BAB 4

113 1 0
                                    

"ZULAIKA, homework yang Cikgu Naim bagi hari tu kau siap lagi tak? Aku tak tahu jawapan nombor dua bahagian B tu la. Tolong ajar aku kejap boleh tak?" kata Syila dengan lagak membuka helaian buku rujukan Mikroekonomi namun Zulaika seakan tidak dengar. Masih mengelamun jauh.

"Woi!. Jauhnya termenung.." jerkah Syila sambil mencuit bahu Zulaika lembut.

"Oh mak kau!. Eh! kau ni Syila. Terkejut aku tau. Tanya la elok-elok sikit." tegur Zulaika sambil mengusap pantas dadanya. Terlatah pula dia dengan cuitan Syila tadi itu.

"Tadi aku tanya elok-elok kau tak jawab pun." balas Syila tersengih. Tertawa kelakar.

"La ya ke? Sorry sorry.. Emm.. apa dia yang kau tanya tadi?"

"Kau ni okey ke tak? Kau tengah fikir pasal siapa ni haa? Sampai aku panggil kau pun tak dengar ni."

"Sorry la.. Aku tengah fikir pasal siapa lagi, pasal Amir la." balas Zulaika lambat. Tangannya bermain-main pen yang setia berada di tangan. Menyalin nota Sejarah yang masih belum disiapkan sepenuhnya.

"Amir? Kenapa dengan dia?" tanya Syila aneh.

"Tak ada la. Dua tiga hari ni dia nampak macam lain la."

"Macam lain? Macam lain macam mana tu? Try story mory dekat aku ni sikit."

"Mesej aku dia dah tak balas. Kalau call je, mesti terus masuk voice mailbox."

"Emm.. kau ada gaduh dengan dia ke?"

"Entah la.. Tu yang aku pelik tu. Kami okey je before ni. Tak ada la gaduh apa-apa pun." jawab Zulaika dengan nada sedikit aneh. Masih mencari kesilapan yang mungkin dilakukannya tanpa sedar.

"Or dia sibuk kot. Tolong urus company ayah dia tu."

"Bangun semua.!!" Kedengaran suara Zaki, ketua kelas 6 Cempaka 3 sambil bangun memandang Cikgu Naim yang baru menjejakkan kaki ke dalam kelas tersebut. Mematikan perbualan di antara Zulaika dan Syila serta pelajar-pelajar yang lain.

"Selamat sejahtera cikgu!" ucap Zaki lagi dengan nada yang nyaring.

"Selamat sejahtera cikgu!" semua pelajar yang telah bangun berdiri turut mengikut.

"Baik. Selamat sejahtera semua. Semua boleh duduk." angguk Cikgu Naim sopan sambil membuka buku yang dibawanya.

"Haa wei, cepat-cepat! Nombor dua bahagian B." pantas Syila mengubah topik setelah semua pelajar mula duduk semula.

"Haa.. aku siap dah. Macam ni..mari aku tunjukkan." angguk Zulaika faham.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"ZULAIKA.." panggil Cikgu Roslan setelah melangkah masuk ke dalam kelas 6 Cempaka 3. Ketika itu, keadaan di dalam kelas agak sunyi sepi kerana cikgu yang bertugas pada masa ini belum menampakkan diri. Pelajar-pelajar lain sedang asyik menela'ah termasuk Zulaika.

"Ya cikgu." sahut Zulaika bangun segera menghampiri Cikgu Pengajian Am yang mengajarnya itu. Sedikit terkejut bila namanya dipanggil. Pelajar-pelajar lain hanya memerhati.

"Adik kamu nama Zuhaira Binti Zulkarnain, dari kelas 4 Orkid 2 kan?" tanya Cikgu Roslan serius.

"Ya. Kenapa dengan dia cikgu.?" tanya Zulaika aneh.

"Ikut saya ke pejabat sekarang." pinta lelaki itu tanpa menjawab soalannya.

"Baik cikgu." angguk Zulaika melangkah mengikuti cikgu lelaki tersebut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ZULAIKA menjejakkan kaki ke dalam pejabat sekolah. Dia diminta masuk ke dalam bilik pengetua sekolah, Puan Masyitah bersendirian. Kelihatan Zuhaira sedang duduk di atas kerusi.

Satu Nama Dalam HatiWhere stories live. Discover now