AMIR dan Zulaika, dua insan yang sedang menghayati saat-saat indah bercinta seperti insan lain. Namun, percintaan mereka yang sedang memekar indah tiba -tiba dilanda musibah yang menyebabkan hubungan kedua-dua insan ini semakin renggang dan jauh. Ak...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Siti Fatimah Mohd Mera atau lebih dikenali dengan nama pena sebagai Ima Fatima merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik. Beliau telah dilahirkan pada tarikh 3 Julai 1991 di Batu Kurau, Perak dan dibesarkan di Sungai Petani, Kedah.
Ima Fatima atau lebih selesa disapa dengan nama 'Ima' telah menamatkan pengajiannya di dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat di Universiti Utara Malaysia. Wanita muda ini telah menjadikan bidang penulisan adalah salah satu hobi pada masa lapangnya. Niat pada mulanya hanyalah sekadar suka-suka, telah bertukar menjadi salah satu sumber pendapatan buat isteri dan ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini. Selepas perlancaran eBook karya keduanya 'Penantian Cinta', beliau telah mengeluarkan pula karya ketiganya iaitu novel pendek bertajuk 'Satu Nama Dalam Hati' di dalam bentuk eBook atau online digital yang mudah diakses dan dibaca secara dalam talian.
Selain bidang penulisan, Ima Fatima turut menceburi bidang perniagaan jual beli di bawah nama 'Imaleeya Kreatif Network'. Perniagaan yang berkonsepkan jualan barangan vendor dan servis reka bentuk IT yang dijalankan ini masih mengekalkan kerjaya beliau yang berteraskan IT iaitu sebagai 'IT Freelance' dalam menyampaikan pengalaman belajar dan kerjaya yang diceburinya sebelum ini untuk dimanfaatkan kepada yang berminat.
Bermula pada pertengahan tahun 2011, Ima Fatima telah menulis karya 'Satu Nama Dalam Hati' ini dengan rangka plot cerita asalnya adalah atas permintaan seorang rakan sekerja lamanya untuk dijadikan sebuah naskhah novel pendek. Di akhir kata, beliau juga berharap pembaca dapat menghayati watak-watak yang dicipta untuk dijadikan sebagai teladan bersama dan sentiasa memberi sokongan yang padu buatnya dalam menulis karya yang lebih bermutu dan bernyawa lagi selepas ini. InsyaAllah..
Penulis,
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.