BAB 6

101 0 0
                                    

BERMINGGU berlalu, Zuhaira lagak seperti biasa namun dia seolah-olah seperti seorang gadis yang pendiam apabila berhadapan dengan Rokiah. Seolah-olah wajah ibunya itu seakan rupa papan tanda yang bertulis perkataan 'Senyap'. Terkunci mulut rapat. Rokiah pula tidak mahu memikirkan lagi pengakuan anak gadisnya itu. Baginya, cukuplah kata-kata teguran yang diberi dan berharap semuanya akan pulih kembali seperti sedia kala. Tanpa campur tangannya.

"Ma, adik tak bangun lagi ke?" tanya Zulaika ketika melangkah ke dapur. Berpakaian lengkap sekolah. Wajah Zuhaira tidak mengisi pandangan matanya pagi ini. Mana tidaknya, setiap pagi adiknya yang akan menjadi orang pertama yang berada di ruang dapur sebelum dirinya menjengah ke situ.

"Tadi mama dah ketuk pintu bilik dia. Rasanya dah bangun la kot." balas Rokiah sambil mengacau air milo panas di atas meja dapur. Sekilas memandang ke arah anak sulungnya itu.

Zulaika mengerling ke arah jam dinding dapur seketika. "Dah pukul berapa dah ni. Selalunya dia yang bangun awal dulu dari Aika. Err.. Aika naik atas kejap la ma. Nak panggil dia tengok. Entah-entah adik tertidur balik kot."

Rokiah memerhati Zulaika melangkah keluar dari ruangan dapur. Hatinya cukup tersentuh dengan sikap anak sulungnya itu yang begitu menyayangi Zuhaira sepenuh hati. Dia sedih apabila teringat kembali akan pengakuan Zuhaira tempoh hari. Pasti Zulaika akan turut berasa lebih sedih daripada dirinya sekiranya dia juga tahu perasaan sebenar Zuhaira terhadap Amir.

Tuk! Tuk!. "Adik.. adik.. Siap lagi tak? Jom turun makan. Nanti adik tak sempat makan pagi pulak. Kejap lagi bas sampai, terlepas pulak..." bebel Zulaika sendiri sambil menolak pintu bilik Zuhaira yang seakan tidak berkunci. Dia segera mengintai ke dalam bilik tidur gadis itu. Kelihatan Zuhaira yang masih lagi berbaring di atas katil. Berselimut. "Hai laa.. adik, masih membuta lagi dia ni.. Ish ish.. adik, bangun la." geleng Zulaika beberapa kali sambil mengerak-gerakkan tubuh Zuhaira yang sedang berbaring itu. Namun seakan tiada balasan. Wajah Zuhaira yang kelihatan pucat lesi itu membuatkan Zulaika rasa semakin cemas. "Mama.! Mama..!" jerit Zulaika akhirnya terletus setelah pasti Zuhaira tidak sedarkan diri lagi. Puas dipanggil namun tiada juga balasannya.

"Aika, kenapa ni?" tanya Rokiah cemas setelah melangkah tergesa-gesa masuk ke dalam bilik itu. Mencari tahu punca Zulaika menjerit kuat memanggil dirinya.

"Adik ma.. Badan adik panas sangat ni. Dari tadi lagi Aika panggil dia tapi adik tak sedar-sedar pun." balas Zulaika yang masih mengerak-gerakkan tubuh Zuhaira. Sekilas memandang ibunya. Dia jadi panik!

Rokiah segera menyentuh badan Zuhaira. Dia pula jadi bertambah cemas. "Ya Allah, Aika.. Panas la badan adik ni. Cepat! tolong mama angkat adik masuk kereta ya. Kita kena hantar adik ke hospital ni."

Zulaika mengangguk faham dan bersama-sama Rokiah segera memikul Zuhaira turun dan membawanya masuk ke dalam perut kereta. Rokiah segera memandu keretanya itu ke hospital yang berdekatan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"MAMA, macam mana keadaan adik? Doktor kata apa, ma?" tanya Zulaika setelah memandang Rokiah dan Razif yang baru keluar dari bilik doktor yang merawat Zuhaira selama hampir setengah jam itu. Razif segera datang ke hospital tersebut setelah Rokiah memberitahunya walaupun pada mulanya wanita itu menghalang dia datang.

"Doktor kata adik kena demam panas. Nasib baik kita hantar cepat sebelum demam dia tu bertambah teruk." jawab Rokiah bernada lega. Dia kembali tenang dari situasi cemas sebentar tadi.

"La ya ke.. Syukur alhamdulilah. Patut la dua tiga hari ni Aika tengok dia nampak pucat je. Emm.. jadi bila adik boleh keluar wad ma?" tanya Zulaika dengan nada lega. Bersyukur sangat!

Satu Nama Dalam HatiWhere stories live. Discover now