BAB 5

105 1 0
                                    

"AMIR, dua tiga hari awak jarang dah balas mesej saya. Awak ada masalah ke?" tanya Zulaika lembut memandang Amir yang hanya lagak mendiamkan diri sahaja. Mereka berdua keluar makan di tempat biasa setelah Zulaika menerima panggilan lelaki itu yang ingin mengajaknya keluar makan bersama kerana agak lama juga mereka tidak bersua muka kerana masing-masing kelihatan sibuk. Agak sibuk!

"Oh ya. Saya busy sikit sekarang sebab kena handle projek baru." balas Amir lambat.

"Oh I see... Emm, mama awak apa khabar? Lama dah saya tak pergi tengok dia. Rasa rindu pulak." kata Zulaika terselit nada rindu.

"Dia sihat je.. Nanti la kalau ada masa saya bawa awak jumpa dia okey."

"Hmm.. okey." angguk Zulaika tersenyum sambil menghirup air minumannya.

"Zulaika.." panggil Amir lembut.

"Emm?" balas Zulaika sambil mengangkat bulu keningnya. Lagak kekasihnya itu seakan ingin bertanyakan sesuatu. Sesuatu yang dia sendiri tidak pasti.

"Kalau saya tanya awak. Awak jangan marah ya?" kata Amir tersenyum kelat.

"Okey. Apa dia? Tanya la."

"Awak pernah tipu saya tak?" tanya Amir serius. Wajahnya lagak ingin benar-benar tahu.

"Tipu awak? Apa maksud awak ni, Amir? Saya tak faham la." geleng Zulaika tanda benar-benar tidak faham.

"Tak ada la. Sepanjang kita bercinta ni la kan, pernah ke sekali awak tipu saya? Pasal diri awak.."

Zulaika tersenyum seketika. Dia pandang Amir mesra. "Apa yang awak mengarut ni. Of course la saya tak pernah tipu awak. Saya jujur dengan apa yang saya beritahu awak. Siapa yang awak nampak saya sekarang ni. Ini la saya. Zulaika awak." jelas Zulaika buat Amir tersenyum sendiri pula. "Anyway. Ini mesti ada sebab awak tanya saya soalan macam ni kan? Cepat, beritahu saya sekarang kenapa? Cepat cakap!.." arah Zulaika serius sambil menunding jari telunjuk ke arah lelaki itu.

"Bukan apa. Ada la seorang member saya ni. Dia takut awek dia tu tipu dia la." kata Amir lagak menyusun kata.

"Member awak? Siapa? Hadi ke?" Zulaika cuba meneka. Dia mengenali kawan sekerjanya Amir itu.

"Tak la. Bukan Hadi. Ini member office saya yang lain la. Awak tak kenal pun." kata Amir cuba berdalih agar Zulaika tidak mengesyaki akan siapa perihal diri yang diceritakannya itu.

"Oh.. so apa yang awak beritahu member awak tu?" tanya Zulaika. Khusyuk mendengar cerita dari Amir.

"Saya cakap la. Better dia siasat dulu, tak payah la buat tuduhan melulu tak tentu pasal macam tu. Kawan dah lama tapi putus sebab salah faham, kan tak best macam tu. Betul tak?"

Zulaika mengangguk kepala beberapa kali tanda setuju. "Hmm.. betul tu.. So sekarang ni awak dah terkena virus takut dia tu la. Sampai awak tanya saya soalan-soalan macam ni ya?" Amir hanya tersenyum merenung ke mata Zulaika. "Awak ni tak baik tau. Kita serius dengan dia, dia ingat kita main-main pulak." balas Zulaika mula tarik muka. Nada merajuk.

"Eh tak.. Saya tanya je.. Saya tahu tu.. saya pun nak awak tahu yang saya serius sangat dengan awak. Saya betul-betul cintakan awak, Zulaika." luah kata Amir dengan penuh yakin sambil bibir tersenyum mesra ke arah Zulaika yang berada di hadapannya itu.

Hati Zulaika rasa terpana seketika. Indahnya rasa bila diri terus dicintai oleh kekasih hati. Sungguh indah!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Satu Nama Dalam HatiWhere stories live. Discover now