"AIKA.. adik.. Mari sini. Mama ada nak cakap sikit." panggil Rokiah yang sedang selesa duduk di atas katilnya setelah melihat kedua-dua anak daranya yang menurut kata memunculkan diri di sebalik pintu biliknya itu.
"Ada apa ni ma? Adik ada kerja lagi la yang nak kena buat kat bilik tu." balas Zuhaira manja sambil melangkah bersama Zulaika mendekati Rokiah.
Zulaika yang turut sama melangkah masuk tersenyum geleng. "Ya la tu. Tadi kak long tengok asyik baca novel je. Kerja apanya tu.. " sindir Zulaika membuatkan Zuhaira tarik muka.
Rokiah hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua itu. Sudah besar panjang. Detus hati kecilnya.
Zulaika dan Zuhaira duduk di samping ibu kesayangan mereka berdua yang berbadan agak gempal itu dan menantinya berbicara habis.
"Mama nak cakap, yang tak lama lagi mungkin kamu berdua akan dapat abah baru." kata Rokiah setelah lama berdiam diri. Seakan menyusun kata. Kedua-dua tangannya mengenggam erat tangan anak-anak gadisnya itu. Kanan tangan Zulaika dan kiri tangan Zuhaira.
"Abah baru??" Zuhaira tercengang. Segera melepaskan tangan ibunya.
"Maksud mama? Mama akan kahwin lain?" tanya Zulaika lembut walaupun dia juga turut terkejut dengan kenyataan spontan ibunya itu.
Rokiah mengangguk tanda mengeyakan kata anak-anaknya itu. Benar tekaan mereka itu.
"Dengan siapa?" tanya Zuhaira mula lagak tidak senang hati.
"Dengan Uncle Razif. Dia duda. Lima tahun dah arwah isteri dia meninggal dunia. Dia cikgu kat sekolah mama jugak. Tapi dia cikgu Sejarah." jelas Rokiah satu persatu. Reaksi bahagia jelas terpancar di wajahnya.
"Tak. Adik tak setuju!." Bantah Zuhaira pantas bangun berdiri dari katil Rokiah. Memandang tajam ibunya itu.
"Adik.." Rokiah seakan ingin cuba memujuk tetapi pantas sahaja dicelah.
"Ma, tak ada siapa pun yang dapat gantikan tempat abah. Tak ada siapa pun. "
"Adik, abah tetap dalam hati mama ni.. sampai bila-bila." balas Rokiah seakan ingin cuba memegang lembut tangan anak keduanya itu semula. Tetapi segera ditepis lembut oleh Zuhaira.
"Tapi kenapa mama perlu kahwin lagi? Adik tak suka! Mama tak setia!" balas Zuhaira kasar lalu berlari keluar dari bilik itu. Meninggalkan Rokiah dan Zulaika yang masih terduduk memandangnya.
Zulaika kalih pandang ibunya yang seakan menyesal menyebut tentang hal itu tadi. "Ma, Aika tak kisah ma. Dengan siapa pun yang mama akan kahwin nanti dan bakal jadi abah kami. Aika cuma nak dia jaga mama dengan baik dan mama bahagia dengan dia. Tu sudah cukup bagi Aika ma." ujar Zulaika tersenyum manis sambil mengenggam erat tangan ibunya itu. Baginya, kebahagiaan wanita itu kebahagiaan buat dirinya juga. Itu sudah cukup!
"Terima kasih Aika. Terima kasih sayang ya." angguk Rokiah tersenyum senang hati sambil memeluk erat Zulaika. Dikucupnya dahi gadis itu. Sambil tangannya mengusap lembut rambut Zulaika. Terubat sedikit hatinya dengan kata-kata anak sulungnya itu. Seakan mengerti niat jiwanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
DUM! Zuhaira tolak pintu dengan kasar sehinggakan bunyinya kedengaran jelas satu rumah teres itu. Dia lantas membaringkan diri di atas katil setelah menarik bingkai gambar yang terletak di tepi katil. Ditatap gambarnya potret dia sekeluarga. Kelihatan dia, Zulaika, Rokiah dan Zulkarnain sedang tersenyum manis duduk di bangku di hadapan halaman rumah.
"Abah, tak ada siapa pun yang dapat gantikan tempat abah. Tak ada siapa pun." kata Zuhaira sendiri sambil air mata menitis di pipi. Rindu di hati terhadap insan yang bergelar bapa kandungnya itu kian membara.
YOU ARE READING
Satu Nama Dalam Hati
RomantikAMIR dan Zulaika, dua insan yang sedang menghayati saat-saat indah bercinta seperti insan lain. Namun, percintaan mereka yang sedang memekar indah tiba -tiba dilanda musibah yang menyebabkan hubungan kedua-dua insan ini semakin renggang dan jauh. Ak...