Bab 2 - Kemalangan Tanpa Diduga

433 8 0
                                    

Usia Manis sebenarnya sudah pun mencecah 18 tahun. Seperti remaja yang lain dia mahu menyambungkan pelajarannya. Manis mempunyai sebuah cita-cita untuk menjadi seorang professional dalam bidang masakan iaitu chef. Dia ingin mengambil jurusan kulinari kerana minatnya yang mendalam terhadap makanan dan masakan.

Dia mahu mummy dan daddy tahu mengenai hasratnya untuk sambung belajar. Lalu dia pun menyuarakannya kepada mummy dan daddynya.

"Mummy.. Daddy.. SPM kan dah lepas, result pun dah dapat. Manis ingat nak sambung belajar." kata Manis.

"Sambung belajar?" soal mummy.

"Actually daddy memang nak Manis sambung belajar pun. Daddy dah rancang nak pindah France since urusan bisnes daddy. Alang-alang tu Manis boleh sambung belajar kat sana." ujar daddy.

"Hah? Betul ke daddy?" soal Manis dengan teruja.

"Yup. Sekarang tunggu Manis je buat keputusan untuk pilih course." kata Daddy.

"Betul tu Manis." kata mummy.

"Emm.. Sebenarnya Manis dah pilih dah.." kata Manis.

"What course do you choose honey?" soal mummy.

"Kulinari mummy. Manis nak jadi chef nak buka restoran macam daddy." kata Manis.

"Chef?" soal daddy.

"Yup." Manis mengangguk.

"Okay honey. Nanti daddy daftarkan Manis disana. Kat sana memang pilihan yang sesuai untuk course kulinari." kata daddy.

"Yeay. Thank you daddy, mummy." kata Manis. Manis memeluk kedua orang tuanya

Daddy dan mummy tersenyum.

Persiapan Manis dan keluarganya untuk ke Perancis mengambil masa beberapa bulan. Hal ini kerana daddy perlu menyelesaikan beberapa urusan kerja begitu juga mummy dan Manis. Tetapi hari ini penantian akan berakhir kerana pada esok hari Manis dan keluarganya akan bertolak ke Perancis. Semua persediaan pun sudah dibuat.

"Manis.. Boleh mummy masuk?" soal Mummy semasa dia membuka pintu bilik Manis.

Manis tersenyum. "Masuklah mummy." kata Manis.

"Dah ready untuk esok?" soal mummy. Mummy duduk disebelah Manis.

"Dah mummy." Manis mengangguk dan dia menunjukkan bagasi dan barang yang akan dibawanya telah disiapkan dan diletakkan bersebelahan almari baju.

"Good." kata mummy.

"Mummy ada gift untuk Manis." kata Manis.

"Gift? Gift apa?" soal Manis.

"Bukan hari jadi Maniskan lambat lagi?" kata Manis.

"Ini bukan hadiah hari jadi. Tapi hadiah sebab mummy sayang Manis." kata Mummy.

"Ohh.." balas Manis.

"Nah." mummy menghulurkan sebuah kotak.

"Apa ni mummy?" Manis membelek kotak tersebut. Wajahnya nampak teruja.

"Bukaklah." kata mummy.

"Okay." kata Manis sambil membuka hadiah tersebut.

"Wah.. Gelang.. Cantiknya. Thank you mummy." kata Manis. Dia sangat gembira dengan hadiah yang berupa seutas rantai tangan berlian.

"Sama-sama. Manis pakai tau gelang ni. Ni ikhlas dari mummy dan daddy." kata mummy sambil memakaikan rantai tangan itu dipergelangan tangan Manis. Manis mengangguk.

"Dah cepat tidur. Esok nak gerak." kata mummy. Manis baring dikatilnya dan dahi Manis dikucup lama oleh mummy.

"Selamat malam sayang." mummy mengusap kepala Manis.

"Selamat malam mummy." Manis melambai tangannya kepada mummy.

Mummy berdiri lama untuk melihat Manis sebelum menutup lampu dan pintu bilik Manis.

Malam itu, tidur Manis agak terganggu kerana dia terasa agak gementar memandangkan dia akan sambung belajar. Ini kali pertama dia akan belajar ditempat yang jauh. Tentu suasananya agak berbeza.

Keesokan harinya...

Kringgggg.. Jam loceng Manis berbunyi.

"Hua.. Dah pagi.." Manis bangun dan tutup jam loceng yang memecah hening pagi.

Dia pun cepat-cepat mandi dan solat subuh. Setelah itu, dia mula bersiap.

"Manis.. Bangun." kata mummy dari luar pintu.

"Ye mummy. Manis dah bangun. Tengah siap." kata Manis.

"Okay.." mummy pun pergi bersiap juga.

Setelah semua orang sudah cantik dan segak, mereka pun memulakan perjalanan. Kereta daddy dipandu oleh pemandu daddy iaitu Pak Din. Perjalanan ke lapangan terbang mengambil masa lebih kurang sejam.

"Tak sabarnya.." kata Manis. Dia teruja.

Mummy dan daddy tersenyum melihat Manis.

"Manis.. apa pun nanti ingat jangan lupa solat. Ingat Allah. Belajar rajin-rajin. Ingat walau apa yang terjadi mummy dan daddy sayangkan Manis. Satu lagi ingat pesan mummy.. God give His hardest battle to His strongest soldiers." kata mummy.

"Ha?" Manis terasa pelik.

"Kenapa mummy cakap macam tu?" kata Manis.

Mummy hanya tersenyum. Dia pegang tangan Manis.

"Haish." omel Pak Din.

"Kenapa Pak Din?" soal daddy.

"Kereta depan encik. Sekejap masuk lane kiri, kejap kanan." kata Pak Din.

"Potong je Pak Din. Bahayalah bawak macam tu." kata Manis.

"Ye Pak Din." kata daddy.

Pak Din pun memotong kereta tersebut. Tetapi secara tiba-tiba kereta yang dipandu Pak Din dirempuh dari belakang. Pemanduan Pak Din hilang kawalan dan kereta tersebut terbabas dibahu jalan.

Disebabkan rempuhan yang kuat mereka yang didalam kereta tersebut cedera parah. Manis lihat Pak Din, mummy dan daddy berlumuran darah. Dia terkejut dan amat takut. Matanya menjadi kabur. Dia benar-benar amat terkejut.

Bunyi siren ambulan jelas kedengaran pada telinganya. Dia cuba untuk bangun untuk membantu keluarganya tetapi dia tidak terdaya dan akhirnya dia pun tewas tidak sedarkan diri.

Mereka semua dibawa terus ke hospital. Orang ramai yang telah membantu mereka dengan menghubungi talian 999 semasa menyaksikan kemalangan itu berlaku.

Manis Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now