"ZULAIKA, tunggu dulu. Kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah saya ni?" tanya Amir setelah dapat mengejar Zulaika yang meninggalkan meja makan mereka secara tiba-tiba.
"Awak tak salah apa-apa Amir." balas Zulaika setelah memberhentikan langkahnya. Tanpa kalih pandang wajah Amir. Dia jadi tidak sanggup. Sungguh!
"Habis tu? Kenapa awak tiba-tiba nak putuskan hubungan kita ni? Kenapa? Mama awak tak suka kita kawan lagi ke?" soal Amir masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa perpisahan adalah jawapan bagi pertemuan di antara mereka berdua hari ini diadakan.
"Semua ini tak ada kena mengena dengan mama saya." jawap Zulaika sambil memandang sebentar ke muka lelaki yang dicintainya itu. Tidak mahu ibunya dijadikan punca dia bertindak begini pada hari ini.
"Habis apa? Awak beritahu la saya. Awak dah jumpa lelaki lain ke Zulaika? Beritahu saya kenapa? Tolong la.." desak Amir lagi. Ingin benar tahu.
"Awak dah dengarkan saya cakap apa tadi. Saya nak putuskan hubungan kita ni. Antara kita dah tak ada apa-apa lagi. Maaf."
"Zulaika, saya sayangkan awak. Saya cintakan awak, Zulaika." pujuk Amir sambil menarik lengan Zulaika daripada bertindak melangkah kaki mara ke hadapan lagi.
"Lupakan saya Amir. Kita tak layak bersama."
"Tak. Saya tak akan pernah lupakan awak, Zulaika. Saya cintakan awak dan saya tahu yang awak pun cintakan saya juga kan?" Amir masih ingin berkata. Namun Zulaika tidak membalas lagi. Hanya sekadar mendengar. "Zulaika, saya tak tahu apa yang dah jadi pada hubungan kita berdua ni sekarang. Tapi saya nak awak tahu yang ada hanya satu nama saja dalam hati saya ni. Hanya nama awak, Zulaika. Hanya awak." kata Amir seikhlas yang mungkin. Tangannya sempat dibawa ke lapang dada. Mempamerkan aksi yang dia benar-benar sayangkan Zulaika. Sepenuh hatinya.
Zulaika meneruskan langkah pergi dari situ. Meninggalkan Amir yang berdiri terkaku di situ. Rasa sedih dan terkilan jelas terpancar di riak wajah lelaki itu. Namun dia tiada pilihan. Air mata di pipinya tidak dapat ditahan lagi. Habis berlari turun menyentuh pipi gebunya. Hati sungguh terseksa!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"HAI Kak Syila." sapa Zuhaira tersenyum mesra setelah kelibat Syila sedang menunggu di salah satu meja makan di restoran yang dijanjikan mereka berdua itu. Hampir seminggu juga dia telah kembali sihat daripada demam panasnya.
"Hai Aira.." balas Syila sekadar senyum kelat.
"Kenapa Kak Syila ajak Aira keluar ni? Siap jangan beritahu kak long lagi. Ni mesti ada rahsia kak long yang akak nak beritahu kat Aira kan.." kata Zuhaira seakan ingin berseloroh sambil melabuhkan punggungnya di hadapan kawan kakaknya itu, tetapi Syila masih dengan wajah tenangnya. Tidak sedikitpun tersenyum dengan kata-kata Zuhaira itu tadi.
"Kak Syila nak tanya Aira sesuatu." Syila memulakan bicara.
"Nak tanya? Tanya apa Kak Syila? Nampak macam masalah besar je ni." kata Zuhaira seakan ingin cuba berseloroh lagi.
"Betul ke Aira ada hati dekat Abang Amir, boyfriend kak long?" lancang mulut Syila bertanya. Tidak sedikit pun berlapik, kerana dari minggu lepas lagi soalan itu ingin diluahkan pada gadis yang berada di hadapannya itu.
"Err.. macam mana.."
Zuhaira seakan ingin berkata tetapi Syila pantas sahaja mencelah masuk kembali di dalam perbualan itu. "Jawab soalan akak dulu Aira. Betul ke?" tanya Syila sekali lagi dengan nada makin serius. Tidak mahu soalan terus bertangguh.
Zuhaira mengangguk perlahan tanda benar. Mata tidak memandang Syila. Dia jadi tidak berani.
"Aira, apa salah kakak kamu tu hah, Aira? Sampai kamu sanggup hancurkan kebahagiaan dia dengan Abang Amir. Kenapa boleh jadi macam ni.? Okey. sebenarnya akak tak nak cakap benda ni walaupun kak long kamu halang akak beritahu kamu pasal hal ni. Tapi kakak tak boleh Aira. Kakak tak boleh tengok kak long kamu sedih lagi. Kamu tahu tak, kak long kamu tu sanggup korbankan cinta dia pada Amir semata-mata kerana kamu Aira. Adik dia."
YOU ARE READING
Satu Nama Dalam Hati
RomanceAMIR dan Zulaika, dua insan yang sedang menghayati saat-saat indah bercinta seperti insan lain. Namun, percintaan mereka yang sedang memekar indah tiba -tiba dilanda musibah yang menyebabkan hubungan kedua-dua insan ini semakin renggang dan jauh. Ak...