'KOMPANG dipalu.. Pengantin baru.. Duduk bersanding.. Tersipu malu..
Kompang dipalu.. Pengantin malu.. Moga bahagia.. Ke anak cucu...'
Berkumandang lagu 'Kompang Dipalu' yang diputarkan oleh deejay yang diupah khas bagi menceriakan lagi suasana yang cukup bahagia itu. Keadaan di sekeliling rumah teres itu tidak kiralah di luar mahupun di dalam, riuh rendah dengan kehadiran sanak-saudara dan jiran tetangga yang datang untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis persandingan dua merpati sejoli antara Amir Firdaus Bin Azman dan Nur Zulaika Binti Zulkarnain yang telah diijabkabulkan pada pagi tadi dengan sekali lafaz.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"ZULAIKA, tandas mana? Kak Ju rasa sakit perut la pulak." tanya Jurizah setelah beberapa minit menata rias wajah Zulaika yang sudah lengkap berpakaian baju pengantin itu. Tangannya mula diletakkan di lapang perut. Seakan sedang mengerang kesakitan.
"Oh.. tandas ada kat bawah Kak Ju. Hujung kanan sekali ya." balas Zulaika sambil menunding jarinya. Tersenyum sebentar melihat gelagat wanita itu.
"Okey. Zulaika duduk sini baik-baik ya. Kejap lagi Kak Ju datang balik sebab ada sikit lagi je Kak Ju nak touch up muka Zulaika ni okey." pesan Jurizah segera bangun dan keluar dari bilik itu setelah Zulaika lagak mengangguk faham.
"Kak Long.." panggil Zuhaira yang sejak dari tadi lagi mendiamkan diri di atas katil kakaknya itu. Hanya merenung tingkah laku dan gelagat Zulaika bersama dengan Jurizah.
"Ya adik.." balas Zulaika tersenyum sekilas memandang adiknya itu kerana dia sedang asyik memerhatikan hasil solekan Jurizah di hadapan cermin soleknya. Sungguh cantik hasil tangan wanita itu tadi.
"Adik happy sangat tengok kak long happy macam ni." kata Zuhaira ikhlas memandang Zulaika dengan senang hati.
Zulaika segera kalih pandang penuh Zuhaira. Dia merenung adiknya itu seketika. Bibri tersenyum mesra. Dia segera bangun dan menghampiri katilnya. Dia duduk di sebelah Zuhaira. Digenggam erat kedua-dua tangan gadis itu. Senyuman masih kekal di bibirnya. "Terima kasih adik. Kak long pun nak adik sentiasa happy dan selalu senyum macam ni ya?" kata Zulaika sambil mengusik pipi lembut adiknya itu.
"Okey kak long. Adik doakan agar kak long dengan bang long sentiasa bahagia hingga ke anak cucu plus cicit plus oni-oni okey.." senyum balas Zuhaira ceria. Dia telah membiasakan diri memanggil Amir dengan nama 'Bang Long' sejak beberapa bulan yang lalu setelah Zulaika selamat mengikat tali pertunangan bersama lelaki yang pernah bertakhta di hatinya dulu itu. Kini dia telah dapat menerima hakikat yang lelaki itu bukan untuk dirinya tetapi tercipta untuk kakaknya, Zulaika.
"Ameen." balas Zulaika tersenyum sambil menyapu lembut kedua-dua belah tapak tangan ke wajahnya sendiri. Dia juga berdoa agar Allah S.W.T perkenankan doa ikhlas dari seorang yang bergelar adik itu.
Adik-beradik itu terus berbual lama sehingga Jurizah memunculkan diri dan menata rias kembali wajah Zulaika.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"ASSALAMUALAIKUM cikgu.." ucap Yuzira melangkah masuk ke halaman rumah bersama dengan anak-anaknya. Kawan lama Rokiah yang turut dijemput ke majlis bersejarah pada hari ini.
"Waalaikumusalam.. Eh! Kak Zira.. Jemput la masuk."
Mereka berdua bersalaman antara satu sama lain.
"Dah bertahun kita tak jumpa ya? Haa. pengantinnya mana?" tanya Yuzira sambil terintai-intai ke dalam rumah.
"Ada kat dalam bilik dia tu, tengah bersiap. Nanti dia keluar la. Pengantin lelaki pun belum datang lagi ni. Kejap lagi sampai la tu. Terima kasih la sebab sudi datang rumah saya ni ya, Kak Zira."
YOU ARE READING
Satu Nama Dalam Hati
DragosteAMIR dan Zulaika, dua insan yang sedang menghayati saat-saat indah bercinta seperti insan lain. Namun, percintaan mereka yang sedang memekar indah tiba -tiba dilanda musibah yang menyebabkan hubungan kedua-dua insan ini semakin renggang dan jauh. Ak...