BAB 8

103 2 0
                                    

TIGA TAHUN ENAM BULAN KEMUDIAN..

"TERIMA kasih cikgu!" ucap Sufian, ketua kelas 4 Purnama 2 bersama-sama pelajar yang lain sambil memandang cikgu baru mata pelajaran Bahasa Malaysia mereka, Cikgu Zulaika.

"Terima kasih semua. Baiklah.. jangan lupa esok kita sambung buat latihan muka surat 83 ya?" balas Zulaika tersenyum manis sambil berdiri membimbit buku dan beg tangannya.

"Baik cikgu." balas semua serentak.

Zulaika segera berlalu keluar kerana tugasnya di kelas tersebut hampir 1 jam itu telah selesai dilaksanakan dengan baik dan lancar seperti biasa.

"Selamat sejahtera cikgu." ucap pelajar yang sedang berlalu lalang di koridor sekolah ketika terpandang Zulaika pada arah yang bertentangan.

"Ya, selamat sejahtera." angguk Zulaika tersenyum ceria. Dia meneruskan perjalanan ke bilik guru.

Masuk hari ini, genap dua bulan dua minggu Zulaika mula mengajar di sekolah menengah yang berdekatan dengan rumahnya sahaja itu. Nasibnya agak baik apabila permohonan untuk mengajar di sekolah berdekatan dengan tempat tinggalnya itu diterima baik tanpa sebarang masalah.

"Cikgu Zulaika." panggil Marlia yang duduk berhadapan dengan meja kerja Zulaika tatkala dia meletakkan buku dan beg tangannya di atas meja. Wanita itu seakan sedang menanti kedatangannya.

"Ya Cikgu Marlia. Ada apa?" balas Zulaika bernada sopan. Dia segera mengintai ke arah Marlia dengan senyuman manisnya.

"Tu.. kat sana tu. Ada budak penghantar bunga. Dari tadi lagi tunggu cikgu tau." kata Marlia sambil memuncungkan mulut menunding ke arah seorang lelaki yang sedang duduk di atas sofa di ruang tamu yang disediakan di dalam bilik itu. Lagak lelaki muda itu sedang asyik dengan telefon bimbit yang dipegangnya.

"Budak penghantar bunga?" balas Zulaika aneh dan segera berlalu ke sofa yang berada di ruangan penjuru hujung bilik guru itu. "Ya. Adik ni cari saya ke?" tanya Zulaika sopan setelah menghampiri lelaki sebaya Zuhaira itu.

Budak penghantar bunga itu segera bangun setelah sedar Zulaika melangkah ke arahnya. Sekilas melihat ke dalam buku nota yang dibawanya. "Ya. Cikgu ni nama Zulaika Zulkarnain ke?"

"Ya saya. Kenapa ya?"

"Okey. Ini ada kiriman bunga untuk Cikgu Zulaika." balasnya segera sambil menghulurkan jambangan bunga itu kepada Zulaika. Dia tersenyum mesra.

"Bunga? Maaf, daripada siapa ya?" tanya Zulaika sambil menyambut bunga itu dengan lagak tertanya-tanya.

"Maaf cikgu. Tuan yang bagi bunga ni nak saya rahsiakan nama dia. Cikgu cuma perlu sign kat sini je." balas lelaki itu sopan sambil menghulurkan pen dan buku nota tersebut untuk ditandatangani.

Zulaika tanpa banyak bicara segera menandatangani nota itu setelah pasti nama dan alamat sekolah yang tercatat adalah benar.

"Emm.. terima kasih ya adik." ucap Zulaika lembut. Bibir tersenyum manis.

"Baik sama-sama." angguk lelaki itu dan segera berlalu pergi.

"Wah... Cikgu Zulaika kita dapat bunga la hari ini." usik Marlia yang sejak dari tadi lagi memerhatikan gelagat Zulaika bersama dengan budak penghantar bunga itu. Zulaika telah kembali semula ke meja kerjanya. Dia berlalu duduk.

"Siapa lagi yang bagi Cikgu Marlia, kalau bukan buah hati kesayangan dia yang bagi." sampuk Wardiah yang duduk berdekatan dengan meja kerja mereka berdua itu. Guru-guru seangkatan dengan mereka hanya mendengar dan tersenyum lucu.

Zulaika tersenyum geleng. Malas membalas kata. Takut nanti perkara itu sengaja dibesar-besarkan. Nanti tak pasal-pasal dia dapat populariti percuma pula di sekolah itu. Fikirnya jauh. Zulaika segera membelek-belek sekeping kad yang berada di dalam beberapa kuntuman bunga tersebut. Lalu segera dibukanya.

Satu Nama Dalam HatiWhere stories live. Discover now