif. Raif tersenyum.
Selang beberapa minit, rombongan pihak lelaki pun pulang.
YOU ARE READING
Manis Bukan Cinderella
RomanceHidup Manis persis seperti kisah dongeng Cinderella. Awalnya dia bahagia tetapi mummy dia meninggal dunia disebabkan kemalangan. Setelah itu, daddy Manis berkahwin dengan seorang janda anak dua. Mereka menjadi ibu dan adik-beradik tiri Manis. Tetap...