AMIR dan Zulaika, dua insan yang sedang menghayati saat-saat indah bercinta seperti insan lain. Namun, percintaan mereka yang sedang memekar indah tiba -tiba dilanda musibah yang menyebabkan hubungan kedua-dua insan ini semakin renggang dan jauh. Ak...
ALHAMDULILLAH.. Syukur kepada Allah. Novel pendek 'Satu Nama Dalam Hati' hasil karya nukilan ima yang ketiga ini telah siap ditulis dan karya ini telah diterbitkan secara penuh di wattpad.com/imafatima91, novelsatunamadalamhati.blogspot.com dan kini, novel ini juga turut diterbitkan ke dalam bentuk pencetakan digital eBook.
Di ruangan ini, ima ingin dedikasikan ucapan jutaan TERIMA KASIH buat..
✿ Suami dan anak tercinta - yang sentiasa memberi sokongan kepada ima dalam meneruskan minat di dalam bidang penulisan dengan menerbitkan hasil karya-karya nukilan ima ini. Mungkin jika tidak, hanya akan kekal menjadi koleksi tatapan di alam maya tanpa disedari.
✿ Keluarga tersayang ima - yang tidak tahu langsung anak, menantu, kakak, adik dan cucunya telah berkarya selama 10 tahun genapnya.
✿ Abang Amir a.k.a Citra Pena, rakan sekerja lama ima - yang sudi memberi rangka awal plot cerita karya asal ini untuk ima mengolah jalan ceritanya menjadi sebuah naskhah novel pendek.
✿ Pihak wattpad.com & blogspot.com - yang memberi ruang dan peluang untuk ima terbitkan karya novel pendek ima ini di laman rasmi mereka.
✿ Pembaca setia karya-karya hasil nukilan Ima Fatima di alam maya atau realiti - teruskan berdoa dan memberikan sokongan kepada ima untuk menulis karya yang lebih bermutu dan bernyawa lagi selepas ini. InsyaAllah..
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.