BAB 9

109 1 0
                                    

PAGI menjelma seperti biasa walaupun semalam hujan membasahi bumi. Zulaika ke rumah Amir yang hampir tiga tahun lebih juga dia tidak menjejakkan kaki di situ. Dia tekad!

"Ting! Ting!" Loceng rumah dua tingkat itu ditekan dua kali. Zulaika menanti dengan penuh debaran di luar rumah. Menanti bayangan tuan rumah menampakkan diri. Sekaligus bakal membuang segala teka-teki di mindanya kini.

"Assalamualaikum." ucap Zulaika setelah lama menanti pintu rumah itu dibuka.

"Waalaikumusalam" jawab Amir setelah membuka pintu rumahnya dan berjalan menghampiri pintu pagar automatik yang masih berkunci. Yang hanya tunggu masa ditekan oleh tuan rumah.

"Amir, saya tahu memang lelaki yang saya jumpa semalam tu awak kan?" kata Zulaika lega setelah pasti itulah Amir. Kekasih hati yang selama ini dinanti-nantikannya.

Amir mula berlagak sombong. "Ya. Memang yang awak nampak semalam tu saya. So?" balas Amir selamba. Seakan tiada rasa bersalah pada nada kata-katanya.

Zulaika terpaku seketika mendengar jawapan balas Amir itu. "Amir, kenapa awak buat saya macam ni haa Amir? Kenapa awak buat-buat tak kenal saya Amir? Saya Zulaika. Kekasih awak."

"Kekasih saya? Bukan ke awak yang putuskan hubungan kita dulu? Kita ni masih dikira kekasih ke?" tanya Amir dengan wajah yang sinis. Mempersoalkan pula status hubungan antara mereka berdua.

Zulaika jadi terkaku seketika. Dia cuba menyusun ayat. "Amir, maafkan saya. Masa tu saya keliru. Saya tak tahu yang adik saya pun ada perasaan pada awak. Saya ingat adik saya lebih memerlukan awak. Saya..."

"Oh.. jadi awak pertaruhkan saya la sekarang ni. Awak ingat saya ni apa haa? Barang taruhan? Bila awak suka.. awak mengaku yang saya kekasih awak, bila awak tak suka je.. awak bagi pada adik awak.. Macam tu?"

"Amir, bukan macam tu.. Maafkan saya Amir. Saya tak berniat pun nak buat awak macam tu. Maafkan saya, awak. Saya masih setia pada awak seorang, Amir." jelas Zulaika pantas. Ingin benar Amir merasai keikhlasan hati yang cuba ditunjukkannya itu.

"Awak masih setia? Boleh percaya ke? Entah berapa ramai dah lelaki yang awak kecewakan selama saya pergi tiga tahun ni?"

"Tak Amir, saya hanya cintakan awak seorang saja Amir. Percayalah. Saya masih setia pada awak seorang."

"Maaf la Zulaika. Saya rasa awak dah terlambat. Saya dah pun ada pengganti awak. Diana, perempuan yang awak jumpa dengan saya semalam tu. Itu la kekasih saya sekarang. Dan tak lama lagi kami berdua akan bertunang dan berkahwin. Jadi, tak payah la awak nak datang merayu-rayu kat saya macam ni lagi ok?"

"Amir.."

"Sudah la. Saya ada hal lagi nak buat ni. Sebab kejap lagi saya nak keluar dengan Diana. So saya rasa ada baiknya awak balik ya. Tak manis orang tengok awak lama-lama kat sini." Amir segera melangkah semula masuk ke dalam rumahnya. Meninggalkan Zulaika yang mula terluka dengan kata-kata sinis Amir itu di luar pagar. Terkedu seketika dengan tingkah laku lelaki yang dirinduinya sekian lama itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"HELLO." jawab Syila setelah deringan telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja berbunyi kuat.

"Syila.." sebut Zulaika pilu sambil memandu keretanya ke arah yang dia sendiri tidak tahu di mana lagi ingin dituju kerana dia buntu. Masih terkejut dengan kata-kata lelaki yang setia dicintainya separuh mati itu.

"Zulaika, kenapa ni? Apa dah jadi hah?" tanya Syila cemas. Risau dengan keadaan kawannya yang kedengaran teresak-esak menahan tangisan itu.

"Amir.. Amir Syila.."

Satu Nama Dalam HatiWhere stories live. Discover now